UNIVERSITY LIFE_Aku Dapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama?

Ok, berdasarkan tajuk tu...Yay! Alhamdulillah Allah bagi apa yang aku nak sejak masuk U, iaitu graduate dengan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama.

Nampak simple, tapi banyak cerita di sebalik kejayaan kecil aku ni.

Aku bukan lah orang yang bijak, belajar je terus ilmu masuk lekat dalam kepala. Haha betul sumpah tak tipu, so cerita aku dekat bawah mungkin membantu bagi dekat sesiapa yang rasa dia selalu tak dapat apa yang dia mintak dekat Allah.

Ok, sebelum tu aku share result aku untuk setiap semester.

Semester 1 : 3.50
Semester 2 : 3.59
Semester 3 : 3.79
Semester 4 : 3.84
Semester 5 : 3.90
Semester 6 : 3.67
Semester 7 : 3.75

Total semester pengajian aku 8, so PNGK (gred purata) aku untuk 7 semester masa tu ialah 3.72. 

Aku ada 'Life Achievement' aku. Korang bayangkan, target aku AT LEAST aku nak graduate dengan PNGK 3.75. So, paling kurang aku perlu dapatkan 3.93 untuk result Semester 8 untuk capai 3.75 tu. 

Tapi dengan semester terakhir yang ada Final Year Project, ada subjek Linear Programming, dua subjek minor (Fizik), korang rasa tak apa aku rasa? Haha.

So, aku memang kena betul-betul pulun daripada awal semester.

Selama ni pun, memang aku study betul-betul. (Main-main tu adalah hihi). Tapi untuk semester terakhir ni, semester penentuan PNGK aku. Daripada awal aku jaga semuanya. 


Ni antara benda yang aku betul-betul 'jaga'.
  •  Niat
Even hadis 40 Imam Nawawi yang pertama pun, pasal niat. Sesungguhnya setiap perbuatan itu bermula dengan niat. So, aku muhasabah betul apa niat aku nak graduate dengan kelas pertama. Aku bukan nak tunjuk dekat siapa-siapa. Bukan nak bangga dekat mana-mana.

Aku cuma nak buktikan dekat parent aku lepas aku dah kecewakan diorang masa SPM aku. Dan nak bagi contoh yang baik untuk adik-adik aku.

Dan pastinya untuk pastikan pinjaman PTPN aku bertukar menjadi 'biasiswa' InsyaAllah.

  • Faham apa yang pensyarah ajar sejak awal.
Selama ni, kebanyakkannya aku pulun masa final exam.

Semester kalini, kalau ada benda yang aku tak faham masa kelas pun, aku akan tanya kawan aku lepas habis kelas atau aku akan ambil masa sebelum nak tidur untuk baca balik topik dalam kelas haritu.

Ada satu kelas ni, kelas Fizik Moden dan pensyarah aku suka buat kuiz. Hampir setiap minggu akan ada kuiz lepas habis kelas. Tak termasuk test lagi. So, kalau tak faham apa yang pensyarah ajar memang mendapatlah aku haha.

Pernah aku tak faham apa yang Dr. ajar haritu sebab aku mengantuk masa dalam kelas. Tiba-tiba ada pop up kuiz dan aku dapat 1 markah je untuk kuiz. Padan muka diri sendiri siapa suruh tak fokus dalam kelas kan.

Total carrymark dekat Universiti aku 60% untuk bawa ke final exam.

Jadi selain assignment, kuiz dan test memang bawa pengaruh yang besar dalam life seorang pelajar Universiti. So, kalau nak score sesuatu subjek memang kena jaga carrymark.

  • Jaga keberkatan sebagai seorang hamba, anak, murid.
Aku sebagai hamba.

Setiap hari aku akan cuba konsisten untuk solat dhuha dan baca surah Al-Waqiah. Solat tahajud pun aku cuba buat setiap hari (even susahnya nak konsisten bangun sebelum Subuh). Solat taubat dan solat hajat sebelum tidur.

Aku sebagai anak.

Aku bukanlah anak yang baik. Aku pun pernah buat parent aku kecil hati dengan aku. Dan aku seorang yang malu/ego untuk minta maaf even aku tahu aku banyak salah. Apa aku buat untuk  tebus balik dosa aku? Aku akan minta maaf setiap kali naik bas time nak balik Universiti. Aku nak, setiap kali aku pergi Universiti parent aku redha dengan aku. Kadang-kadang aku akan minta maaf time cakap dekat telefon.

Aku sebagai murid.

Setiap kali masuk kelas, aku akan betulkan niat aku belajar sebab nak ilmu Allah. Aku akan mintak dekat Allah supaya izinkan aku untuk faham secebis ilmu Dia. Aku pun memang sangat elakkan main telefon masa pensyarah tengah mengajar.

