Posts

Showing posts from July, 2019

UNIVERSITY LIFE_Aku Dapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama?

Ok, berdasarkan tajuk tu...Yay! Alhamdulillah Allah bagi apa yang aku nak sejak masuk U, iaitu graduate dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Nampak simple, tapi banyak cerita di sebalik kejayaan kecil aku ni. Aku bukan lah orang yang bijak, belajar je terus ilmu masuk lekat dalam kepala. Haha betul sumpah tak tipu, so cerita aku dekat bawah mungkin membantu bagi dekat sesiapa yang rasa dia selalu tak dapat apa yang dia mintak dekat Allah. Ok, sebelum tu aku share result aku untuk setiap semester. Semester 1 : 3.50 Semester 2 : 3.59 Semester 3 : 3.79 Semester 4 : 3.84 Semester 5 : 3.90 Semester 6 : 3.67 Semester 7 : 3.75 Total semester pengajian aku 8, so PNGK (gred purata) aku untuk 7 semester masa tu ialah 3.72.  Aku ada 'Life Achievement' aku. Korang bayangkan, target aku AT LEAST aku nak graduate dengan  PNGK 3.75 . So, paling kurang aku perlu dapatkan 3.93 untuk result Semester 8 untuk capai 3.75 tu.  Tapi dengan semeste

GRADUATE LIFE_Jangan Tuduh Aku Memilih Kerja

Dalam post aku yang lepas, aku ada cakap target kerja aku dalam profession pendidikan sesuai dengan bidang degree yang aku ambil iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Dua minggu lepas aku habis belajar aku ada mintak kerja sebagai guru ganti, guru tuisyen, home tutor, guru sekolah rendah negeri dan satu program Al-Irsyad di Pejabat Negeri aku. Semetara tunggu konvo dan tunggu panggilan temuduga SPP ni... bukan aku tak nak kerja bidang lain, cuma aku nak cuba kerja dalam bidang aku dulu. Dapat tak dapat lain cerita lah kan. Masa ni pun, aku ada terfikir macam-macam. Nak buat tuisyen percuma dekat budak area rumah akulah. Nak jual nilah tulah. Aku ni otak niaga sikit. Sebelum ni aku buat keychain guna kain felt, lepas tu jual dekat sekolah adik aku. Masyuk gak haha. Aku pernah kerja cashier dekat pasaraya lepas habis Matrikulasi. Aku pernah kerja kedai runcit dekat Universiti. Masa ni aku kena bahagikan masa aku kepada tiga bahagian. Belajar, persatuan dan kerja aku. Penat, mem

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

Alhamdulillah, dah sebulan lebih aku berjaya menamatkan pengajian di salah sebuah universiti awam di Malaysia dan baru beberapa minggu yang lalu aku perolehi keputusan semester terakhir aku. Masih belum bekerja dan sebenarnya memang sebelum aku habis degree lagi, aku tekad tak nak kerja awal-awal sebab aku nak rehat. Empat tahun kot, aku perah otak. Aku balik rumah time cuti pun, aku still buat assignment aku. Aku ni jenis effort person kalau time study. Sebab tulah kot, aku rasa nak rehat sangat-sangat lepas dah habis belajar ni. So, bak kata orang ya aku still tanam anggur dekat rumah. Walaupun tak tahu bila anggur tu boleh aku kutip haha. Sebenarnya, waktu macam ni dah ramai kawan aku yang start cari kerja. Ada yang dah terima gaji dah pun. Biasalah, tengok kawan dah start dapat kerja mulalah rasa gelabah. Tipulah kalau aku langsung tak rasa nak kerja. So, aku pun start buat resume kerja. Try mintak kerja sana sini. Target kerja aku dalam profession akulah sebagai maha

Kenapa Aku Menulis?

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kenapa aku menulis? 29 Julai 2019.  Hari aku buat keputusan untuk buat satu blog kedua setelah sekian lama aku rasa aku perlukan 'medium' yang sesuai untuk aku menulis. Aku rasa zaman sekarang siapa je yang masih layan blog. It's okay, doesnt matter. Asalkan aku buat benda yang aku suka dan mana tahu penulisan aku ni boleh buat ada orang rasa terinspirasi? (Ya Allah, belum ada post pun dah nak perasan. Haha) Aku minat menulis sejak di bangku sekolah. Dulu, aku ada diari dan aku akan luangkan sedikit masa sebelum tidur untuk catat apa yang berlaku haritu. Sekarang diari tu ada lagi tapi disimpan kemas dalam kotak. Apalah yang aku tulis dulu, malu oii nak baca balik. Sekarang pun, aku masih menulis. Kadang di Twitter dan Notes dalam telefon. Aku pernah ada blog dulu sebab lecturer suruh buat untuk subjek dia masa semester 1. Malu jugak bila tengok balik blog aku yang d