Posts

Showing posts from March, 2022

Covid-19 Journey_Kalini, Abah tewas.

Khamis, 24 Februari 2022 | pukul 5.30 pagi.  "Long, tadi abah buat test Covid. Abah positif." Kata umi di depan pintu bilik tidur aku. Maha Suci Allah yang telah memberikan kami kesihatan yang baik selama ini.  Setelah lebih setahun kes Covid-19 melanda dunia, baru kalini keluarga kecil aku diuji dengan berita 'positif Covid-19'. Patutlah semalam abah mengadu sakit tekak. Kebetulan, harini sudah masuk hari ketiga aku terlibat sebagai Pengawas Bilik Kuarantin bagi Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2021.  Setelah keadaan agak bertenang dengan berita mengejut tu, aku terus hubungi Kak Farhana - Ketua Pentaksir ujian untuk memaklumkan berita tadi.  Aku meminta maaf kerana tak dapat hadir ke Pusat Ujian kerana sudah menjadi kontak rapat abah walaupun ujian kit Covid-19 aku tadi jelas menunjukkan tanda negatif. Maka bermulalah proses kuarantin abah di bilik hujung rumah kami. Simptom abah tidaklah terlalu berbahaya untuk kami sekeluarga risaukan lebih-lebih lagi kadar oksi