  • Jangan bagi hati kotor.
Aku akan cuba jaga hati aku daripada maksiat.

Aku akan elakkan tengok drama Korea. Kalau tengok pun, aku takkan tengok sampai terganggu fokus aku untuk solat. Aku pun selalu cuba untuk istiqamah untuk solat awal.

Walaupun iman aku selalu kalah dan setiap kali tulah aku rasa aku tak layak dapat nikmat daripada Allah. Tapi aku yakin Dia Maha Pengampun. Selalu istighfar dan mohon keampunan daripada Allah. 

Prinsip aku, kalau hati kotor macam mana ilmu nak masuk.

Ilmu kan cahaya? Cahaya Alah takkan masuk dalam hati orang yang berbuat maksiat. Astaghfirullah, jauhkan kami dari maksiat.

  • Banyakkan sedekah.
Sedekah tak semestinya kena berharta. Sedekah pun banyak jenis.

Allah sediakan ruang yang luas untuk buat baik. Antara sedekah selain dari harta ialah dengan tasbih, tahmid, tahlil, membantu gembirakan saudaranya dan berikan nasihat yang baik.

Boleh je nak belanja kawan aiskrim ke, belanja duit minyak ke. Kalau pergi masjid, letak lah sikit duit dalam tabung masjid. Ada suatu masa kan, aku terdesak nak sesuatu dari Allah..aku amik insiatif cari dekat facebook mana-mana badan yang perlukan sumbangan. 

Selain tu, ada macam-macam lagi yang kita boleh buat. Sedekah pun akan didik hati supaya sentiasa bergantung pada Allah.

Siapa tak nak pahala sedekah? Apa yang kita berikan, InsyaAllah Dia akan ganti yang lebih baik.

Jadi aku nak sesuatu yang besar sebagai pengakhiran aku. Aku nak keluar sebagai mahasiswa Kelas Pertama. Jadi, banyakkan memberi InsyaAllah.

InsyaAllah Dia akan bagi apa yang kita minta.

  • Doa senjata umat Islam
Jangan pandang remeh pada kuasa sebuah doa.

Allah Ya Samii' Allah Ya Mujib.
Dia Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan.

Mintalah. Allah suka bila kita rendahkan diri kita dan agungkan kuasa Dia. Allah akan kabulkan jika itu yang terbaik untuk kita.

Sebut pasal doa, aku memang pandang tinggi pada kuasa seorang ibu.

Aku akan 'paksa' Umi untuk doakan aku. Haha. Kadang-kadang aku rasa dia dah bosan dengar permintaan aku ni. Takpelah, asalkan aku tahu kalau bukan doa aku yang makbul, doa Umi yang makbul.

Bukan tu je, masa aku minta doa pun aku selalu selitkan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para keluarga dan sahabat baginda. Aku harap dengan selawat, aku dapat syafaat (pertolongan) baginda masa tengah jawab final exam. 

Amin ya Mujib.

Dan macam yang aku cakap dekat post aku sebelum ni, jangan lupa doakan orang lain.



Alhamdulillah, untuk semester 8 aku dapat 3.96. So, PNGK aku terus jadi 3.75.

Melompat aku masa tengok result dan terus ucap terima kasih dekat Umi sebab selalu doakan aku. Menangis terharu aku lepas dapat result tu. Allah stilll tak bagi aku rasa dapat 4 flat tapi it's okey ni pun dah cukup bermakna buat aku. Ngam-ngam aku dapat apa yang aku mintak selama ni. Terima kasih Allah.

Nikmat mana lagi yang aku nak dustakan?


Kesimpulannya, korang kalau ada apa-apa yang korang nak...cuba fikir balik apa tujuan korang.

InsyaAllah kalau ikhlas, Allah pasti akan tolong. Betul, niat belajar pun kerana ilmu. Tapi tak salah kan, ada Life Achievement?

Siapa yang tengah belajar sekarang, fokus balik niat korang. Selagi belum dapat result..doa dan terus berdoa diselangi dengan usaha tanpa putus asa.

Siapa yang dah dapat result, tahniah sebab korang dah buat yang terbaik sepanjang korang bergelar pelajar.

Pada siapa yang mungkin tak seperti apa yang korang harapkan... yakinlah Allah Ya Wahab. Dia sebaik-baik Pemberi. Mungkin Dia tak bagi kita berjaya dalam ujian, tapi berjaya dalam pekerjaan kelak. InsyaAllah.

Apa pun, YAKIN dan sangka baik dengan perancangan Allah. Tu paling penting.

Okey?

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.