STUDENT LIFE_Bijak vs Kurang Bijak

Tak kiralah kita seorang pelajar yg bijak, kurang bijak atau pun tak bijak langsung. 
Semuanya ada ujian dia yang tersendiri. 

Penulisan ini aku tulis dengan kawan aku di universiti dulu. Semasa musim exam. Tak tahu sebab apa aku tulis ni. Lupa dah haha.

  • Ujian menjadi pelajar bijak?
Sabar apabila menjadi 'pusat rujukan' orang lain apabila tibanya musim assignment, musim kuiz, musim final exam.

Sabar bilamana kita masih tak habis study, tapi dah kena 'serang' dengan ujian bertalu-talu.
Sabarlah dengan tidak kedekut dengan anugerah yg Allah berikan.

Sebuah keikhlasan akan teruji apabila kita merungut mengatakan orang tidak faham akan keadaan kita yang juga masih belum 'cukup study'.

Belajarlah untuk mengatakan tidak jika tidak mampu utk membantu semua yang meminta untuk diajar.
Belajar untuk menolak secara baik.
Belajar untuk berkata jujur.

Siapa aku untuk menolak hak kalian untuk belajar.


  • Ujian menjadi pelajar kurang bijak?
Semestinya akan merasai peritnya sebuah kebodohan.

Bilamana mendapat respon 'negatif' ketika sesi bertanyakan soalan kepada yang lebih arif.

Misalnya;
"Yang ni pun tak reti ke?"
"Eh, ni bukan ke lecturer dah ajar. Takkan tak faham lagi?"

Ingat, situasi ini tidak aku samakan dengan orang yang malas. Mengharapkan 'suapan' orang tanpa berusaha terlebih dahulu.

Tidak sama kawan. Tidak.

Bahkan secara peribadi aku kurang selesa dengan rakan yang terlalu mengharapkan bantuan kawan TANPA berusaha terlebih dahulu.

Belajarlah untuk berusaha dahulu sebelum mula bertanya.
Belajarlah untuk pecut dahulu walau di garisan penamat nanti kita akan sama dengan yang lain.
Belajar untuk merendahkan ego ketika bertanyakan soalan kepada yang lebih arif.
Belajar untuk terima walau apa pun respon orang yang ditanya.

Kerana dia juga manusia biasa, juga proses yang sama seperti kita_belajar.


To conclude, semua orang ada kelebihan masing².

Ada yang lebih dari segi ilmunya.
Ada yang lebih dari segi cara dia membuat orang sekeliling bahagia walau kurang dari segi pelajaran.
Ada yang lebih dari segi kemahirannya.

Dan banyak lagi yang tak perlu untuk aku sebut di sini.

Berjayanya kita di dunia atas redhanya Allah kepada kita, redhanya ibu bapa kepada kita.

Jangan lupa, ilmu itu juga mempunyai berkatnya.
Jangan lokek untuk berkongsi, jangan lokek untuk bertanya.

_S&F

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.