Posts

Showing posts from December, 2019

AdDEEN LIFE_"Masa Awak Menyanyi Ingat Allah tak?"

Teringat masa dekat sekolah menengah dulu…. Waktu tu pelajar tengah buat kerja kumpulan, mungkin Raihanah perasan yang aku duk selalu menyanyi. (dia duduk meja belakang aku) Tiba-tiba dia kata macam ni… " awak yakin tak masa awak menyanyi tu awak ingat Allah? " Zapp!  Haha amik kau kawan tegur sedebab macam tu. Aku nak jawab apa ni?! Aku tak berapa ingat apa yang aku jawab lepas Raihanah tanya soalan tu dekat aku. Sumpah masa tu aku langsung tak rasa marah dekat dia. Lagipun, ada betulnya apa yang dia cakap tu. So, lepas tu insaflah sekejap. Menyanyi pun tak berapa sangat. Bukan sebab takut dia tanya lagi soalan tu tapi sebab aku sendiri tahu apa yang dia tanya tu tak salah pun. Lama lepas tu, dah masuk matrikulasi, masuk universiti… Hah, ambik kau dah lagho balik! Sampai satu tahap.  Aku kembali suka menyanyi, suka dengar lagu.  (sangat)  Sampai satu tahap. Aku pernah tulis di ruangan hobi : "suka dengar lagu" . 

GRADUATE LIFE_Dua Keputusan Temu Duga (BESAR) dalam Sehari!

Dari tadi aku cari kekuatan nak menulis tapi still tak jumpa-jumpa ni. Dah la bukan senang aku nak bukak laptop, sign in blogger lagi. Duk edit profil blog je daripada tadi. Adoii. Jap, nak pergi minum air lepas ni sambung balik nak tulis apa. Ok, cakap pasal temu duga kan? Selepas habis belajar aku pernah jalani beberapa proses temuduga dan apa yang aku nak cerita harini ialah kisah dua temuduga aku untuk jawatan yang sama iaitu GURU cuma melalui dua jalan yang berbeza. 'Jalan' pertama ialah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 'Jalan' kedua ialah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Semalam 27/12/2019, dalam masa satu hari aku terima dua keputusan untuk temu duga yang dikatakan BESAR tu. Yang JHEAT tu lulus tapi yang satu lagi tu (SPP), gagal. Dan tak ramai pun coursemates aku yang lulus temu duga SPP ni. Maybe kos Matematik masih belum demand buat masa sekarang. Ramai kawan aku yang tengah sedih sekarang sebab tak ramai yan

SCHOOL LIFE_Ikhtilat Pelajar Sekolah Agama.

Post kali ni aku nak share kenangan aku sebagai pelajar sekolah agama ketika berikhtilat dulu. Kelakar weh bila ingat balik tapi aku yakin asbab semua tu lah, dengan izin Allah aku lebih menjaga batas pergaulan sewaktu di universiti mahupun di alam pekerjaan. Tapi kan, kalau nak lagi tepat boleh tengok video Ustaz Adnin. Aku rasa dia antara public figure yang masih 'keras' bincangkan perihal ikhtilat.  Mungkin situasi ni takkan sama dengan sekolah agama yang hanya terdiri dengan pelajar lelaki SAHAJA @ perempuan SAHAJA. Of course lain lah kan.  Dan aku pun tak berapa pasti kalau pelajar sekolah agama sekarang still dapat rasa biah solehah ni sekarang. Kalau masih ada pun, mungkin di Maahd @ pondok. Mungkin. 1) (bercakap guna whiteboard. 2) guna surat. simpan lagi surat tu haha. meeting pun boleh berjalan dengan baik. Tak ada eye contact. Percaya dari mata akan turun ke hati haha. Pandangan mata umpama pandangan beracun. 3) Bercakap dengan gaya marah. (

PYQA THOUGHT_Disember 2019 Bulan Paling Packed and I Really Miss Writing!

Too much things happen in my December hingga lamanya aku tak sentuh blog ni. Berhabuk! Rindu sangat nak menulis dan akhirnya malam ni aku curi masa sikit untuk menulis. Sebelum ni pun, dah terlalu banyak 'draft post' aku sebab tak pernah siap untuk tulis satu entry. Aku rasa aku sibuk sangat sampai aku pernah doa "Ya Allah, janganlah aku menjadi lalai disebabkan kesibukan aku ni." Ada satu masa aku rasa tak sempat nak mengaji. Ada satu masa ada solat sunat yang aku tak kisah kalau tak buat. Sampai satu masa, subuh aku kembali tak teratur, ada yang awal ada yang subuh gajah. Tahajud pun kembali susah untuk aku bangun. Masa ni lah aku rasa yang sebenarnya pentingnya masa yang berkat. Sesibuk mana pun kita, dengan masa yang berkat Allah akan izinkan kita untuk buat amalan yang Dia cintai. Ni antara jadual aku secara kasar untuk Disember. Kalau sempat, aku akan explain lebih detail dekat entry seterusnya. Fasilitator Kem Tahfiz   (1-25 Disember)