Posts

Showing posts with the label LOVE_LIFE

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

Pernah ada seorang kawan aku ni risau, sebab lelaki yang berniat nak kahwin dengan dia pada masa yang sama selalu melayan perempuan lain.  Dia pernah tegur, tapi lelaki tu buat jugak. Masih melayan perempuan lain. Pada masa terbagi harapan palsu pada orang lain.  Of course lah sedih bila ada dalam situasi macam tu kan? Tak tahu nak cakap apa sebab diri sendiri pun taklah sempurna sangat bab ikhtilat tapi jom sama-sama berusaha untuk berubah ke arah kebaikan InsyaAllah. So, apa yang aku nasihat dia? Both of them tahu agama. (Ikhtilat) Kalau lelaki tu tak boleh ubah diri sendiri, kita as wanita ni kena ubah diri. Kita sibuk nak UBAH orang lain, sedangkan kita sendiri pergi wasup lelaki ajnabi tanpa urusan sampai larut malam. Kalau lelaki tu boleh wasup kita yang BELUM SAH lagi jadi isteri dia, cuba fikir...ada possibility lain tak dia akan wasup perempuan lain seperti dia wasup kita? Pernah tak rasa malu? Waktu yang sepatutnya si lelaki habiskan masa...

LOVE LIFE_Nikmat Maksiat Itu Hanya Palsu

Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah Hanya Engkau yang mejadi saksi di atas perjuangan sahabatku itu untuk mencari redha Mu walau di saat itu dia telah menduakan cintanya kepada Mu. Ya Allah Hanya Engkau yang tahu berapa sahabatku terseksa mengetahui semua ini salah namun dia abaikan atas dasar cinta yang fana. Ya Allah Hanya Engkau yang tahu betapa sahabatku sakit kerana terpaksa berjuang seorang diri namun akhirnya ku bersyukur Engkau kembalikan hatinya itu tanpa sebarang dendam dan prasangka. Post ini bukan untuk aku kenang detik-detik perkenalan sahabat aku, F dan A mahupun nak cari salah dan silap mana-mana pihak.  Anggap sahaja post ini mungkin hanya untuk ceritakan situasi F ketika itu. Anggap sahaja post ini sebagai salah satu cara untuk menyedarkan orang di luar sana yang mungkin masih gagal menangani 'isu ikhtilat' dengan baik. Like I said before, jadikan ini sebagai pengajaran dan banyak lagi perkara penting yang perlu aku tulis selai...

LOVE LIFE_Ada Apa dengan CINTA?

Minngu lepas, minggu cuti Raya Aidiladha dan aku tahu ramai yang ambil peluang cuti ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan. Termasuklah kawan-kawan aku di sekolah mahupun di universiti. Gembira melihat mereka bakal mendapat pasangan untuk dijadikan sahabat dunia akhirat kelak. Kadang-kadang geli hati pun ada, melihat kawan sekolah yang dahulunya yang agak kasar perwatakannya tetapi lembut ayu dan sopan di kala usia menginjak dewasa sudah mahu berkahwin. Yelah kan, hati pun boleh berubah apatah lagi perwatakan manusia bukan? Kagum melihat mereka bersedia untuk melangkah ke alam yang lebih menguji dari pelbagai aspek.  Aku? Masih terkontang-kanting memikirkan nasib aku yang masib belum 'dipinang' sebarang kerja. (Walaupun itu pilihanku dan keluarga untuk tidak bekerja buat masa sekarang) Sempat aku hubungi rakanku yang lain, cuba mengusik mereka yang masih belum berkahwin. Ada yang mengeluh kerana masih belum mempunyai pasangan. "Awa...