Posts

Showing posts from August, 2019

FAMILY LIFE_Take a Break and Chase Him

Tengah ralit scroll facebook atas kerusi, baca mana yang patut. Tiba-tiba, adik kecik aku datang dengan tangan yang basah. Pap. Dicalitnya tangannya yang basah tu pada seluar aku yang agak cerah. Jelas kelihatan basah pada seluar aku. Reaksi aku? Biasanya kalau dia buat macam tu aku akan marah dia. (sebab kacau aku) Aku ada dua pilihan masa tu. Samada nak 'teruskan scroll media sosial' atau 'respon pada perbuatan adik aku'. Mulanya malas nak layan benda 'budak-budak' macam tu. Eh tapi tertengok pula muka dia yang seakan mengharap kakaknya 'membalas' perbuatan nakalnya. Macam, eh balaslah. Balaslah. Haha. So, aku terus tutup fon dan mulakan aksi kejar-mengejar yang mulanya tak berapa ikhlas tapi jadi ikhlas lepas tengok wajah ceria adik aku. Padahal takde benda pun kan? Rasa macam dah lama tak bergurau dengan dia. Rasa bahagia dia tu, melambung-lambung, Haha. Over je. Takde benda pun yang aku nak conclude kat sini. Cuma aku nak cak

AdDEEN LIFE_Nak Apa-apa Minta Pada Tuhan

Tadi aku cerita pada umi abah yang aku mimpi pasal temuduga semalam. Punyalah berdebar kan, sampai masuk mimpi. Padahal sebulan lagi. Haha. Macam biasa, mintalah doa dari orang tua untuk minta berkat. Minta dipermudahkan urusan masa temuduga nanti. "Abah doakan kak long eah." Dan macam biasa jugak abah jawab. "Solat hajatlah." Aku selalu rasa tak puas hati dengan jawapan abah bila aku suruh dia doakan aku.  Sebab yelah, aku doa pun dah, solat hajat pun dah. Cuma kita nakkan doa daripada orang tua je. Aku cuma nakkan abah cakap at least "ya, abah doakan". Tapi disuruhnya aku doa supaya dapat apa terbaik dari Allah. Tiba-tiba aku teringat masa dulu-dulu.Waktu aku belajar dekat Universiti. "Abah umi, doakan kak long dipermudahkan masa jawab exam eah." "Abah umi, doakan kak long dapat result tinggi eah." Setiap kali aku risau pasal exam atau result, aku akan cakap macam tu pada abah dan umi. Macam

AdDEEN LIFE_Perlekeh Orang Tak Baca Quran

Kejadian ni dah berlaku lama iaitu sewaktu aku di sekolah menengah.  Namun peristiwa ini tetap aku ingat sehingga sekarang sebagai salah satu peringatan kecil dari Allah kepada aku. Masa sekolah menengah dulu, pernah terselit rasa bangga dalam hati aku sebab setiap hari memang aku tak pernah miss baca quran.  At least, sehari pun aku akan baca quran walau HANYA semuka surat. Tanpa sedar dalam hati sedang perlekehkan manusia lain yang konon 'kurang' cintanya pada Quran. Pelik jika sehari tak baca Quran,  takkanlah tak ada rasa bersalah langsung. Sampailah..aku diuji Tuhan. Entah apa yang aku buat sampaikan seminggu aku tak berpeluang langsung untuk baca quran. Malas beserta ada sahaja perkara yang buat aku tak sempat baca Quran. Lama tu baru aku sedar lamanya aku tak sentuh Al-Quran.  Betapa waktu aku ketika itu tidak diberkati Allah sehingga tak sempat nak buat perkara yang menjadi kebiasaan sebelum itu. Allahu... aku sedar rupanya selama ini ketika a

LOVE LIFE_Ada Apa dengan CINTA?

