Posts

Showing posts from September, 2019

AdDEEN LIFE_Manusia VS Pokok.

Penulisan ini aku wujud setelah aku sendiri yang melihat 'persaingan' yang terjadi antara sesama pokok yang aku tanam dari biji benih dulu. Mungkin agak pelik but yes, aku cuba untuk kaitkan apa yang jadi dengan manusia. Manusia dan pokok. Ada persamaan antara dua makhluk ciptaan Tuhan ini. POKOK. Andaikan kesemua biji benih kita tanam pada waktu yang sama. Mereka mendapat struktur tanah yang sama. Pancaran cahaya matahari yang sama. Air yang disiram dengan sama jumlahnya. Namun tumbesaran mereka tidak semestinya sama. Ada yang mengeluarkan tunas cepat dari yang lain. Ada yang malu-malu untuk keluar melihat dunia walaupun rakan sekeliling sudah mula megah berdiri. Tapi ingat! Tidak semestinya pokok paling besar akan mengeluarkan bunga yang paling cantik. Bahkan juga tidak semestinya pokok yang paling kita jaga akan mengeluarkan buah yang paling elok antara pokok-pokok lain. Mungkin bunga yang paling cantik dari pokok yang paling lam

AdDEEN LIFE_Allah Tanamkan Pokok di Syurga Fawwaz

“ Yay, Allah dah tanam dua pokok Fawwaz. ” Dalam hatiku, “ Pokok apa yang dia maksudkan ni ? " Ohh mungkin yang Fawwaz maksudkan pokok dekat luar rumah kot. Kebetulan kami berdua baru keluar minat untuk berkebun. Hari-hari menantikan anak pokok dari benih yang disemai. Tiap pagi petang juga dialah yang bantu aku siram anak pokok. “ Pokok apa dik ?” tanya aku. Sengaja aku tanya untuk tahu apa sebenarnya yang adik aku maksudkan tadi. “ Kan haritu kak long ada bagitahu, kalau sebut sekali Allah akan tanam satu pokok dekat syurga. Fawwaz dah sebut dua kali, jadi dualah pokok Fawwaz. ” jawabnya. Terus aku teringat yang dua hari lepas aku ada beritahu dia kelebihan zikir Subhanallah Wa Bihamdihi yang aku dapat tahu melalui ceramah Ustaz Wad di Youtube. Dia ingat lagi rupanya. Berdasarkan hadis, “Sesiapa yang menyebut Subhanallah Wa Bihamdihi satu kali, Allah tanam satu pokok kepadanya di syurga …… (ada sambungan hadis ni cuma aku tak berapa jelas kalau nak s

GRADUATE LIFE_Rezeki yang Tak Disangka-sangka?

Ni ke 'rezeki yang tak disangka-sangka' ? Ok, macam pelik je intro aku start dengan soalan. Tak sangka apalah yang aku duk cakap ni kan. Ok, meh aku cerita. Minggu lepas aku ternampak iklan kerja kosong dekat Whatapps story kenalan aku. Katanya ada sebuah pusat tuisyen perlukan guru tuisyen untuk subjek BI Tahun 2 dan 3.   Apa lagi, terus aku reply untuk maklumkan yang aku berminat dengan jawatan tu. Mana tahu dapat kan? “Guru tuisyen kan? Bukan home tutor kan?”  bisik aku.  Sengaja untuk dapatkan kepastian sekali lagi. Fobia sebab sebelum ni hampir dapat peluang kerja sebagai home tutor tapi tak diizinkan abah. Selepas lalui proses temuduga secara ringkas oleh pengasas pusat tuisyen tersebut, Alhamdulillah akhirnya aku dapat lah kerja sebagai guru tuisyen. Lagi aku excited bila aku dapat ‘kerja tambahan’ iaitu mengajar untuk subjek kesukaan aku_Matematik. Rezekinya, Ya Allah. Aku mohon untuk satu, tapi Kau bagi aku dua. Kiranya nanti aku akan mengajar

STUDENT LIFE_Bijak vs Kurang Bijak

Tak kiralah kita seorang pelajar yg bijak, kurang bijak atau pun tak bijak langsung.  Semuanya ada ujian dia yang tersendiri.  Penulisan ini aku tulis dengan kawan aku di universiti dulu. Semasa musim exam. Tak tahu sebab apa aku tulis ni. Lupa dah haha. Ujian menjadi pelajar bijak? Sabar apabila menjadi 'pusat rujukan' orang lain apabila tibanya musim assignment, musim kuiz, musim final exam. Sabar bilamana kita masih tak habis study, tapi dah kena 'serang' dengan ujian bertalu-talu. Sabarlah dengan tidak kedekut dengan anugerah yg Allah berikan. Sebuah keikhlasan akan teruji apabila kita merungut mengatakan orang tidak faham akan keadaan kita yang juga masih belum 'cukup study'. Belajarlah untuk mengatakan tidak jika tidak mampu utk membantu semua yang meminta untuk diajar. Belajar untuk menolak secara baik. Belajar untuk berkata jujur. Siapa aku untuk menolak hak kalian untuk belajar. Ujian menjadi pelajar kura