AdDEEN LIFE_Kenapa tak Solat Jemaah dengan Family?
Bismillahirrahmanirrahim.
Bukan semua orang diberi kesempatan solat berjemaah dengan family. Kata orang, tak pernah tinggal solat pun kira dah mujur kan? Alhamdulillah.
Pernah ada seorang kawan aku ni, menangis teresak-esak pada aku cerita pasal ayah dia dah lama tinggalkan solat. Luluh hati aku dengar pengakuan dari seorang anak yang berharap ayahnya kembali tunaikan rukun islam yang kedua seperti biasa.
Moga suatu hari nanti, ayah dia diberikan taufik dan hidayah untuk tunaikan solat. Amin Ya Rabbal Alamin.
Actually, aku dapat idea nak tulis tentang ni sewaktu solat jemaah Asar bersama-sama family tadi.
Ya, waktu tengah tahiyat akhir tu lah idea tu nak datang tetiba. Ting...! Lepas tu, paksa diri untuk fokus balik. Sikit lagi nak habiskan solat hahaha.
Musim-musim Covid-19 ni jadi seluruh ahli keluarga aku dapat berkumpul solat jemaah sama-sama.
Teringat dalam 7,8 tahun dulu,
Keluarga aku bukanlah 'sejenis' keluarga yang amalkan solat berjemaah. Kalau solat jemaah pun, biasanya bila abah ada di rumah (dia tak sempat jemaah di surau).
Kiranya kalau hanya ada aku, adik-adik dan umi...peluang nak solat sama-sama tu tipislah. Masing-masing lebih 'selesa' solat sendirian di bilik sendiri. Abah pula biasanya solat di surau.
Aku sebagai anak sulong. Tambahan, budak sekolah agama lagitu. Kalau dekat asrama dulu semua pelajar memang diwajibkan solat berjemaah.
Of course aku tak nak hanya praktikkan amalan solat berjemaah tu dekat sekolah je. Aku nak family aku pun sama-sama rasa nikmat solat jemaah tu walaupun cuma aku dan umi di rumah ketika itu. (Adik-adik kecik lagi. Tak faham pasal solat jemaah)
Ada satu part, aku rasa sedih bila solat sorang-sorang. Rasa rugi sebab dah tolak peluang 26 lagi pahala yang Allah nak bagi.
I must do something about this!
Slow-slow aku start ajak umi untuk solat sekali. Pada mulanya dia agak segan untuk jadi imam kepada aku. Selama ni kan jadi makmum kepada abah je. (Haish, bilalah aku pulak yang nak jadi makmum kepada suami aku ni haha)
On off jugak lah aku solat berjemaah dengan umi waktu tu.
Memang kena pandai cari timing yang betul supaya boleh jemaah dengan umi. Tak ada masalah sangat sebab umi memang jenis solat awal waktu InsyaAllah. So, kena get ready awal-awal lah kalau masuk waktu solat.
Sampai satu masa, umi yang tanya soalan "nak solat sekali tak?"
Of courselah bunga-bunga je hati waktu dapat soalan tu kan!
Sekarang, adik-adik pun dah besar. Adik lelaki pergi solat dekat surau. Yang perempuan ni awalnya pun memang kena paksa jugak.
"Dekat sekolah boleh jemaah, kenapa tak boleh jemaah dekat rumah sekali? Tahu kan beza pahala sendirian dengan jemaah berapa?"
Amik kau kena brain wash dengan kak long kawasan. Kebetulan diorang pun sekolah agama jugak. So, diorang dah tahu cuma tak rasa nak aplikasi semua yang belajar dekat sekolah tu di rumah.
Sekarang Alhamdulillah. Masing-masing dah nampak kepentingan solat berjemaah tu.
Dan normal lah bila ada masa tu solat sendirian sebab tertidur ke, ada kerja ke.
So guys, the key point is AJAK!
Kalau nak paksa pun boleh hahaha, tapi jangan paksa secara kasar lah. Lain orang lain cara approach dia kan. Kalau korang nak amalkan solat berjemaah dalam family, salah seorang dalam family korang kena mulakan langkah pertama.
Then, aku yakin selepas tu slow-slow family korang akan rasa seronok solat berjemaah sama-sama. InsyaAllah. Allah pasti akan bantu hambaNya yang berusaha ke arah lagi baik.
Kadang-kadang, bila solat jemaah ni lah bonding keluarga jadi makin bertambah. Tak termasuk ada yang amalkan baca Quran atau usrah bersama keluarga. Lagi lah bagus kan?
Macam sekarang, aku dah capai target kedua aku iaitu baca Quran dengan family. Alhamdulillah, hampir setiap kali malam Jumaat aku dan keluarga akan baca Surah Yassin sama-sama.
Aku tahu, lain orang lain cara tarbiah dia kan.
Tapi aku yakin jauh dekat sudut hati tu, kita semua nakkan benda-benda baik ni. Siapa tak nak sama-sama solat berjemaah dengan keluarga kan?
Aku doakan buat siapa yang belum merasa nikmat buat amal ibadah berjemaah dengan keluarga tu, akan rasa suatu hari nanti. Seronok tau!
Dan buat siapa yang dah lama amalkan solat jemaah bersama keluarga, teruskan usaha baik korang!
p/s : kata nak masuk syurga sama-sama kan?

Comments
Post a Comment