Covid-19 Journey_Kalini, Abah tewas.

Khamis, 24 Februari 2022 | pukul 5.30 pagi. 

"Long, tadi abah buat test Covid. Abah positif."
Kata umi di depan pintu bilik tidur aku.

Maha Suci Allah yang telah memberikan kami kesihatan yang baik selama ini. 

Setelah lebih setahun kes Covid-19 melanda dunia, baru kalini keluarga kecil aku diuji dengan berita 'positif Covid-19'.

Patutlah semalam abah mengadu sakit tekak.

Kebetulan, harini sudah masuk hari ketiga aku terlibat sebagai Pengawas Bilik Kuarantin bagi Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2021. 

Setelah keadaan agak bertenang dengan berita mengejut tu, aku terus hubungi Kak Farhana - Ketua Pentaksir ujian untuk memaklumkan berita tadi. 

Aku meminta maaf kerana tak dapat hadir ke Pusat Ujian kerana sudah menjadi kontak rapat abah walaupun ujian kit Covid-19 aku tadi jelas menunjukkan tanda negatif.

Maka bermulalah proses kuarantin abah di bilik hujung rumah kami. Simptom abah tidaklah terlalu berbahaya untuk kami sekeluarga risaukan lebih-lebih lagi kadar oksigen abah berada pada tahap yang sangat baik.

Ada suatu saat aku takut, kalau-kalau Allah ambil abah dari hidup kami. Tak dapat aku gambarkan. Belum puas aku berbakti pada kedua-dua orang tua aku.

I know I'm not a good daughter. Janganlah Engkau ambil abah di saat aku belum menjadi anak yang baik untuk umi dan abah.

Aku tahu abah orang yang baik. Aku takut Allah ambil abah lebih awal daripada yang aku sangka. Sungguh, aku risau. 

PadaMu tempat kami meminta kesembuhan daripada penyakit.

Selain abah, ahli keluarga aku yang lain tak menunjukkan simptom Covid-19. Takut juga kalau ada antara kami yang terjangkit dengan abah. 

Segala SOP, kami cuba jaga sebaiknya. Namun, aku lebih risaukan umi yang menjadi 'frontliner' kerana setiap masa umi lah yang hantar makanan depan pintu bilik kuarantin abah.


Khamis, 3 Mac 2022 | pukul 5.30 pagi.

Terharu rasanya selepas seminggu tak dapat makan sama-sama abah. Harini, kami kembali makan semeja untuk bersahur.

Alhamdulillah ya Allah. 

Engkau makbulkan doa kami, Engkau kembalikan abah sihat seperti biasa walaupun ada ketika kesan batuk-batuk dek Covid-19 masih ada pada abah.

Inilah pengalaman pahit manis pertama kami sekeluarga. Kelakar pun ada bila mengenangkan abah yang mulai tunjuk rasa bosan terperuk dalam bilik sejak hari pertama kuarantin lagi. 

Ada di antara pesakit Covid-19 yang akhirnya Allah uji dengan kematian, namun ada yang kembali diberi kesembuhan.

Kepada Allah tempat kita meletakkan segala harapan. Moga kita semua diberikan pengakhiran hidup yang baik. 

Amin.

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.