Posts

Kenapa Aku Menulis?

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kenapa aku menulis? 29 Julai 2019.  Hari aku buat keputusan untuk buat satu blog kedua setelah sekian lama aku rasa aku perlukan 'medium' yang sesuai untuk aku menulis. Aku rasa zaman sekarang siapa je yang masih layan blog. It's okay, doesnt matter. Asalkan aku buat benda yang aku suka dan mana tahu penulisan aku ni boleh buat ada orang rasa terinspirasi? (Ya Allah, belum ada post pun dah nak perasan. Haha) Aku minat menulis sejak di bangku sekolah. Dulu, aku ada diari dan aku akan luangkan sedikit masa sebelum tidur untuk catat apa yang berlaku haritu. Sekarang diari tu ada lagi tapi disimpan kemas dalam kotak. Apalah yang aku tulis dulu, malu oii nak baca balik. Sekarang pun, aku masih menulis. Kadang di Twitter dan Notes dalam telefon. Aku pernah ada blog dulu sebab lecturer suruh buat untuk subjek dia masa semester 1. Malu jugak bila tengok balik blog aku yang d

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan namaMu ya Allah, yang menjadikan setiap daripada kami ada pasangannya di dunia mahupun di akhirat. Engkaulah ya Jami'. Engkau yang berkuasa menemukan Siti Hawa kepada nabi Adam juga Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad. Tidak lupa juga umi kepada abah. Pertemukanlah aku dengan seseorang yang akan menjadi pelengkap bagi separuh agamaku ini. Kurniakanlah kepada ibuku seorang menantu lelaki yang soleh, yang baik agama dan akhlaknya serta baik keluarga dan sahabatnya - yang akan meminangku dan mengahwiniku serta menjadikan aku sebagai sahabatnya di dunia dan akhirat nanti. Engkau telah jadikan aku sebagai seorang wanita yang penuh dengan rasa malu untuk memulakan suatu hubungan. Engkau telah jadikan aku terlihat sebagai seorang yang penuh ego dalam suatu hubungan. Seberapa banyak tertampak kelemahanku di mata seseorang, aku yakin ada hikmah di sebalik kekurangan dan penantian ini.  Engkau juga ya Hafiz telah menjaga hatiku dari cuba mencintai mana-mana aj

Covid-19 Journey_Kalini, Abah tewas.

Khamis, 24 Februari 2022 | pukul 5.30 pagi.  "Long, tadi abah buat test Covid. Abah positif." Kata umi di depan pintu bilik tidur aku. Maha Suci Allah yang telah memberikan kami kesihatan yang baik selama ini.  Setelah lebih setahun kes Covid-19 melanda dunia, baru kalini keluarga kecil aku diuji dengan berita 'positif Covid-19'. Patutlah semalam abah mengadu sakit tekak. Kebetulan, harini sudah masuk hari ketiga aku terlibat sebagai Pengawas Bilik Kuarantin bagi Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2021.  Setelah keadaan agak bertenang dengan berita mengejut tu, aku terus hubungi Kak Farhana - Ketua Pentaksir ujian untuk memaklumkan berita tadi.  Aku meminta maaf kerana tak dapat hadir ke Pusat Ujian kerana sudah menjadi kontak rapat abah walaupun ujian kit Covid-19 aku tadi jelas menunjukkan tanda negatif. Maka bermulalah proses kuarantin abah di bilik hujung rumah kami. Simptom abah tidaklah terlalu berbahaya untuk kami sekeluarga risaukan lebih-lebih lagi kadar oksi

TEACHER's DIARY_Isu Pengambilan Khas Guru Secara One-off.

[Pengambilan khas guru secara one-off] Okey, utk yang masih samar-samar isu fight ni. Awat orang nak fight sangat niiii. Ramai graduan pendidikan tak setuju bila Menteri Pendidikan umum berita ni.😂 Aku analogikan isu ni dengan kisah nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Bayangkan, kita dah lepas semua ujian nak masuk SBP.  Result UPSR cantik. Ujian bertulis lepas, ujian temuduga pun lepas. Pokok pangkalnya, tunggu nak masuk belajar dekat SBP je. Tiba-tiba KPM umum satu pengumuman lain untuk kemasukan ke SBP ni. Pengumuman yang menyatakan iklan lain, SBP akan dibuka utk semua pelajar yang ada UPSR. Tak kira lah dah temuduga ke belum. Semua boleh masuk untuk belajar. Mestilah murid yang dah temuduga, target nak masuk SBP sedikit terkilan sebab diorang dah siap sedia mental fizikal utk masuk SBP. Mak ayah pun akan fight utk pastikan anak mereka masuk ke sekolah impian.  Bukan tak ada sekolah lain, cuma itu yang mereka usahakan dan impikan. Pada masa sama, takkanlah nak halang impian m

WORK LIFE_Lulus Temuduga SPP and do I happy?