Minngu lepas, minggu cuti Raya Aidiladha dan aku tahu ramai yang ambil peluang cuti ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan. Termasuklah kawan-kawan aku di sekolah mahupun di universiti. Gembira melihat mereka bakal mendapat pasangan untuk dijadikan sahabat dunia akhirat kelak. Kadang-kadang geli hati pun ada, melihat kawan sekolah yang dahulunya yang agak kasar perwatakannya tetapi lembut ayu dan sopan di kala usia menginjak dewasa sudah mahu berkahwin. Yelah kan, hati pun boleh berubah apatah lagi perwatakan manusia bukan? Kagum melihat mereka bersedia untuk melangkah ke alam yang lebih menguji dari pelbagai aspek.  Aku? Masih terkontang-kanting memikirkan nasib aku yang masib belum 'dipinang' sebarang kerja. (Walaupun itu pilihanku dan keluarga untuk tidak bekerja buat masa sekarang) Sempat aku hubungi rakanku yang lain, cuba mengusik mereka yang masih belum berkahwin. Ada yang mengeluh kerana masih belum mempunyai pasangan. "Awa

GRADUATE LIFE_Dapat Interview SPP?

Sejak awal, aku memang dikhabarkan yang Semakan Interview SPP ni akan dihebahkan selepas Hari Raya Aidiladha cuma tak pasti bila tarikh yang tepat sampailah semalam, aku tahu keputusan dah dikeluarkan. Aku tahu pun sebab kecoh dekat group Whatapps batch aku. Semua duk ucap tahniah dekat siapa yang dapat dan kata semangat jangan putus asa pada siapa yang tak dapat temuduga. Katanya, temuduga ni secara berperingkat, InsyaAllah siapa yang belum dapat akan dapat untuk panggilan seterusnya. Aku pasti ni berita gembira untuk siapa yang masih belum dapat panggilan temuduga. Oh, sebelum tu aku terangkan pasal temuduga SPP ni. Temuduga SPP ni merupakan temuduga yang SANGAT penting bagi pelajar jurusan pendidikan atau bakal guru untuk dapat lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Apa perasaan aku masa nak cek semakan temuduga tu? Takde perasaan. Ye, perasaan berampur bau. Tak kisah samada dapat atau tak temuduga mungkin. Dan tak serisau perasaan aku semasa cek keputus

FAMILY LIFE_Kesan Body Shamming pada Aku

Kesan body shamming pada aku? First at all, ia dah rendahkan confidence level aku masa aku sekolah menengah. Aku rasa aku ni buruk dan tak cantik. Aku rasa aku ni gemuk (padahal tak sangat pun sebab aku ni tinggi orangnya), muka aku bulat macam bola dan selalu fikir cara nak lipat awning tudung yang sesuai supaya muka tak nampak telalu bulat. Kadang-kadang, aku akan pakai tudung kedepan sikit. Yelah, kalau belakang sangat nampak habis pipi pau aku kan. Bila tengok gambar lama aku, rasa macam nak tarik je tudung aku ke belakang sikit. Haha Dan start dekat asrama sampailah aku belajar dekat Matrik, aku selalu tinggal nasi setompok. Dah jadi tabiat. Eeven sikit mana pun aku ambil nasi, akan ada setompok nasi yang aku takkan sentuh. Memang masa tu aku cakap "dah kenyang, tak boleh masuk dah". Tapi sebenarnya, aku takut nak habiskan semua nasi yang aku ambil untuk setiap kali hidangan. Aku tahu, setiap nasi tu rezeki. Tak baik kalau selalu tak habiskan. But, I just canno

FAMILY LIFE_Kena Body Shamming dari Keluarga Sendiri?

