AdDEEN LIFE_Perlekeh Orang Tak Baca Quran
Kejadian ni dah berlaku lama iaitu sewaktu aku di sekolah menengah.
Namun peristiwa ini tetap aku ingat sehingga sekarang sebagai salah satu peringatan kecil dari Allah kepada aku.
Masa sekolah menengah dulu, pernah terselit rasa bangga dalam hati aku sebab setiap hari memang aku tak pernah miss baca quran.
At least, sehari pun aku akan baca quran walau HANYA semuka surat.
Tanpa sedar dalam hati sedang perlekehkan manusia lain yang konon 'kurang' cintanya pada Quran. Pelik jika sehari tak baca Quran, takkanlah tak ada rasa bersalah langsung.
Sampailah..aku diuji Tuhan.
Entah apa yang aku buat sampaikan seminggu aku tak berpeluang langsung untuk baca quran. Malas beserta ada sahaja perkara yang buat aku tak sempat baca Quran.
Lama tu baru aku sedar lamanya aku tak sentuh Al-Quran.
Betapa waktu aku ketika itu tidak diberkati Allah sehingga tak sempat nak buat perkara yang menjadi kebiasaan sebelum itu.
Allahu... aku sedar rupanya selama ini ketika aku baca Quran setiap hari, bukan sebab iman aku yang kononnya tinggi.
Bukan sebab aku ni baik sangat pun!
Bukan sebab aku ni baik sangat pun!
Tapi sebab Allah yang Maha Menghendaki aku sebagai hambaNya untuk buka kalam suciNya setiap hari.
Tapi sebab Allah yang memudahkan urusan aku sehingga ada waktu aku yang diberkati untuk membaca Quran.
Kadang-kadang kita rasa kita berkuasa atas apa yang kita buat.
Tapi sebenarnya Allah Ya Hafiz.
Dia yang Maha Menjaga sekiranya ada amalan yang mampu kita istiqamah setiap hari. Kita ujub tanpa kita sedar.
Dia yang Maha Menjaga sekiranya ada amalan yang mampu kita istiqamah setiap hari. Kita ujub tanpa kita sedar.
Astaghfirullah.
Sebab tu kasihanilah insan yang mungkin qurannya HANYA dibaca seminggu sekali, bahkan mungkin TAK pernah baca sejak habis khatam di sekolah KAFA / sekolah agama.
Mungkin. Siapa tahu bukan?
Mungkin. Siapa tahu bukan?
Kita semua tahu betapa Al-Quran mempengaruhi kehidupan kita sama ada jika dipegang, dibaca lebih-lebih lagi jika dijadikan sebagai pegangan hidup.
Tapi tak semua orang 'kuat' untuk melakukan ibadah ini lebih-lebih lagi dengan waktu yang sering dirasakan sempit di akhir zaman.
Taufik itu bermaksud kekuatan untuk melakukan kebaikan.
Doalah supaya mereka juga diberi taufik dan hidayah sepertimana kita diberi hidayah serta dibukakan pintu taufik untuk punya rasa cintakan quran lebih daripada yang lain.
Doalah supaya mereka juga diberi taufik dan hidayah sepertimana kita diberi hidayah serta dibukakan pintu taufik untuk punya rasa cintakan quran lebih daripada yang lain.
Doalah.
Betapa aku berdosa kerana memperlekeh manusia di saat aku diberi kemanisan dalam beribadah.
Aku doakan semoga kita semua menjadi ahlul Quran. Amin Ya Allah.
Kadang² kita terleka dengan kesibukan duniawi.
Kadang² kita biar Al-Quran berrhabuk tidak bersentuh.
Tanpa kita sedar Quran inilah antara syafaat kita di akhirat kelak.
Tanpa kita sedar Quran inilah peninggalan nabi kita selain sunnah baginda untuk dicontohi.
Tanpa kita sedar Quran inilah yang menjadi peneman kita di alam kubur nanti.
Jika kita menjadikannya sebagai kawan, bukan perhiasan.
#selfreminder
Comments
Post a Comment