GRADUATE LIFE_My SPP Interview 's Journey. (PART 2)

Penatnya nak tulis pasal temu duga SPP ni. Siap ada part 2 lagi haha. Okey, takpe mana tahu ada manfaat buat orang lain kan?

Okey jom sambung balik.

  • Selepas Temu Duga
Jujur aku katakan lepas je keluar dari bilik temu duga tu aku langsung tak letak harapan untuk lulus temu duga.

Macam-macam cerita yang aku dengar masa ni.

Ada yang dah 5 tahun tak posting. IV ni kali ke-3 lah bagi dia sebab dulu bukan senang untuk dipanggil IV. (Kadang-kadang ada sesetengah kos yang dibekukan daripada sebarang posting bagi tahun tertentu.)

Ada yang siap dah ada tiga orang anak.

Ada yang jauh dari utara semata-mata nak pergi IV di Terengganu.

Ada yang dah bermacam-macam pengalaman nak dibandingkan dengan aku ni. Yelah, fresh graduate lah katakan.

So, apa yang aku pegang waktu ni.

Tawakkal dan yakin rezeki Allah tu luas. Banyakkan berdoa, solat hajat, solat dhuha dan apa-apa yang menunjukkan kita ni betul-betul nakkan sesuatu yang besar. InsyaAllah.

Dunia pendidikan tu sendiri bukanlah terhad kepada sekolah KPM sahaja. Ada tadika, sekolah swasta, kolej, GIAT MARA dan mermacam-macam platform pendidikan lagi untuk kita ceburi.

  • Keputusan Calon Lulus IV (dalam batch)
Pertengahan bulan 10 temu duga then dapat result lulus atau tak dekat hujung bulan 12.

Sehari sebelum tu, keluar keputusan IV SPP untuk calon Sarawak. Alhamdulillah semua budak Sarawak untuk batch aku, semua lulus. (Untuk kos lain tak berapa pasti) ramai calon Sarawak lulus mungkin faktor kerajaan dah hentikan pengambilan guru dari Semenanjung ke Borneo.

Masa ni keputusan untuk calon IV SPP dari Sabah lambat sikit keluar. But still aku yakin, ramai je antara diorang akan lulus atas faktor yang sama macam yang aku cakap dekat atas

Setakat ni budak Sabah belum tahu keputusan. (Tapi rasanya kebanyakkan akan lulus sebab tiada pengambilan guru dari semenanjung ke Sabah Sarawak.)

Budak Semenanjung baru je dapat keputusan hujung bulan 12 haritu. Dalam batch aku sendiri tak ramai yang lulus. Setakat yang aku tahu lebih kurang 3 orang calon semenanjung yang lulus dan beberapa orang yang dikira sebagai calon simpanan.

InsyaAllah kita doakan supaya ambilan guru tahun hadapan lebih ramai berbanding tahun 2019.

  • Reaksi kebanyakkan pelajar selepas keputusan SPP
Macam biasa setiap universiti kebanyakkannya akan ada page confession kan? So, U aku pun adalah.

Sejak keputusan IV SPP ni dimumkan, maka banyaklah confession yang keluar. Antara beberapa main point yang menarik perhatian aku untuk aku ulas dekat sini ialah...

Pertama, 

"Dekat Uni tak perlu nak bazirkan masa untuk join program, buat program sana sini dan sibuk nak kumpul mata merit. Sudahnya tak ada orang nak pandang pun sijil kita."

Eh, hello?

Selama ni niat kita nak join program sebab apa?
Memang 4 tahun belajar dekat Uni memang niat untuk 'dipandang' penemu duga ke?

Cuba fikir balik kebaikan semua tu. Macam-macam pengalaman yang kita dapat untuk tambah nilai apa yang ada pada diri kita terutamanya. Daripada penakut jadi berani. Daripada kosong jadi pandai bab-bab menguruskan suatu program.

Kedua,

"Nanti belajar tak perlu gigih nak dapat Anugerah Dekan setiap semester. Result tinggi-tinggi pun tak lulus jugak temuduga."

Eh, hello?

Selama ni niat belajar sebab apa?
Bukan ke kita belajar tu sebab nak ilmu dan kita usaha sungguh-sungguh untuk dapat dekan tu sebab nak bagi yang terbaik untuk diri sendiri dan  mak ayah? Then, kalau graduate first class dah tak payah bayar PTPTN. Kenapalah nak kena fikir pasal negatif je.

Ketiga,

"Jangan beria sangat nak kemas kini fail temu duga, letak sijil banyak-banyak. Tak perlu nak ini nak itu bagai masa temu duga."

Yang ni aku malas nak ulas sebab lain orang lain pemikiran dia. Macam aku, InsyaAllah even untuk temu duga kecik sekalipun aku tetap akan buat sehabis baik sebab tu adalah first impression majikan terhadap pekerja dia. So, lepas ni rasa nak cincai je masa temu duga sebab tak yakin dapat...ikut masing-masing lah.

  • Banyak lagi portal nak cari kerja
Actually tersangat banyak portal untuk cari kerja selain Jobs Malaysia. Even dalam Jobs Malaysia masa kita isi SPP tu, kita akan isi maklumat lain berkenaan pilihan kerja kita selain guru. (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) sebab dia akan link dengan kerja-kerja lain jugak ikut apa yang kita isi dekat Jobs Malaysia

Melalui Jobs Malaysia sendiri aku pernah dapat tawaran temu duga kerja pensyarah kolej swasta, guru tadika dan macam-macam lagi. Cuma aku tak dapat pergi atas faktor tempat. Waktu tu tak sedia lagi nak keluar dari negeri aku haha.

Nanti try lah cari peluang kerjaya dekat Linked, Jobstreet dan lain-lain. Lagi banyak isi, lagi banyak peluang tawaran kerja kan?

  • Don't give up!
Dekat Malaysia ni ada banyak lagi peluang kerjaya lain. Jangan hadkan rezeki Allah hanyalah melalui SPP. Macam aku, aku pernah minta guru KAFA, guru ganti, guru tuisyen, home tutor dan fasilitator untuk kem.

Cukup untuk membuktikan betapa aku cuba untuk mencari jalan untuk masuk bidang ni sebelum aku dapat kerjaya sekarang. Macam aku sekarang, Alhamdulillah dah jadi guru sekolah menengah Teregganu melalui kerajaan negeri Terengganu.

But still, aku tak cakap orang yang ambil pendidikan then masuk bidang kerja selain pendidikan tu tak bagus.

Tak semua tempat sama untuk dapat peluang cerah dalam bidang pendidikan dan tak semua orang ada komitmen yang sama. Mungkin bagi sesetengah orang, kerja je apa dulu asalkan boleh tampung kehidupan selepas habis belajar.

Well, it still your own choice.

It's really yours.

Kalau rasa tak ada peluang dalam bidang pendidikan dekat tempat tinggal, jangan putus asa.

Doa banyak-banyak dan teruskan dengan kerja sekarang. Allah tahu niat dan kemahuan kita. Dia pasti akan kabulkan jika itu yang tertulis sebagai suratan takdir kita.


Sekian bebelan aku pasal temuduga.

Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, memang jauhlah pengalaman aku yang paling sikit. 

So guys, good luck for your next future. Lagi senang, kalau rasa malas lagi nak kerja dan duit simpanan ada banyak...pergilah sambung Master haha.

Moga dipermudahkan semuanya amin!

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.