Teringat saat hari aku semak keputusan temuduga SPP utk temu duga 2021. Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh calon temu duga SPP sejak bulan Februari lagi.  Asyik duduk di dapur siapkan makanan tengah hari sambil dengar tausiyah daripada seorang yang aku kagumi sejak akhir-akhir ini - Ustaz Hannan Attaki, tiba-tiba aku perasan banyak pesanan WhattsApp yang bertalu-talu masuk. Rupa-rupanya kecoh dalam group batch aku, katanya dah boleh semak keputusan temuduga. Kak Siti (senior UPSI) pun ada berikan kod pautan untuk aku semak keputusan. "Tapi aku tak nak" "Tak nakkkk lulus" Ya Allah, sungguh jiwa aku agak kacau saat aku harus buat semakan keputusan temu duga. Terketar-ketar jari aku tekan kod pautan semakan, masukkan nombor Kad Pengenalan - dan terus keluar keputusan temu duga.  Tahniah! Anda telah berjaya. Tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan kemudian. Ya Allah, aku lulus ya Allah.  Kenapa aku lulus? Aku tak nak semua ni ya Allah. Rencana apa sedang Ka

JODOH LIFE_Berharap penuh keikhlasan.

 2.30 am. Just finished my school works. Esok pukul 10 pagi kena pergi sekolah untuk get ready hari ujian pengambilan Tingkatan 1 2021 untuk sekolah aku. Macam biasa tak tahu nak mula macam mana tapi yang penting malam tadi aku baru je 'tolak secara baik' untuk berkenalan dengan seseorang yang direkomen oleh mak saudara aku. (Setelah dua minggu istikharah memohon petunjuk kepada Allah) Bukan senang bila mana kau tengah berada dalam fasa 'sedang mencari dan memilih yang terbaik'. Dalam mencari pasangan, kena fikir baik-baik sama ada si dia itu boleh menjadi pembimbing yang terbaik dalam urusan agama kita. Kadang-kadang aku selalu berangan nak orang yang bakal jadi suami aku tu terus datang pinang aku dan semua urusan jadi mudah untuk aku terima pinangan dia sama ada dari segi restu ibu bapa aku mahupun kata hati aku yang merelakan hasil ilham dari Allah. Pernah aku sorang-sorang menangis dalam kereta.  Bukan kerana rasa triggered kerana orang sekeliling dah mula ada pasa

FAMILY LIFE_Umur 30 tapi masih belum ada rumah dan kereta sendiri?

Baru-baru ni aku ada terbaca satu tweet yang agak viral berkenaan simpati terhadap golongan muda berumur 30-an tapi masih belum ada life achivement terutamanya mempunyai rumah sendiri. Jujurnya, aku tak ada banyak point nak sokong/bantah mengenai tweet yg viral tu. Tapi aku rasa terpanggil untuk tulis mengenai keluarga aku. Pernah dengar quotes "everyone has their own time pace"  ?  Dan ini bukan mengenai time pace aku. Tapi mengenai time pace abah. Abah kerja kerajaan tapi bukan sebagai pegawai kelas A. Tak dilahirkan dalam keluarga yang ada harta pusaka turun temurun. Mula dengan susah, macam-macam kerja sebelum diterima 'masuk' kerajaan. Suka aku tekankan, kisah ini bukan nak melabelkan keluarga aku sebagai 'susah' mahupun 'kaya'. Sekadar berkongsi kisah hidup sederhana kami. 20 tahun abah guna kereta Wira.  Itupun beli yg second hand. Alhamdulillah, kereta itulah yang ulang-alik ambik aku ke sekolah, matrikulasi sehinggalah ke universiti. Sebelum t

Teacher's Diary_PKPb again. Untunglah cikgu?

"Untunglah cikgu, takyah pergi sekolah. Gaji tetap masuk." Wondering why bila pelaksanaan home-based learning ni mostly semua fikir pasal 'gaji cikgu' yg masuk setiap bulan. Kenapa tak fikir tentang keberkesanan PdP anak² nanti. Anak rela main game atau join online class cikgu? Kenapa tak fikir apa nasib pelajar yg kurang bernasib baik dari segi kewangan utk beli data utk online class nanti? Kenapa tak fikir guru pun sangat risau keberkesanan PdP secara online nanti? Semestinya hasil pembelajaran tak akan sama macam mengajar dalam kelas. Kenapa letakkan 'gaji cikgu' sebagai perkara utama dalam fikiran bila tertutupnya semua sekolah di Malaysia. Itupun hanyalah secara fizikal nampak ditutup. Secara maya tetap akan berjalan. Tak dapat bayangkan guru yang terpaksa Work From Home handle online class dengan anak kecik merengek dekat tepi. Dan ingat, tugas guru bukan setakat mengajar dan menghabiskan silibus. Yelah, asalkan gaji cikgu masuk. Ada cikgu kisah