Posts

Showing posts from January, 2020

SOCIAL LIFE_Apa yang Kita Nak Buktikan Sebenarnya?

Di laman sosial, Kebanyakkan orang HANYA nak buktikan betapa bahagianya hidup mereka. Hakikatnya kita tak tahu kehidupan mereka sebenarnya dari segi keseluruhan. Hakikatnya keperitan itu hanya diri masing-masing yang tahu. Apa yang aku cakap dekat sini tak merujuk pada siapa-siapa pun. Lebih kepada umum dan sekadar berkongsi. When we share too much. (more kepada share pasal personal life) Aku pernah cakap yang aku ada Twitter dulu and I'll always update almost my journey dekat situ. (Sampai Twitter tu considered as my diary bergerak tau haha) So, bila dah habis belajar ni dan aku start slow down untuk share life aku. Pernah ada kawan aku terkejut bila tahu aku kerja (as home tutor, tuition teacher). See? Menunjukkan akan ada orang akan assume life seseorang berdasarkan apa yang kita upload di media sosial. Sampai suatu masa kita TERBIASA upload benda yang tak penting pun. Lagi parah bila kita sampai tak boleh bezakan yang mana satu privacy dan bukan pr

FRIENDSHIP LIFE_"Cukup, aku penat bila kena PALAU banyak kali."

Ikutkan aku nak mulakan entry 'FRIENDSHIP LIFE' aku with something more happier. Tapi sebab aku rasa ni pun asam garam dalam mana-mana persahabatan pun so aku mula je lah dengan cerita ni. Apa yang aku cerita ni bukannya nak burukkan mana-mana pihak cuma aku nak bagi satu situasi yang sebenarnya kita tak mampu nak jaga hati semua orang. Ada suatu saat, tak semua kawan yang kita sayang akan kekal dengan kita. "Don't try to understand everything. Sometimes it is not meant to be understod, just accepted" Jujur aku cakap aku tak pernah diuji dengan mana-mana insan yang bergelar KAWAN @ SAHABAT @ RAKAN seteruk ini selain dia yang aku gelar sebagai H. Dekat Uni, kawan rapat aku merangkap teman serumah sejak semester 1 ada 4 orang. Bila masuk H ni so jadi 5 orang lah. Dia hadir dalam hidup kitorang bermula semester 5 di universiti. Sebelum tu, kenal je cuma tak berapa rapat. Kita kawan je semua orang kan. Bak kata omputih, "the more the merrier". Ak

ACHIEVEMENT UNLOCKED TODAY_Bawa kereta sorang-sorang pergi kerja!

First and foremost, entry kali ni maybe akan BERGUNA sangat-sangat untuk orang yang masih takut-takut untuk bawa kereta. Sebab aku pernah ada dekat fasa tu dulu. Hai geng kalau kita sama. Meh sep sikit haha! Alhamdulillah yes, harini aku dah start bawa kereta sorang-sorang tanpa ada abah dekat tepi. I don't know whether this can also be called as my ahievement because seriously  'bawa kereta' is not one of my life goals. Bila ambik lesen kereta? Kisah 'aku dan kereta' ni bermula sejak lebih kurang 5 tahun dulu. Aku dipaksa ambik lesen kereta lepas habis matrik sebab katanya kalau tak ambik waktu tu, nanti susah. Aku mengaku ada untungnya ambik lesen awal, tapi kadang-kadang ada orang tak ambik lesen awal sebab duit tak ada lagi. Yelah, lagipun bukannya murah nak ambik lesen. Lebih kurang RM1000 kan? Lemah dengan kereta manual / bukit Aku ambik lesen kereta manual dan dua kereta dekat rumah aku (waktu tu) memang manual. Sepatutnya buka

TEACHER's DIARY_Macam mana Tercetus Minat jadi Guru?

Sekarang aku dalam bilik guru tempat yang aku kerja sekarang. Sebab tak banyak lagi kerja, so aku boleh spend masa banyak sikit untuk menulis. Lepas ni tak tahulah sibuk macam mana. Aku dapat tajuk ni pun sebab ada bekas anak murid masa praktikal dulu yang suruh jadikan soalan ni sebagai salah satu tajuk content untuk blog aku. Kisah aku mula-mula minat nak jadi guru lebih kurang macam nilah.. Pada suatu hari,... Permulaan  Minat Macam satu 'ilham' yang Allah bagi sejak aku kecik cakap  "Syafiqah, bila besar nanti kau kena jadi guru. Wajib!"  Hahaha Okey tak adalah, sebenarnya sejak aku berumur 6 tahun lagi aku NAK jadi cikgu. Di saat orang lain terkontang kanting lagi nak tulis ruangan 'cita-cita' dia apa, aku tak perlu nak fikir dua tiga kali untuk tulis. Jadi doktor? Langsung tak pernah terfikir nak jadi doktor. Kahwin dengan dotor pun aku tak nak tau! Cita-cita : GURU Biasalah kan masa kecik memang suka sangat bu

GRADUATE LIFE_My SPP Interview 's Journey. (PART 2)

Penatnya nak tulis pasal temu duga SPP ni. Siap ada part 2 lagi haha. Okey, takpe mana tahu ada manfaat buat orang lain kan? Okey jom sambung balik. Selepas Temu Duga Jujur aku katakan lepas je keluar dari bilik temu duga tu aku langsung tak letak harapan untuk lulus temu duga. Macam-macam cerita yang aku dengar masa ni. Ada yang dah 5 tahun tak posting. IV ni kali ke-3 lah bagi dia sebab dulu bukan senang untuk dipanggil IV. (Kadang-kadang ada sesetengah kos yang dibekukan daripada sebarang posting bagi tahun tertentu.) Ada yang siap dah ada tiga orang anak. Ada yang jauh dari utara semata-mata nak pergi IV di Terengganu. Ada yang dah bermacam-macam pengalaman nak dibandingkan dengan aku ni. Yelah, fresh graduate lah katakan. So, apa yang aku pegang waktu ni. Tawakkal dan yakin rezeki Allah tu luas. Banyakkan berdoa, solat hajat, solat dhuha dan apa-apa yang menunjukkan kita ni betul-betul nakkan sesuatu yang besar. InsyaAllah. Dunia pendidikan tu sendiri buka

GRADUATE LIFE_My SPP Interview 's Journey. (PART 1)

Ikutkan aku tulis entry ni lepas aku dapat tahu keputusan temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pertama aku selepas aku habis belajar. Sekali lagi aku nak cakap dekat entry ni, aku GAGAL untuk temu duga kali ni. Btw, entry ni more kepada pengalaman sebelum, semasa dan selepas IV SPP ni. So, aku akan cakap randomlah pasal IV ni. (interview : temu duga) Pohon Jawatan melalui Portal Jobs Malaysia Ni adalah perkara pertama yang mahasiswa pendidikan perlu buat. WAJIB buat! Kalau tak, takkan dipanggil untuk temu duga. Tak berapa pasti sejak bila kuat kuasa tapi untuk melayakkan kita dapat jawatan di bawah Perkhidmatan Pelajaran kita kena daftar sebagai pencari kerja di JobsMalaysia. Layari laman web Jobs Malaysia http://%20www.jobsmalaysia.gov.my/ dan kemaskini maklumat calon, isi segala soalan mak nenek dalam tu. Waktu aku isi tu, ada peratus keseluruhan untuk maklumat kita isi. Make sure peratus keseluruhan tu 96% (dan keatas) untuk menandakan ki