Posts

Showing posts with the label UNIVERSITY__LIFE

UNIVERSITY LIFE_Eh, Mana Aci Aku Ajar Dia tapi Makah Test Dia Lagi Tinggi.

Budak kos aku lebih kurang dalam 65 orang dan sejak semester 3, kami diwajibkan untuk ambil subjek minor. Aku dengan 8 orang kawan aku ambil Fizik. Aku ada kawan, nama dia Fatin. Aku, Fatin dan beberapa orang lagi jadi geng dan rapat sejak ambil minor sekali. Yelah, sebab kebanyakkan kelas kami hampir semuanya sama. So, ke hulu ke hilir memang sekali jalan la. Sejak semester 1 memang aku tahu Fatin akan score dalam setiap semester. Dan Fatin pun jenis macam aku, bukanlah pelajar yang bila belajar je terus masuk. So, apa rahsia dia cemerlang?  Entahlah.. Dia dapat kelebihan study last minit kot. Start je musim study week, memang dia akan pulun dan PNGK 3.80 ke atas tu dah biasa bagi dia. Haha untunglah badan, perform last minit. Ni cerita aku pasal Fizik okey? Subjek lain aku tak tahu cara dia study. Fatin jenis yang akan study dengan orang. Dia akan fahamkan sesuatu topik kebanyakkannya dengan orang yang lebih 'faham' dalam topik tu. Hazirah namanya. Dan...

UNIVERSITY LIFE_Blurr masa final exam. Nasib baik tak GAGAL!

Jujur, masuk Universiti je ramai yang pesan dekat aku Semester 1 dah kena score pointer tinggi. Kenapa kena score tinggi? Pertama, sebab nanti dah semester last-last susah nak score. Jadi kena score awal-awal. Kedua, sebab nak biasiswa.  Aku sebagai peminjam PTPTN of course tak nak lepaskan peluang untuk mintak biasiswa. Dan kalau untuk pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN pun aku takut kalau nanti aku tak dapat graduate dengan kelas pertama. So, aku belajar masa tu dengan niat nak dapat pointer tinggi. Aku dah tak fikir apa. Target aku, untuk dapat biasiswa. Untuk mudah dapat biaisiswa, semester 1 kena dapat result tinggi. Aku rasa aku dah takde life masa tu. Sampailah tiba final exam untuk Semester 1. Aku ada satu mindset untuk takkan tengok carrymark aku untuk semua subjek. Bagi aku, aku akan assume carrymark aku rendah dan terus pulun untuk final exam. (Padahal aku takut nak tengok carrymark sendiri haha) Aku ingat lagi, haritu exam Statistics.  Aku ma...

UNIVERSITY LIFE_Hari Pertama Kuliah is My Worst Day Ever in My University Life!

Orang cakap jangan pandang belakang. Tapi aku nak imbau first day aku pergi kuliah dekat Universiti aku. Yup, first day. I had a really worst day for my first class that should be a happy day for everyone arghh haha! Hari yang teruk dan memalukan untuk aku ingat balik. Of course tahu semua pelajar semester 1 kena join orientasi kan? Dan first day kuliah aku ialah malam terakhir orientasi kolej aku which is habis pukul 2 pagi. Teruk jugak budak kolej aku kena 'ragging' malam tu. Yang paling aku ingat, malam tu kitorang kena paksa makan roti cicah budu. Hei, tapi aku tak makan budu lahhh. Sorry senior, aku memanglah noob sebab baru masuk U tapi aku pun pandai menipu. Aku rasa aku je kot, yang tak makan malam tu. Ada yang sampai termuntah wehh sebab makan budu. Aduii, kelakar pulak bila ingat balik keletah diorang yang TERPAKSA makan budu. Ni tak termasuk lagi part kena berguling-guling dekat rumput yang ada tahi kucing dan merangkak dalam parit busuk penuh katak. Ha...

UNIVERSITY LIFE_Aku Dapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama?

Ok, berdasarkan tajuk tu...Yay! Alhamdulillah Allah bagi apa yang aku nak sejak masuk U, iaitu graduate dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Nampak simple, tapi banyak cerita di sebalik kejayaan kecil aku ni. Aku bukan lah orang yang bijak, belajar je terus ilmu masuk lekat dalam kepala. Haha betul sumpah tak tipu, so cerita aku dekat bawah mungkin membantu bagi dekat sesiapa yang rasa dia selalu tak dapat apa yang dia mintak dekat Allah. Ok, sebelum tu aku share result aku untuk setiap semester. Semester 1 : 3.50 Semester 2 : 3.59 Semester 3 : 3.79 Semester 4 : 3.84 Semester 5 : 3.90 Semester 6 : 3.67 Semester 7 : 3.75 Total semester pengajian aku 8, so PNGK (gred purata) aku untuk 7 semester masa tu ialah 3.72.  Aku ada 'Life Achievement' aku. Korang bayangkan, target aku AT LEAST aku nak graduate dengan  PNGK 3.75 . So, paling kurang aku perlu dapatkan 3.93 untuk result Semester 8 untuk capai 3.75 tu.  Tapi dengan s...