Posts

Showing posts with the label TEACHER's DIARY

Teacher's Diary_PKPb again. Untunglah cikgu?

"Untunglah cikgu, takyah pergi sekolah. Gaji tetap masuk." Wondering why bila pelaksanaan home-based learning ni mostly semua fikir pasal 'gaji cikgu' yg masuk setiap bulan. Kenapa tak fikir tentang keberkesanan PdP anak² nanti. Anak rela main game atau join online class cikgu? Kenapa tak fikir apa nasib pelajar yg kurang bernasib baik dari segi kewangan utk beli data utk online class nanti? Kenapa tak fikir guru pun sangat risau keberkesanan PdP secara online nanti? Semestinya hasil pembelajaran tak akan sama macam mengajar dalam kelas. Kenapa letakkan 'gaji cikgu' sebagai perkara utama dalam fikiran bila tertutupnya semua sekolah di Malaysia. Itupun hanyalah secara fizikal nampak ditutup. Secara maya tetap akan berjalan. Tak dapat bayangkan guru yang terpaksa Work From Home handle online class dengan anak kecik merengek dekat tepi. Dan ingat, tugas guru bukan setakat mengajar dan menghabiskan silibus. Yelah, asalkan gaji cikgu masuk. Ada cikgu kisah ...

TEACHER's DIARY_Overcome the Weakness!

Aku tengah buat kuiz ikut google form. Last buat, masa dekat U dulu. Kalau tak silap masa kelas Technology in Mathematics.   As a person yang membesar dengan 'buta teknologi', semua ni cabaran utk aku. (bukanlah buta IT, cuma kind of malas nak discover & agak lembab sebenarnya when it comes to technology) HAHAHA!  Dekat U, takdelah noob Sangat. Assignment semua no hal. Tak pernah pun tak siap. Cuma bila part benda² macam ni, lemah sikit.💆🏻‍♀️ Thanks to my besties sbb selalu tunjuk ajar ku sifu bila Syafiqah lambat sikit bab² ni haha. Thanks to the extend MCO for another two weeks. Of course cikgu tak akan bagi anak murid seronok tanpa Matematik di rumah kan? So, antara bahan PdP aku kalini ni ialah kuiz topik Bulatan melalui google form. Memang kena study balik pun cara-cara nak buat kuiz dalam google form ni. Nak set up dia macam mana.  Sokey, segalanya ada di google kan? Just kena refresh balik je ilmu dua tahun dulu cara dia macam mana.  Like I said, it...

TEACHER's DIARY_Murid Sekolah dah Macam Pelajar Universiti?

Sejak PKP, cuba tengok adik-adik @ anak- anak yang still sekolah tu. Bagi aku, murid sekolah sekarang dah hampir jadi macam pelajar universiti. Buat murid sekolah yang belum rasa 'payahnya' self-learning, inilah perasaan bila belajar di alam universiti. Kalau dekat U, pensyarah mengajar di dalam kelas, kadang-kadang hanya beri topik untuk pelajar baca sendiri. Kalau dekat sekolah, kebanyakkan guru still ajar slow-slow, kalau murid tak faham cikgu akan ulang kali sampailah murid faham. Sejak PKP, murid-murid kena usaha sendiri macam budak U kan? Kalau tak faham, cikgu tak mampu nak tekan lebih-lebih. Kalau dekat U, nota kuliah & buku wajib tilik utk lebih faham akan sesuatu topik. Bergantung pada diri sendiri kalau nak lagi faham topik tu, usaha cari sendiri bahan lain. Kalau dekat sekolah, tak payah tilik buku pun xpe, cikgu still akan bagitahu "okey tengok muka surat ni, buat latihan ni. Nanti hantar, cikgu nak cek kerja rumah." Tapi sejak PKP murid-mur...

TEACHERS DIARY_COVID 19 vs Pornografi

Bismillah, moga mereka ini mengerti setiap bait perkataanku. Moga ada kebaikannya selepas ini. Pastinya dengan IzinMu, Ya Allah . Melihat pada pernyataan ini, "Trafik Pornhub di Malaysia meningkat sehingga 84% sepanjang COVID-19, ke-4 tertinggi di dunia" Faham apa kerisauan cikgu? Faham apa yang cikgu takut? Jujur, perkara pertama yang cikgu doa saat membaca ini ialah "Semoga anak murid aku bukan dalam kalangan 84% ini." Kerisauan cikgu bermula sejak beberapa henset pelajar dirampas & beberapa bahan pornografi ada dalam simpanan KEBANYAKKAN telefon yang dirampas.😔 Jangan risau, aib kamu tetap dijaga.  Walau satu nama pun, tak ada dalam simpanan memori cikgu sebab warden menyimpan kemas rahsia siapa yang terlibat. Namun tetap hancur luluh hati seorang guru apabila muridnya yang belajar di sekolah agama, melakukan perkara seperti tak mencerminkan langsung orang yang belajar agama. Bagaimana dengan nasib pelajar yang mungkin ...

