TEACHER's DIARY_Air Mata Seorang Guru Jatuh Hari Ini kerana Murid
6/2/2020.
Hari yang penuh suka dan duka aku di sekolah.
- Kawan sekerja kemalangan
Sejak bekerja, ini hari pertama aku ke sekolah dengan keadaan hujan yang agak renyai. Suasana yang gelap ditambah dengan jalan yang agak sesak kerana jalan licin membuatkan aku lebih berhati-hati membawa kereta.
Tiba di sekolah, kami dikejutkan dengan berita salah seorang rakan sekerja, Kak Ama terlibat dengan kemalangan yang melibatkan 6 buah kereta. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kereta Kak Ama agak teruk di bahagian hadapan.
Moga semuanya dipermudahkan Allah.
- Majlis Pelancaran Mentor Mentee & Guru Penyayang
Sebelum ini, aku jadi mentee di sekolah. Tapi sekarang, aku mentor kepada 7 mentee yang terdiri dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Kelakar bila ingat balik. How time flies!
Harini cuma proses taaruf dijalankan dan masa ni aku ambil untuk kenal dengan lebih dekat mentee aku.
- Ceramah Kesihatan Pergigian
Ceramah dijalankan selepas waktu rehat. Oleh sebab aku merupakan Guru 3K jadi aku antara orang yang 'in charge' dalam membantu doktor sepajang ceramah ni berlangsung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan banyak perkara yang aku belajar.
- Isi Minyak Kereta Sendiri
First time isi minyak sendiri. Bayar sendiri, pam sendiri. Haha!
- Air Mata Jatuh
Harini terima berita yang lagi seorang murid Tingkatan 4 akan pindah ke sekolah lain. Sebelum ni dah 3 orang jadi total 4 orang yang pindah sekolah. Kesemuanya lulus dalam temuduga ke sekolah lain. (Maahad)
Sebagai guru pastinya aku gembira bila tengok murid akan mendapat peluang yang lebih baik. Baru je masuk dua bulan aku jadi guru dekat sekolah ni. Tapi aku dah mula rasa sayang kepada murid-murid aku.
Perasaan sebak aku sehingga menitis air mata saat tahu ada murid kita yang akan tinggalkan sekolah pastinya takkan sama dengan guru yang dah lama dengan mereka sejak awal.Tambahan aku nampak 'babak' murid yang nak pindah tu saling berpelukan dengan kawan-kawannya. Moga Allah pelihara ukhuwah kalian sampai akhirat, InsyaAllah.
Berbezanya perasaan ini jika nak dibandingkan di sekolah praktikal dulu.
How I love my kids so much!
Please protect them wherever they are Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin.
Please protect them wherever they are Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin.
Comments
Post a Comment