Posts

Showing posts with the label AdDEEN_LIFE

AdDEEN LIFE_Kenapa tak Solat Jemaah dengan Family?

Bismillahirrahmanirrahim. Bukan semua orang diberi kesempatan solat berjemaah dengan family. Kata orang, tak pernah tinggal solat pun kira dah mujur kan? Alhamdulillah. Pernah ada seorang kawan aku ni, menangis teresak-esak pada aku cerita pasal ayah dia dah lama tinggalkan solat. Luluh hati aku dengar pengakuan dari seorang anak yang berharap ayahnya kembali tunaikan rukun islam yang kedua seperti biasa. Moga suatu hari nanti, ayah dia diberikan taufik dan hidayah untuk tunaikan solat. Amin Ya Rabbal Alamin. Actually, aku dapat idea nak tulis tentang ni sewaktu solat jemaah Asar bersama-sama family tadi. Ya, waktu tengah tahiyat akhir tu lah idea tu nak datang tetiba. Ting...! Lepas tu, paksa diri untuk fokus balik. Sikit lagi nak habiskan solat hahaha. Musim-musim  Covid-19 ni jadi seluruh ahli keluarga aku dapat berkumpul solat jemaah sama-sama. Teringat dalam 7,8 tahun dulu, Keluarga aku bukanlah 'sejenis' keluarga yang amalkan solat berjemaah. Kalau solat j...

AdDEEN LIFE_IKHTILAT itu HARAM. Patutlah ramai usha.

Bismillahitawakkal tu 'ala Allah. Ketahuilah bukan mudah untuk menjadi seorang muslim yang sejati.  Muslim yang menjaga setiap bait tutur bicaranya. Muslim yang menjaga kehormatan dirinya daripada pandangan liar manusia. Muslim yang sentiasa menjaga hatinya daripada dimasuki ajnabi bagi dirinya. Meh aku explain apa itu IKHTILAT yang boleh buat kita mudah faham. Secara ringkasnya, ia bermaksud pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Hukum asalnya adalah haram namun Islam masih memberikan beberapa keadaan ikhtilat ini boleh berlaku iaitu ketika darurat, bertujuan jelas dan dakwah. Semestinya dengan mematuhi segala syariat yang telah ditetapkan oleh agama. Ikhtilat juga boleh berlaku sewaktu keadaan seperti ni, keadaan di mana wujudnya lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Waktu dalam kumpulan belajar. Waktu berpersatuan. Waktu ketika berhubung dalam group whatapps. "Kalau hukum asalnya HARAM, kenapa ramai yang tak tegu...

AdDEEN LIFE_"Masa Awak Menyanyi Ingat Allah tak?"

Teringat masa dekat sekolah menengah dulu…. Waktu tu pelajar tengah buat kerja kumpulan, mungkin Raihanah perasan yang aku duk selalu menyanyi. (dia duduk meja belakang aku) Tiba-tiba dia kata macam ni… " awak yakin tak masa awak menyanyi tu awak ingat Allah? " Zapp!  Haha amik kau kawan tegur sedebab macam tu. Aku nak jawab apa ni?! Aku tak berapa ingat apa yang aku jawab lepas Raihanah tanya soalan tu dekat aku. Sumpah masa tu aku langsung tak rasa marah dekat dia. Lagipun, ada betulnya apa yang dia cakap tu. So, lepas tu insaflah sekejap. Menyanyi pun tak berapa sangat. Bukan sebab takut dia tanya lagi soalan tu tapi sebab aku sendiri tahu apa yang dia tanya tu tak salah pun. Lama lepas tu, dah masuk matrikulasi, masuk universiti… Hah, ambik kau dah lagho balik! Sampai satu tahap.  Aku kembali suka menyanyi, suka dengar lagu.  (sangat)  Sampai satu tahap. Aku pernah tulis di ruangan hobi : "suka dengar lagu" . ...

AdDEEN LIFE_Makhluk tu Apa?

Dalam perjalanan ke Tg Malim kerana esok aku akan konvo yay!   Perjalanan yang panjang bersama keluarga membuatkan aku decide untuk download video ceramah Ustaz Wadi Annuar dan dengar sama-sama dalam kereta. Sampailah satu ketika, ada part Ustaz wadi sebut perkataan MAKHLUK banyak kali. "Tidur tu makhluk." "Mati tu makhluk" Lepas tu aku dah lupa dah.. Terdengar perkataan 'makhluk' banyak kali sampai adik kecil aku, Fawwaz bertanyakan soalan. "Kak long, makhluk tu apa?" "Makhluk tu maksudnya ciptaan Allah. Allah yang cipta semuanya. Syaitan,malaikat, bunga, haiwan dan manusia. Pokok pun Allah yang cipta. Semua tu makhluk Allah. Buktinya manusia tak boleh hidupkan pokok." Pelik barangkali dengan ayat "manusia tak boleh hidupkan pokok" kerana dia nampak aku pernah beli dan tanam biji benih sehingga dah jadi setinggi dia. So, bagi dia kita yang buat semuanya. Haha. Aku menambah lagi untuk bag...

AdDEEN LIFE_I Guess I know Kenapa Allah Bagi Ujian Tu Dulu.