TEACHER's DIARY_COVID 19 vs PKP

Cuti Sekolah Dilanjutkan Lagi. Sejak semalam lagi, aku dah mula berdebar. Dengan kes Covid 19 yang semakin meningkat di Malaysia, pastinya akan ada arahan untuk tutup institusi pendidikan. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana cuti sekolah akan dilanjutkan sehingga dua minggu, banyak perkara yang perlu difikirkan.  (Dan ni antara yang sempat aku fikirkan malam ni mengenai keadaan ini.) 1) Cuti yang semakin panjang, dan kita pun tak tahu betul ke sampai 31/3/2020. Kalau keadaan masih tak okey, boleh jadi Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan. Adakah guru-guru perlu sediakan bahan PDPC online? Semestinya murid² juga perlu siap sedia untuk belajar secara atas talian.   Cuti sekolah tak semestinya cuti belajar ya murid-murid sekalian. Tambahan Matematik tu mana boleh tinggal lama². Nanti benak otak tu haha. 2) Para pekerja kantin sekolah juga mungkin akan hilang mata pencarian buat sementara waktu. Doakan mereka me...

TEACHER's DIARY_I Adore EVERYTHING!

Bismillah.  Dengan namaMu Allah,  Aku bersyukur dengan semua kurniaan ini.  Betapa aku bersyukur diberi peluang untuk menjadi seorang yang aku idamkan sejak kecil. Dengan namaMu Allah,  Aku juga takut jika aku terlalu selesa dengan kurniaanMu ini. Betapa aku berlindung denganMu Ya Allah dari semua pekara yang membuatku jauh dari menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu. Dua bulan sudah aku menjalani kehidupan sebagai sorang guru. Pastinya penuh dengan pelbagai kejutan. Pelbagai perkara baharu yang aku belajar setiap hari. Lebih-lebih lagi aku sebagai guru yang paling muda, terlalu banyak perkara yang harus diberi tunjuk dan ajar. Pelbagai ragam dan kerenah murid yang aku serta rakan seperjuangku yang lain hadapi bersama. "Alah, baru kerja dua bulan memanglah tak ada masalah. Bayangkan kalau kerja dua tahun nanti?" Doesn't matter guys. Jika suatu hari nanti aku mengeluh, moga Tuhan bawa aku kembali ke sini untuk aku imbau detik-detik indah aku...

TEACHER's DIARY_Air Mata Seorang Guru Jatuh Hari Ini kerana Murid

6/2/2020 . Hari yang p enuh suka dan duka aku di sekolah. Kawan sekerja kemalangan Sejak bekerja, ini hari pertama aku ke sekolah dengan keadaan hujan yang agak renyai. Suasana yang gelap ditambah dengan jalan yang agak sesak kerana jalan licin membuatkan aku lebih berhati-hati membawa kereta. Tiba di sekolah, kami dikejutkan dengan berita salah seorang rakan sekerja, Kak Ama terlibat dengan kemalangan yang melibatkan 6 buah kereta. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kereta Kak Ama agak teruk di bahagian hadapan.  Moga semuanya dipermudahkan Allah. Majlis Pelancaran Mentor Mentee & Guru Penyayang Sebelum ini, aku jadi mentee di sekolah. Tapi sekarang, aku mentor kepada 7 mentee yang terdiri dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kelakar bila ingat balik. How time flies! Harini cuma proses taaruf dijalankan dan masa ni aku ambil untuk kenal dengan lebih dekat mentee aku.  Ceramah Kesihatan Pergigian Ceramah dijalank...

TEACHER's DIARY_Macam mana Tercetus Minat jadi Guru?

Sekarang aku dalam bilik guru tempat yang aku kerja sekarang. Sebab tak banyak lagi kerja, so aku boleh spend masa banyak sikit untuk menulis. Lepas ni tak tahulah sibuk macam mana. Aku dapat tajuk ni pun sebab ada bekas anak murid masa praktikal dulu yang suruh jadikan soalan ni sebagai salah satu tajuk content untuk blog aku. Kisah aku mula-mula minat nak jadi guru lebih kurang macam nilah.. Pada suatu hari,... Permulaan  Minat Macam satu 'ilham' yang Allah bagi sejak aku kecik cakap  "Syafiqah, bila besar nanti kau kena jadi guru. Wajib!"  Hahaha Okey tak adalah, sebenarnya sejak aku berumur 6 tahun lagi aku NAK jadi cikgu. Di saat orang lain terkontang kanting lagi nak tulis ruangan 'cita-cita' dia apa, aku tak perlu nak fikir dua tiga kali untuk tulis. Jadi doktor? Langsung tak pernah terfikir nak jadi doktor. Kahwin dengan dotor pun aku tak nak tau! Cita-cita : GURU Biasalah kan masa kecik memang suka sangat bu...