GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?


Alhamdulillah, dah sebulan lebih aku berjaya menamatkan pengajian di salah sebuah universiti awam di Malaysia dan baru beberapa minggu yang lalu aku perolehi keputusan semester terakhir aku.

Masih belum bekerja dan sebenarnya memang sebelum aku habis degree lagi, aku tekad tak nak kerja awal-awal sebab aku nak rehat.

Empat tahun kot, aku perah otak. Aku balik rumah time cuti pun, aku still buat assignment aku. Aku ni jenis effort person kalau time study. Sebab tulah kot, aku rasa nak rehat sangat-sangat lepas dah habis belajar ni.

So, bak kata orang ya aku still tanam anggur dekat rumah. Walaupun tak tahu bila anggur tu boleh aku kutip haha. Sebenarnya, waktu macam ni dah ramai kawan aku yang start cari kerja. Ada yang dah terima gaji dah pun. Biasalah, tengok kawan dah start dapat kerja mulalah rasa gelabah. Tipulah kalau aku langsung tak rasa nak kerja.

So, aku pun start buat resume kerja. Try mintak kerja sana sini. Target kerja aku dalam profession akulah sebagai mahasiswa pendidikan.

Pernah dapat tawaran kerja sebagai home tutor tapi aku terpaksa tolak atas beberapa sebab tertentu.

Betul, waktu lepas habis belajar kita akan hadapi satu fasa yang menguji tahap kebergantungan kita pada Allah mengenai suatu konsep yang dinamakan "rezeki". Waktu ni, kita akan rasa tertekan sebab kita akan tengok semua dah start cari kerja, dapat gaji dan boleh bagi family rasa duit yang kita dapat.

Aku pernah menangis sebab still tak dapat kerja padahal tak sampai sebulan pun habis belajar. Haha apalah. Tapi mungkinlah sebab aku anak sulung kot. So, aku rasa pressure tu. Padahal parent aku tak pernah pressure aku untuk cari kerja pun. Diorang pun suruh aku rehat dulu.

So, macam biasa aku akan pujuk hati aku sendiri.

Lain orang lain keadaan kewangannya. Mungkin diorang terus kerja sebab nak ada duit tambahan untuk bawa family datang konvo nanti?

Aku boleh ambil masa ni untuk ajar adik aku yang Darjah 2 ni. Parent aku dah tak muda macam dulu, yang boleh duduk tepi anak teman siapkan kerja sekolah macam diorang buat dekat aku dulu. So, masa nilah aku 'ganti' tempat umi abah untuk bagi apa yang aku rasa dulu dekat adik aku.

And, untuk yang dapat kerja awal  tu jugak aku pun pujuk hati macam ni.

Selain rezeki, mesti ada sebab dia dapat kerja awal.

Mesti dia jaga hubungan dia dengan Allah.
Mesti dia jaga hubungan dengan orang tua dia.
Mesti ada sesuatu yang dia buat sampai Allah pandang doa dia.

So, lepas tu aku jadikan sebagai inspirasi untuk aku.

Aku tingkatkan amal ibadat aku, aku rajinkan diri untuk selalu bantu parent aku. Aku pun banyakkan doa supaya kawan-kawan aku yang lain dapat kerja yang diorang nak.

InsyaAllah bila kita doakan orang lain, malaikat akan mendoakan kita seperti apa yang dimintakan untuk orang yang kita dah doakan.

Allah Ya Razzaq.

Dia dah atur elok-elok jalan untuk kita. Setiap orang ada rezeki dia.
Mungkin rezeki aku untuk kumpul pahala duduk rumah mudahkan urusan parent aku dulu?
Lepas kerja nanti dah penat, balik rumah mesti susah nak buat kerja rumah.

Jadi waktu lepas habis belajar nilah aku manfaatkan sepenuhnya untuk bantu umi mana yang patut.

Sejak dari Tingkatan 1 lagi, waktu cuti sekolah je waktu aku bantu umi buat kerja rumah. Itupun curi-curi sebab yelah selagi bergelar seorang pelajar, tanggungjawab terhadap kerja sekolah tak pernah nak habis.

Apa yang boleh aku cakap pasal kerja ni, jangan pandang remeh pada kuasa sebuah doa.

Sesiapa yang tengah berasa susah, sulit dan payah nak cari kerja...yakinlah Allah akan kabulkan doa kita dengan syarat kita patuh arahan-Nya dan tinggal larangan-Nya.

InsyaAllah, teruskan berdoa. Moga Allah makbulkan doa kita sepertimana dia makbulkan doa-doa hamba Dia yang lain.

Amin.







Comments

  1. Seriously. This is just what I feel rn. Hopefully, we can reach the better version of ourselves within our time phase. Pray for me pls.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Dapat Interview SPP?