Posts

Showing posts from November, 2020

Teacher's Diary_PKPb again. Untunglah cikgu?

"Untunglah cikgu, takyah pergi sekolah. Gaji tetap masuk." Wondering why bila pelaksanaan home-based learning ni mostly semua fikir pasal 'gaji cikgu' yg masuk setiap bulan. Kenapa tak fikir tentang keberkesanan PdP anak² nanti. Anak rela main game atau join online class cikgu? Kenapa tak fikir apa nasib pelajar yg kurang bernasib baik dari segi kewangan utk beli data utk online class nanti? Kenapa tak fikir guru pun sangat risau keberkesanan PdP secara online nanti? Semestinya hasil pembelajaran tak akan sama macam mengajar dalam kelas. Kenapa letakkan 'gaji cikgu' sebagai perkara utama dalam fikiran bila tertutupnya semua sekolah di Malaysia. Itupun hanyalah secara fizikal nampak ditutup. Secara maya tetap akan berjalan. Tak dapat bayangkan guru yang terpaksa Work From Home handle online class dengan anak kecik merengek dekat tepi. Dan ingat, tugas guru bukan setakat mengajar dan menghabiskan silibus. Yelah, asalkan gaji cikgu masuk. Ada cikgu kisah