Jap, aku kena curi-curi masa nak tulis blog ni sebab semua adik beradik aku ada dekat rumah sekarang. (Cuti Raya Haji kan) Seronok rumah sini makan gulai kambing, rumah sana pulak makan sup tulang. Fuhh tak payah masak sehari bai! Sebelum aku cerita lebih lanjut, jap aku bagi maksud ' body shamming ' secara ringkas dulu.        - Sebarang perbuatan atau percakapapan yang menghina seseorang samada melalui mengkritik saiz atau bentuk badan atau seumpama dengannya.  Sebenarnya aku tak dapat nak jelaskan dengan lebih mendalam maksud 'body shamming' dan aku rasa perkataan tu baru je wujud kot sebab aku perasan sejak-sejak ni baru viral video kesedaran pasal body shamming ni.(Ke dah lama dah? Lantaklah haha)  Aku tak ingat waktu yang sebetulnya aku start kena benda ni. Tapi sejak aku masuk sekolah menengah, aku dah start gain weight. Yelah, duduk asrama makan 6 kali sehari dari pukul 7 am hingga pukul 11 pm. Mananya tak seronok mulut tu asyik nak mengunya

SOCIAL LIFE_Kebaikan Selepas Slowly 'Quit' the Social Media

 Entry sebelum ni, aku cerita pasal kenapa aku uninstall my Instagram and Twitter account right. Of course setiap apa yang kita buat tu ada pro and con dia. Well, it depends on how what actually kita rasa lepas tu. Aku rasa bukan aku je yang rasa bila pegang telefon, kita akan enjoy dalam 'dunia media sosial'. Susah nak keluar dari dunia tu lebih-lebih lagi bila makin banyak perkara menarik yang ditawarkan. Kadang-kadang aku sengaja takkan on data @ wifi untuk elakkan aku tertarik untuk buka media sosial aku. (termasuk lah whatsapp_jangan lupa whatsapp pun ada story ok) Aku betul-betul mula kurangkan penggunaan sosial media aku sejak aku habis belajar. So, apa yang aku cakap dekat sini kebanyakkannya kebaikan untuk aku di rumah. Bergantung kepada fokus masing-masing. Macam aku, fokus aku sekarang...family aku. Banyak masa berkualiti bersama keluarga Bila kurang pegang telefon, semestinya aku akan habiskan masa berkualiti dengan keluarga aku. Bukannya badan je a

SOCIAL LIFE_I 'Quit' Social Media for Good

"Cikgu, saya tengok-kadang berhari-hari Cikgu tak online" "Weh, lama tak online?" Sejak aku habis belajar, memang aku jarang pegang telefon aku. Entahlah, sebab takde kepentingan untuk aku main kot. Kalau adapun, aku akan buka Facebook. Sounds like orang tua but yes aku lebih suka Facebook. Opps! Instagram?  Pernah ada tapi dah dekat setahun aku uninstall. Sesiapa yang follow aku tu memang berjanggutlah nak tunggu aku approve. Twitter? OMG aku baru je uninstall dua hari yang lepas and I hope I made a right decision hopefully.  Telegram?  Ada. Still ada cuma jarang gila aku bukak Telegram. Nak unintsall pun sayang sebab banyak group yang sebar benda berinformasi dekat Telegram tu. Whatsapp? Of course lah ada. Dengan apa lagi aku nak berhubung dengan kawan & keluarga aku kalau aku takde whatsapp. Haha.  Snapchat, Tumblr, Tik Tok jangan cakaplah. Aku memang kuno sikit bab-bab semua ni. So, memang tak pernah install dan tak tahu apa

SCHOOL LIFE_Tak Pernah Aku Duduk Kelas Paling Corot!

Ni post pertama aku pasal life aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Jap aku brief sikit. Aku bekas pelajar sekolah agama berasrama penuh dan sekolah aku pun antara yang gah dalam negeri aku. Nak masuk sekolah aku tu, pastikan kena dapat 5A dalam UPSR. (sekarang dia kira unit kan? so wajib 25 unit ke atas) dan aku belajar dekat situ betul-betul 5 tahun. Dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Aku memang struggle sikitlah kalau duduk sekolah tu, sebab kebanyakkan orang memang dah 'semulajadi' bijak. (Cuba bayangkan dia kumpul orang bijak dari sekolah-sekoah rendah berlainan lepas tu kumpul dekat satu sekolah menengah. Jangan haraplah nak dapat Top 5 dalam kelas haha) Kebaikannya, ramai orang yang sama-sama rajin belajar, cikgu pun tak risau sangat sebab prestasi kurikulum murid takdelah teruk mana. Kes tercorot sangat kalau ada yang gagal tu.  Kekurangan dia, dari segi ranking akulah. Sejak Tingkatan 1 dah tak rasa dah nombor 1,2,3. Hahaha yelah, sem

UNIVERSITY LIFE_Eh, Mana Aci Aku Ajar Dia tapi Makah Test Dia Lagi Tinggi.