Lama dah aku perasan perkara ni. Dalam banyak-banyak kisah, sekarang saat paling buat aku rasa “ Ohh, I guess I know one of the reasons atas setiap ujian yang Allah beri kepada aku dulu” .                                               Tadi aku baru je habis sesi luahan masalah & kata semangat kepada anak murid aku masa aku praktikal dulu. Aku tahu mulanya dia takut untuk luahkan masalah tapi tak apa, aku tahu dia akan luah bila dia rasa dia nak dan sedia. Peritnya Ya Allah bila kejadian tu ‘diungkit’ kembali walau bukan aku yang rasa sekarang. Sungguh aku tak sanggup untuk berada dalam keadaan tu lagi walaupun sekali. You know what? Kalau aku tak rasa perit dia macam mana dulu, aku takkan mampu beri nasihat dekat orang yang ada masalah yang sama dengan aku. Kalau aku tak rasa sedih dia macam mana dulu, aku takkan rasa tu masalah ...

AdDEEN LIFE_Manusia VS Pokok.

Penulisan ini aku wujud setelah aku sendiri yang melihat 'persaingan' yang terjadi antara sesama pokok yang aku tanam dari biji benih dulu. Mungkin agak pelik but yes, aku cuba untuk kaitkan apa yang jadi dengan manusia. Manusia dan pokok. Ada persamaan antara dua makhluk ciptaan Tuhan ini. POKOK. Andaikan kesemua biji benih kita tanam pada waktu yang sama. Mereka mendapat struktur tanah yang sama. Pancaran cahaya matahari yang sama. Air yang disiram dengan sama jumlahnya. Namun tumbesaran mereka tidak semestinya sama. Ada yang mengeluarkan tunas cepat dari yang lain. Ada yang malu-malu untuk keluar melihat dunia walaupun rakan sekeliling sudah mula megah berdiri. Tapi ingat! Tidak semestinya pokok paling besar akan mengeluarkan bunga yang paling cantik. Bahkan juga tidak semestinya pokok yang paling kita jaga akan mengeluarkan buah yang paling elok antara pokok-pokok lain. Mungkin bunga yang paling cantik dari pokok yang paling lam...

AdDEEN LIFE_Allah Tanamkan Pokok di Syurga Fawwaz

“ Yay, Allah dah tanam dua pokok Fawwaz. ” Dalam hatiku, “ Pokok apa yang dia maksudkan ni ? " Ohh mungkin yang Fawwaz maksudkan pokok dekat luar rumah kot. Kebetulan kami berdua baru keluar minat untuk berkebun. Hari-hari menantikan anak pokok dari benih yang disemai. Tiap pagi petang juga dialah yang bantu aku siram anak pokok. “ Pokok apa dik ?” tanya aku. Sengaja aku tanya untuk tahu apa sebenarnya yang adik aku maksudkan tadi. “ Kan haritu kak long ada bagitahu, kalau sebut sekali Allah akan tanam satu pokok dekat syurga. Fawwaz dah sebut dua kali, jadi dualah pokok Fawwaz. ” jawabnya. Terus aku teringat yang dua hari lepas aku ada beritahu dia kelebihan zikir Subhanallah Wa Bihamdihi yang aku dapat tahu melalui ceramah Ustaz Wad di Youtube. Dia ingat lagi rupanya. Berdasarkan hadis, “Sesiapa yang menyebut Subhanallah Wa Bihamdihi satu kali, Allah tanam satu pokok kepadanya di syurga …… (ada sambungan hadis ni cuma aku tak berapa jelas kalau nak s...

AdDEEN LIFE_Nak Apa-apa Minta Pada Tuhan

Tadi aku cerita pada umi abah yang aku mimpi pasal temuduga semalam. Punyalah berdebar kan, sampai masuk mimpi. Padahal sebulan lagi. Haha. Macam biasa, mintalah doa dari orang tua untuk minta berkat. Minta dipermudahkan urusan masa temuduga nanti. "Abah doakan kak long eah." Dan macam biasa jugak abah jawab. "Solat hajatlah." Aku selalu rasa tak puas hati dengan jawapan abah bila aku suruh dia doakan aku.  Sebab yelah, aku doa pun dah, solat hajat pun dah. Cuma kita nakkan doa daripada orang tua je. Aku cuma nakkan abah cakap at least "ya, abah doakan". Tapi disuruhnya aku doa supaya dapat apa terbaik dari Allah. Tiba-tiba aku teringat masa dulu-dulu.Waktu aku belajar dekat Universiti. "Abah umi, doakan kak long dipermudahkan masa jawab exam eah." "Abah umi, doakan kak long dapat result tinggi eah." Setiap kali aku risau pasal exam atau result, aku akan cakap macam tu pada abah dan umi. Macam...

AdDEEN LIFE_Perlekeh Orang Tak Baca Quran

Kejadian ni dah berlaku lama iaitu sewaktu aku di sekolah menengah.  Namun peristiwa ini tetap aku ingat sehingga sekarang sebagai salah satu peringatan kecil dari Allah kepada aku. Masa sekolah menengah dulu, pernah terselit rasa bangga dalam hati aku sebab setiap hari memang aku tak pernah miss baca quran.  At least, sehari pun aku akan baca quran walau HANYA semuka surat. Tanpa sedar dalam hati sedang perlekehkan manusia lain yang konon 'kurang' cintanya pada Quran. Pelik jika sehari tak baca Quran,  takkanlah tak ada rasa bersalah langsung. Sampailah..aku diuji Tuhan. Entah apa yang aku buat sampaikan seminggu aku tak berpeluang langsung untuk baca quran. Malas beserta ada sahaja perkara yang buat aku tak sempat baca Quran. Lama tu baru aku sedar lamanya aku tak sentuh Al-Quran.  Betapa waktu aku ketika itu tidak diberkati Allah sehingga tak sempat nak buat perkara yang menjadi kebiasaan sebelum itu. Allahu... aku sedar rupanya selama...