Kenapa Aku Menulis?

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Kenapa aku menulis?

29 Julai 2019.

 Hari aku buat keputusan untuk buat satu blog kedua setelah sekian lama aku rasa aku perlukan 'medium' yang sesuai untuk aku menulis. Aku rasa zaman sekarang siapa je yang masih layan blog. It's okay, doesnt matter. Asalkan aku buat benda yang aku suka dan mana tahu penulisan aku ni boleh buat ada orang rasa terinspirasi?

(Ya Allah, belum ada post pun dah nak perasan. Haha)

Aku minat menulis sejak di bangku sekolah. Dulu, aku ada diari dan aku akan luangkan sedikit masa sebelum tidur untuk catat apa yang berlaku haritu. Sekarang diari tu ada lagi tapi disimpan kemas dalam kotak. Apalah yang aku tulis dulu, malu oii nak baca balik.

Sekarang pun, aku masih menulis. Kadang di Twitter dan Notes dalam telefon.

Aku pernah ada blog dulu sebab lecturer suruh buat untuk subjek dia masa semester 1. Malu jugak bila tengok balik blog aku yang dulu. Entah apa-apa yang aku tulis haha.

 Aku tak dilahirkan dengan bakat menulis dan bukanlah orang yang sempurna jauh sekali pakar dalam menulis. Bahkan, siapalah aku untuk mencipta suatu penulisan yang berkualiti dan sedap untuk dibaca. Aku hanya jadikan pengalaman dan pembacaan aku sebagai point untuk aku menulis.  

(Ok, sudah-sudahlah merendahkan diri nanti orang meluat.)

Aku tak tahu setakat mana aku akan konsisten untuk terus menulis. InsyaAllah selagi aku diberi keupayaan untuk terus menterjemah 'hidup aku' dalam bentuk tulisan dan diberi kekuatan untuk terus menulis, My Beautiful Life akan terus wujud.

Semoga salah satu penulisan aku juga menjadi asbab untuk aku dapat keredhaan Allah S.W.T.
Semoga blog ini menjadi bukti di akhirat kelak bahawa tangan ini pernah menulis benda yang baik-baik InsyaAllah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Paling tidak pun, cerita yang aku kisahkan dekat blog ini mungkin akan jadi kenangan untuk aku di masa tua nanti. "Ohh, begini rupanya hidup aku."

p/s: Sorry coz Im not focussing at the editing, designing or putting some pictures in my blog. Memang boring bagi sesiapa yang tak suka membaca haha.

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.