Posts

Showing posts from March, 2020

TEACHERS DIARY_COVID 19 vs Pornografi

Bismillah, moga mereka ini mengerti setiap bait perkataanku. Moga ada kebaikannya selepas ini. Pastinya dengan IzinMu, Ya Allah . Melihat pada pernyataan ini, "Trafik Pornhub di Malaysia meningkat sehingga 84% sepanjang COVID-19, ke-4 tertinggi di dunia" Faham apa kerisauan cikgu? Faham apa yang cikgu takut? Jujur, perkara pertama yang cikgu doa saat membaca ini ialah "Semoga anak murid aku bukan dalam kalangan 84% ini." Kerisauan cikgu bermula sejak beberapa henset pelajar dirampas & beberapa bahan pornografi ada dalam simpanan KEBANYAKKAN telefon yang dirampas.😔 Jangan risau, aib kamu tetap dijaga.  Walau satu nama pun, tak ada dalam simpanan memori cikgu sebab warden menyimpan kemas rahsia siapa yang terlibat. Namun tetap hancur luluh hati seorang guru apabila muridnya yang belajar di sekolah agama, melakukan perkara seperti tak mencerminkan langsung orang yang belajar agama. Bagaimana dengan nasib pelajar yang mungkin

HOSTEL LIFE_'Didikan' Asrama itu Mendidik Kami Menjadi Manusia

Pelajar sekolah aku, diorang budak asrama. Tengok diorang, teringat aku sewaktu jadi pelajar asrama dulu. Peraturan Ketat Biah Solehah. Rugi siapa yang abaikan bila dah keluar asrama. PELAJAR PEREMPUAN. 1) MAJLIS PERWAKILAN ASRAMA Warden tak ambik port pun. (Mungkin terlibat di belakang tabir) Salute dengan MPA. Diorang handle dengan baik 2) TAK BOLEH SOLAT DALAM BILIK Masuk musolla sebelum WAKTU. kalau dah ditutup pintu tu, tahu-tahulah orang yang masuk lewat tu. Kena ambik nama then, adalah hukuman yang menanti. Aku pernah kena hukum sebab turun lewat. Kena solat dekat court bola jaring! Panas gila waktu tu takde angin. Tengah hari pulak tu. 3)AKTIVITI MUSOLLA kenal mathurat, manzil, tahlil, KULIM, usrah, bacaan yaasin, bacaan al-kahfi 4) AURAT DIJAGA pakai kain dalam pakai sarung kaki pergi prep akan ada checking. tak boleh pakai jubah (banyak yang ketat) pakai stoki melepasi buku lali 5) PEMAKAIAN JILBAB Dah ada 'sukatan' dia. Siku dan sejen

AdDEEN LIFE_Kenapa tak Solat Jemaah dengan Family?

Bismillahirrahmanirrahim. Bukan semua orang diberi kesempatan solat berjemaah dengan family. Kata orang, tak pernah tinggal solat pun kira dah mujur kan? Alhamdulillah. Pernah ada seorang kawan aku ni, menangis teresak-esak pada aku cerita pasal ayah dia dah lama tinggalkan solat. Luluh hati aku dengar pengakuan dari seorang anak yang berharap ayahnya kembali tunaikan rukun islam yang kedua seperti biasa. Moga suatu hari nanti, ayah dia diberikan taufik dan hidayah untuk tunaikan solat. Amin Ya Rabbal Alamin. Actually, aku dapat idea nak tulis tentang ni sewaktu solat jemaah Asar bersama-sama family tadi. Ya, waktu tengah tahiyat akhir tu lah idea tu nak datang tetiba. Ting...! Lepas tu, paksa diri untuk fokus balik. Sikit lagi nak habiskan solat hahaha. Musim-musim  Covid-19 ni jadi seluruh ahli keluarga aku dapat berkumpul solat jemaah sama-sama. Teringat dalam 7,8 tahun dulu, Keluarga aku bukanlah 'sejenis' keluarga yang amalkan solat berjemaah. Kalau solat j

TEACHER's DIARY_COVID 19 vs PKP

Cuti Sekolah Dilanjutkan Lagi. Sejak semalam lagi, aku dah mula berdebar. Dengan kes Covid 19 yang semakin meningkat di Malaysia, pastinya akan ada arahan untuk tutup institusi pendidikan. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana cuti sekolah akan dilanjutkan sehingga dua minggu, banyak perkara yang perlu difikirkan.  (Dan ni antara yang sempat aku fikirkan malam ni mengenai keadaan ini.) 1) Cuti yang semakin panjang, dan kita pun tak tahu betul ke sampai 31/3/2020. Kalau keadaan masih tak okey, boleh jadi Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan. Adakah guru-guru perlu sediakan bahan PDPC online? Semestinya murid² juga perlu siap sedia untuk belajar secara atas talian.   Cuti sekolah tak semestinya cuti belajar ya murid-murid sekalian. Tambahan Matematik tu mana boleh tinggal lama². Nanti benak otak tu haha. 2) Para pekerja kantin sekolah juga mungkin akan hilang mata pencarian buat sementara waktu. Doakan mereka mendapat rezeki

TEACHER's DIARY_I Adore EVERYTHING!

Bismillah.  Dengan namaMu Allah,  Aku bersyukur dengan semua kurniaan ini.  Betapa aku bersyukur diberi peluang untuk menjadi seorang yang aku idamkan sejak kecil. Dengan namaMu Allah,  Aku juga takut jika aku terlalu selesa dengan kurniaanMu ini. Betapa aku berlindung denganMu Ya Allah dari semua pekara yang membuatku jauh dari menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu. Dua bulan sudah aku menjalani kehidupan sebagai sorang guru. Pastinya penuh dengan pelbagai kejutan. Pelbagai perkara baharu yang aku belajar setiap hari. Lebih-lebih lagi aku sebagai guru yang paling muda, terlalu banyak perkara yang harus diberi tunjuk dan ajar. Pelbagai ragam dan kerenah murid yang aku serta rakan seperjuangku yang lain hadapi bersama. "Alah, baru kerja dua bulan memanglah tak ada masalah. Bayangkan kalau kerja dua tahun nanti?" Doesn't matter guys. Jika suatu hari nanti aku mengeluh, moga Tuhan bawa aku kembali ke sini untuk aku imbau detik-detik indah aku saat

AdDEEN LIFE_Hamba Telefon @ Hamba Allah?

Bismillahirrahmanirrahim. Hamba Telefon @ Hamba Allah? Aku memang suka bincang pasal topik ni. Takut pun ada sebab isu ni kadang² tak semua orang suka. Tapi aku teruskan sebab aku tahu ia ni dekat dengan semua orang tak kira remaja, dewasa, bujang mahupun yang dah beranak pinak. And I'm just like you.  A typical struggling human being to be a better person dari sehari ke sehari.  Okey? Mungkin semua orang tahu maksud 'Hamba Allah' tapi bukannya maksud 'Hamba Telefon'. Istilah ni pun aku dapat melalui abah, masa aku kecik² dulu. Boleh dikatakan dulu aku suka sangat sangat sangat tengok TV. (Waktu tu kan takde telefon lagi. So tu je hiburan yang ada.) Boleh kira semua cerita dekat TV tu aku tengok lah. Haha. Sampaikan time nak solat pun aku lengah² kan. Solat pun cepat² je huhu. Tapi Abah kalau dia nampak aku dan adik² duk lagho sangat, dia akan cakap macam ni "Awak ni janganlah jadi hamba TV."   Then, pap abah p