SCHOOL LIFE_Ikhtilat Pelajar Sekolah Agama.


Post kali ni aku nak share kenangan aku sebagai pelajar sekolah agama ketika berikhtilat dulu. Kelakar weh bila ingat balik tapi aku yakin asbab semua tu lah, dengan izin Allah aku lebih menjaga batas pergaulan sewaktu di universiti mahupun di alam pekerjaan.

Tapi kan, kalau nak lagi tepat boleh tengok video Ustaz Adnin. Aku rasa dia antara public figure yang masih 'keras' bincangkan perihal ikhtilat. 

Mungkin situasi ni takkan sama dengan sekolah agama yang hanya terdiri dengan pelajar lelaki SAHAJA @ perempuan SAHAJA. Of course lain lah kan. 

Dan aku pun tak berapa pasti kalau pelajar sekolah agama sekarang still dapat rasa biah solehah ni sekarang. Kalau masih ada pun, mungkin di Maahd @ pondok. Mungkin.


1) (bercakap guna whiteboard.

2) guna surat. simpan lagi surat tu haha.

meeting pun boleh berjalan dengan baik. Tak ada eye contact. Percaya dari mata akan turun ke hati haha. Pandangan mata umpama pandangan beracun.


3) Bercakap dengan gaya marah. (sebab takut lelaki cair)


4) Jalan menunduk.


5) Berjalan di kaki lima, takut kalau bertembung.
Ada tangga ikhwan, ahowat. Prep asing.


6) Sekolah tepi pantai. Tudung selalu dalam jilbab sebab tak nak bagi bekas. Kalau singkat, kena buat baru.


7)


8) Biasalah, ada orang ikut. ada yang tak ikut. Tipulah kalau tak ada yang couple kan.
(Aku tak ada lah sampai ada couple. Ada crush je)
Depan diam, belakang lain. Dekat mesej kemain. (masa tu tak ada lagi wasup kan)


9) Kesan Positif

Tipulah kalau aku tak terkesan dengan ikhtilat ....

Sampai matrik pun aku still susah nak cakap dengan lelaki. Tak reti.

Masuk U, persatuan kitorang diajar cara untuk bergerak kerja secara profesional. (Kurangkan sifat malu yang terlalu menebal sehingga jejaskan kerja)

Aku ingat lagi pesanan tu macam kena dekat aku tau. Haha Prsiden Kelab aku sendiri yang nasihat.


10) Kejutan Budaya
Awal-awal memang susah sikit. Dan memang akan ada yang 'kejutan budaya'. (Dulu dekat sekolah malu-malu kenapa bila dekat universiti siap couple, kehulu hilir berdua-duan lagi?.)

Ujian buat dia barangkali. Sesuatu yang kita tahu tapi kita abaikan kerana nafsu.


Tapi itu tak berlaku.
Kerana kita diciptakan lelaki & perempuan bukan untuk dipisahkan.
Sebaliknya, kita memang ditakdirkan untuk hidup bersama-sama, bersosial bersama-sama, bekerja bersama-sama. Bahkan, hukum ikhtilat tu takkan ada kalau lelaki & perempuan tu tak ada kehidupan bersama-sama. Hukum itu ada, bukan untuk memisahkan mereka, tetapi untuk mengatur mereka.

Sebab Islam tak ajar pemisahan mutlak antara lelaki dengan perempuan.
Sebaliknya, Islam mengajar, bagaimana lelaki dengan perempuan boleh berinteraksi dengan penuh adab, dengan penuh hikmah & dengan penuh berkesan.

Maka, hadapilah ketakutan tersebut. Yakni, dalam konteks ini, hadapilah puncanya; zina berlaku bukan semata-mata kerana rapatnya lelaki & perempuan. Tetapi kerana kita tidak memahami tentang seks itu sendiri secukupnya, untuk kita buat keputusan yang betul & matang mengenai hal-ehwal yang berkaitan.

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

Kenapa Aku Menulis?