TEACHER's DIARY_Isu Pengambilan Khas Guru Secara One-off.
[Pengambilan khas guru secara one-off]
Okey, utk yang masih samar-samar isu fight ni. Awat orang nak fight sangat niiii. Ramai graduan pendidikan tak setuju bila Menteri Pendidikan umum berita ni.😂
Aku analogikan isu ni dengan kisah nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Bayangkan, kita dah lepas semua ujian nak masuk SBP.
Result UPSR cantik. Ujian bertulis lepas, ujian temuduga pun lepas. Pokok pangkalnya, tunggu nak masuk belajar dekat SBP je.
Tiba-tiba KPM umum satu pengumuman lain untuk kemasukan ke SBP ni.
Pengumuman yang menyatakan iklan lain, SBP akan dibuka utk semua pelajar yang ada UPSR. Tak kira lah dah temuduga ke belum. Semua boleh masuk untuk belajar.
Mestilah murid yang dah temuduga, target nak masuk SBP sedikit terkilan sebab diorang dah siap sedia mental fizikal utk masuk SBP. Mak ayah pun akan fight utk pastikan anak mereka masuk ke sekolah impian.
Bukan tak ada sekolah lain, cuma itu yang mereka usahakan dan impikan. Pada masa sama, takkanlah nak halang impian murid lain utk masuk SBP. Kan sama-sama nak tuntut ilmu.😊
Macam tu lah konsep iklan pengambilan guru KPM secara besar-besaran semalam.
Bila Menteri Pendidikan umum macam tu, mestilah graduan-graduan pendidikan rasa terkilan. Dah bertahun-tahun mereka tunggu peluang besar macam ni. Setiap kali temuduga, berapa orang sangat lah yang lulus.
Pensyarah universiti pendidikan nak pastikan 'anak mereka' dulu yang dapat tempat impian. Pelajar yang dididik secara teori 'cara untuk menjadi guru yang baik' mestilah diaplikasikan di sebaik-sebaik tempat iaitu sekolah.
Pada masa sama, graduan pendidikan langsung tak nafikan yang KPM dah berikan penerangan sewktu awal pengajian untuk tak menjanjikan posting sejurus selepas graduasi.
Malah turut sedar, banyak lagi institusi pendidikan lain selain sekolah KPM. Sebab tu lah, dah ramai graduan pendidikan bertebaran di sekolah/universiti swasta. Tak kurang, masih terselit harapan nak masuk sekolah kerajaan.
"Halah, nak masuk sekolah KPM tu sebab nak kerja tetap, gaji mahal dapat pencen lah tu"
Siapa yang nak tolak bila dapat kerja yang lebih baik dari sekarang?
Apa yang berlaku pasti ada hikmahNYA.
Tengoklah negeri mana dengan jumlah kekosongan guru tertinggi. Kita pun tak tahu siapa yang Allah takdirkan untuk terbang jauh apatah lagi jika perlu melepasi Laut Cina Selatan demi mengejar sebuah cita dan impian.
Tak semestinya, bahagia dan rasa cukup tu perlu dengan kerja tetap. Peluang lain tetap ada dengan Izin Allah.🤍
Yakinlah.
"Apa yang ditakdirkan untukmu, akan sampai walaupun ianya berada di bawah dua buah gunung.
Apa yang tidak ditakdirkan untukmu, tidak akan sampai walaupun ianya berada di antara kedua bibir kamu"
---Imam Al-Ghazali
Syafiqah Anuar,
Bahagia hampir 2 tahun menjadi guru sekolah kerajaan negeri Terengganu. Pada masa yang sama, baru sahaja lulus temuduga SPP sesi 2021.
Comments
Post a Comment