Budak kos aku lebih kurang dalam 65 orang dan sejak semester 3, kami diwajibkan untuk ambil subjek minor. Aku dengan 8 orang kawan aku ambil Fizik. Aku ada kawan, nama dia Fatin. Aku, Fatin dan beberapa orang lagi jadi geng dan rapat sejak ambil minor sekali. Yelah, sebab kebanyakkan kelas kami hampir semuanya sama. So, ke hulu ke hilir memang sekali jalan la. Sejak semester 1 memang aku tahu Fatin akan score dalam setiap semester. Dan Fatin pun jenis macam aku, bukanlah pelajar yang bila belajar je terus masuk. So, apa rahsia dia cemerlang?  Entahlah.. Dia dapat kelebihan study last minit kot. Start je musim study week, memang dia akan pulun dan PNGK 3.80 ke atas tu dah biasa bagi dia. Haha untunglah badan, perform last minit. Ni cerita aku pasal Fizik okey? Subjek lain aku tak tahu cara dia study. Fatin jenis yang akan study dengan orang. Dia akan fahamkan sesuatu topik kebanyakkannya dengan orang yang lebih 'faham' dalam topik tu. Hazirah namanya. Dan

UNIVERSITY LIFE_Blurr masa final exam. Nasib baik tak GAGAL!

Jujur, masuk Universiti je ramai yang pesan dekat aku Semester 1 dah kena score pointer tinggi. Kenapa kena score tinggi? Pertama, sebab nanti dah semester last-last susah nak score. Jadi kena score awal-awal. Kedua, sebab nak biasiswa.  Aku sebagai peminjam PTPTN of course tak nak lepaskan peluang untuk mintak biasiswa. Dan kalau untuk pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN pun aku takut kalau nanti aku tak dapat graduate dengan kelas pertama. So, aku belajar masa tu dengan niat nak dapat pointer tinggi. Aku dah tak fikir apa. Target aku, untuk dapat biasiswa. Untuk mudah dapat biaisiswa, semester 1 kena dapat result tinggi. Aku rasa aku dah takde life masa tu. Sampailah tiba final exam untuk Semester 1. Aku ada satu mindset untuk takkan tengok carrymark aku untuk semua subjek. Bagi aku, aku akan assume carrymark aku rendah dan terus pulun untuk final exam. (Padahal aku takut nak tengok carrymark sendiri haha) Aku ingat lagi, haritu exam Statistics.  Aku masuk denga

UNIVERSITY LIFE_Hari Pertama Kuliah is My Worst Day Ever in My University Life!

Orang cakap jangan pandang belakang. Tapi aku nak imbau first day aku pergi kuliah dekat Universiti aku. Yup, first day. I had a really worst day for my first class that should be a happy day for everyone arghh haha! Hari yang teruk dan memalukan untuk aku ingat balik. Of course tahu semua pelajar semester 1 kena join orientasi kan? Dan first day kuliah aku ialah malam terakhir orientasi kolej aku which is habis pukul 2 pagi. Teruk jugak budak kolej aku kena 'ragging' malam tu. Yang paling aku ingat, malam tu kitorang kena paksa makan roti cicah budu. Hei, tapi aku tak makan budu lahhh. Sorry senior, aku memanglah noob sebab baru masuk U tapi aku pun pandai menipu. Aku rasa aku je kot, yang tak makan malam tu. Ada yang sampai termuntah wehh sebab makan budu. Aduii, kelakar pulak bila ingat balik keletah diorang yang TERPAKSA makan budu. Ni tak termasuk lagi part kena berguling-guling dekat rumput yang ada tahi kucing dan merangkak dalam parit busuk penuh katak. Ha