Posts

Showing posts from February, 2020

SOCIAL LIFE_delete je SEMUA pekara negatif

Nothing to brag about.  Tapi benda yang aku tulis ni berkait dengan apa aku rasa sejak makin ramai yang meninggal secara mengejut ni. "Of course lah semua takut kalau mati tiba-tiba tapi apa kaitan dengan 'social life' dan 'delete' ?" Aku ada satu tabiat tau. Tabiat suka simpan chat whatapps yang lama-lama.  Sayang nak delete. Kotlah boleh buat pekasam kan? Haha. Maybe sebab aku ni jenis orang yang sentimental. Simpan barang-barang yang ada kenangan.  Even kulit coklat pun aku ada simpan kalau benda tu ada sesuatu untuk aku keep it as memories. Sampai ada satu part,  aku still simpan chat orang yang 'buat kes' dengan aku. (Macam adalah conversation aku dengan dia @ dengan orang lain yang bincang hal tu) Sampai satu part,  aku sorang je yang belum left group yang SEMUA orang dah left sebab it's too hard to say goodbye for all the memories. Sampai satu part,  aku sorang je yang simpan gambar-gambar lama yang bua

AdDEEN LIFE_IKHTILAT itu HARAM. Patutlah ramai usha.

Bismillahitawakkal tu 'ala Allah. Ketahuilah bukan mudah untuk menjadi seorang muslim yang sejati.  Muslim yang menjaga setiap bait tutur bicaranya. Muslim yang menjaga kehormatan dirinya daripada pandangan liar manusia. Muslim yang sentiasa menjaga hatinya daripada dimasuki ajnabi bagi dirinya. Meh aku explain apa itu IKHTILAT yang boleh buat kita mudah faham. Secara ringkasnya, ia bermaksud pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Hukum asalnya adalah haram namun Islam masih memberikan beberapa keadaan ikhtilat ini boleh berlaku iaitu ketika darurat, bertujuan jelas dan dakwah. Semestinya dengan mematuhi segala syariat yang telah ditetapkan oleh agama. Ikhtilat juga boleh berlaku sewaktu keadaan seperti ni, keadaan di mana wujudnya lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Waktu dalam kumpulan belajar. Waktu berpersatuan. Waktu ketika berhubung dalam group whatapps. "Kalau hukum asalnya HARAM, kenapa ramai yang tak tegu

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

Pernah ada seorang kawan aku ni risau, sebab lelaki yang berniat nak kahwin dengan dia pada masa yang sama selalu melayan perempuan lain.  Dia pernah tegur, tapi lelaki tu buat jugak. Masih melayan perempuan lain. Pada masa terbagi harapan palsu pada orang lain.  Of course lah sedih bila ada dalam situasi macam tu kan? Tak tahu nak cakap apa sebab diri sendiri pun taklah sempurna sangat bab ikhtilat tapi jom sama-sama berusaha untuk berubah ke arah kebaikan InsyaAllah. So, apa yang aku nasihat dia? Both of them tahu agama. (Ikhtilat) Kalau lelaki tu tak boleh ubah diri sendiri, kita as wanita ni kena ubah diri. Kita sibuk nak UBAH orang lain, sedangkan kita sendiri pergi wasup lelaki ajnabi tanpa urusan sampai larut malam. Kalau lelaki tu boleh wasup kita yang BELUM SAH lagi jadi isteri dia, cuba fikir...ada possibility lain tak dia akan wasup perempuan lain seperti dia wasup kita? Pernah tak rasa malu? Waktu yang sepatutnya si lelaki habiskan masa untuk ag

GRADUATE LIFE_Aku Faham Peritnya 'Menganggur' Itu.

Bismillah.. first and foremost,  Aku harap sangat tulisan ini dibaca bukan atas dasar memandang aku sebagai seorang yang sudah mempunyai kerja yang agak stabil. Pandanglah dengan pandangan mata hati yang inginkan satu hikmah yang akan diperolehi seusai membaca tulisan ini. Sebelum tu, suka aku ingatkan lagi sekali maksud MENGANGGUR tu ialah tidak bekerja/tiada pendapatan . So, kalau ada antara korang yang buat bisnes online tu..please jangan sampai terlalu down sebab sebenarnya korang dikira bekerja cuma biasalah, kerja bisnes ni memang memerlukan konsep tawakkal yang tinggi. Time takde sale memanglah agak rasa down sikit. Lebih-lebih lagi siapa yang baru berjinak-jinak dengan bidang tu. Kan? Aku menulis ini kerana faham akan perasaan perit saat menganggur atau lebih tepat aku pernah 'menanam anggur' itu selama 5 bulan dari Julai hingga November (stil kerja biasa-biasa dengan gaji tidak pernah sampai RM 200 pun! Aku menulis kerana tahu masih ada di luar sana

TEACHER's DIARY_Air Mata Seorang Guru Jatuh Hari Ini kerana Murid

6/2/2020 . Hari yang p enuh suka dan duka aku di sekolah. Kawan sekerja kemalangan Sejak bekerja, ini hari pertama aku ke sekolah dengan keadaan hujan yang agak renyai. Suasana yang gelap ditambah dengan jalan yang agak sesak kerana jalan licin membuatkan aku lebih berhati-hati membawa kereta. Tiba di sekolah, kami dikejutkan dengan berita salah seorang rakan sekerja, Kak Ama terlibat dengan kemalangan yang melibatkan 6 buah kereta. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kereta Kak Ama agak teruk di bahagian hadapan.  Moga semuanya dipermudahkan Allah. Majlis Pelancaran Mentor Mentee & Guru Penyayang Sebelum ini, aku jadi mentee di sekolah. Tapi sekarang, aku mentor kepada 7 mentee yang terdiri dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kelakar bila ingat balik. How time flies! Harini cuma proses taaruf dijalankan dan masa ni aku ambil untuk kenal dengan lebih dekat mentee aku.  Ceramah Kesihatan Pergigian Ceramah dijalankan selepa

FRIENDSHIP LIFE_Aku Pakai Stokin (tutup aurat) sebab Koranglah!

Bismillahirrahmanirrahim. Post kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang pernah dekat dengan aku sama ada melalui di alam realiti mahupun secara maya. Mungkin aku tidak mampu untuk berpesan-pesan secara terbuka. Mungkin ini sahaja salah satu cara untuk aku menasihati diri ini khususnya dan juga korang melalui tulisan aku yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah aku dikurniakan dengan kawan-kawan yang sangat baik. Korang semualah tu hihi! Malu rasanya kalau nak dibandingkan aku dengan korang. Betapa aku banyak belajar dan kagum akan korang yang menerima aku yang jauh lebih banyak buruk berbanding baiknya. Terima kasih, sahabat. Maaf jika jasa korang tak dapat aku balas di dunia. Moga Allah membalasnya di syurga kelak InsyaAllah. Post ini aku tulis kerana sedih melihat seorang sahabat yang dahulunya berusaha untuk menjaga auratnya tetapi kini sedikit terleka dengan pendiriannya sebelum ini. Post ini juga aku tulis kerana sedih apabila semakin ramai kenalan