STUDENT LIFE_Bijak vs Kurang Bijak
Tak kiralah kita seorang pelajar yg bijak, kurang bijak atau pun tak bijak langsung. Semuanya ada ujian dia yang tersendiri. Penulisan ini aku tulis dengan kawan aku di universiti dulu. Semasa musim exam. Tak tahu sebab apa aku tulis ni. Lupa dah haha. Ujian menjadi pelajar bijak? Sabar apabila menjadi 'pusat rujukan' orang lain apabila tibanya musim assignment, musim kuiz, musim final exam. Sabar bilamana kita masih tak habis study, tapi dah kena 'serang' dengan ujian bertalu-talu. Sabarlah dengan tidak kedekut dengan anugerah yg Allah berikan. Sebuah keikhlasan akan teruji apabila kita merungut mengatakan orang tidak faham akan keadaan kita yang juga masih belum 'cukup study'. Belajarlah untuk mengatakan tidak jika tidak mampu utk membantu semua yang meminta untuk diajar. Belajar untuk menolak secara baik. Belajar untuk berkata jujur. Siapa aku untuk menolak hak kalian untuk belajar. Ujian menjadi pelajar kura...