AdDEEN LIFE_Allah Tanamkan Pokok di Syurga Fawwaz


Yay, Allah dah tanam dua pokok Fawwaz.

Dalam hatiku, “Pokok apa yang dia maksudkan ni? "

Ohh mungkin yang Fawwaz maksudkan pokok dekat luar rumah kot. Kebetulan kami berdua baru keluar minat untuk berkebun. Hari-hari menantikan anak pokok dari benih yang disemai. Tiap pagi petang juga dialah yang bantu aku siram anak pokok.

Pokok apa dik?” tanya aku. Sengaja aku tanya untuk tahu apa sebenarnya yang adik aku maksudkan tadi.

Kan haritu kak long ada bagitahu, kalau sebut sekali Allah akan tanam satu pokok dekat syurga. Fawwaz dah sebut dua kali, jadi dualah pokok Fawwaz.” jawabnya.

Terus aku teringat yang dua hari lepas aku ada beritahu dia kelebihan zikir Subhanallah Wa Bihamdihi yang aku dapat tahu melalui ceramah Ustaz Wad di Youtube. Dia ingat lagi rupanya.

Berdasarkan hadis,

“Sesiapa yang menyebut Subhanallah Wa Bihamdihi satu kali, Allah tanam satu pokok kepadanya di syurga…… (ada sambungan hadis ni cuma aku tak berapa jelas kalau nak sampaikan di sini. Mungkin boleh tengok sendiri video kelebihan zikir tersebut di Internet.)

"Sebut apa dik?" Sengaja aku tanya. Dari gayanya aku tahu yang dia lupa perkataan yang sepatutnya.

Ternyata sangkaanku tepat, dia lupa. Haha. Sampai ke sudahlah dua pokok je yang Allah tanam kalau dah tak ingat zikir yang patut disebut. Terus aku memberitahu zikir yang sepatutnya.

"Tengoklah nanti kalau Fawwaz masuk syurga. Fawwaz tengok ada berapa pokok Fawwaz. Lepas tu, Fawwaz cakap dekat kak long berapa pokok Fawwaz. Kak long jangan lupa bagitahu pokok kak long ada berapa tau!"

Sekarang waktu aku tengah menaip ni kalau tak silap aku, sudah 6 pokok di syurga Fawwaz.

InsyaAllah dik, moga syurga pengakhiran kita semua. Amin.

Alhamdulillah, budak sekecil dia pun ada keinginan untuk mempunyai ‘tempat’ di syurga. Senyum sendiri aku mendengar penjelasan ringkas dia tadi. Semoga yang di luar sana pun turut serta melazimi zikir dalam kehidupan seharian sebagai tanda mengingati Allah dalam setiap masa. 

InsyaAllah.



Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

Kenapa Aku Menulis?