Posts

Showing posts from December, 2020

JODOH LIFE_Berharap penuh keikhlasan.

 2.30 am. Just finished my school works. Esok pukul 10 pagi kena pergi sekolah untuk get ready hari ujian pengambilan Tingkatan 1 2021 untuk sekolah aku. Macam biasa tak tahu nak mula macam mana tapi yang penting malam tadi aku baru je 'tolak secara baik' untuk berkenalan dengan seseorang yang direkomen oleh mak saudara aku. (Setelah dua minggu istikharah memohon petunjuk kepada Allah) Bukan senang bila mana kau tengah berada dalam fasa 'sedang mencari dan memilih yang terbaik'. Dalam mencari pasangan, kena fikir baik-baik sama ada si dia itu boleh menjadi pembimbing yang terbaik dalam urusan agama kita. Kadang-kadang aku selalu berangan nak orang yang bakal jadi suami aku tu terus datang pinang aku dan semua urusan jadi mudah untuk aku terima pinangan dia sama ada dari segi restu ibu bapa aku mahupun kata hati aku yang merelakan hasil ilham dari Allah. Pernah aku sorang-sorang menangis dalam kereta.  Bukan kerana rasa triggered kerana orang sekeliling dah mula ada pasa

FAMILY LIFE_Umur 30 tapi masih belum ada rumah dan kereta sendiri?

Baru-baru ni aku ada terbaca satu tweet yang agak viral berkenaan simpati terhadap golongan muda berumur 30-an tapi masih belum ada life achivement terutamanya mempunyai rumah sendiri. Jujurnya, aku tak ada banyak point nak sokong/bantah mengenai tweet yg viral tu. Tapi aku rasa terpanggil untuk tulis mengenai keluarga aku. Pernah dengar quotes "everyone has their own time pace"  ?  Dan ini bukan mengenai time pace aku. Tapi mengenai time pace abah. Abah kerja kerajaan tapi bukan sebagai pegawai kelas A. Tak dilahirkan dalam keluarga yang ada harta pusaka turun temurun. Mula dengan susah, macam-macam kerja sebelum diterima 'masuk' kerajaan. Suka aku tekankan, kisah ini bukan nak melabelkan keluarga aku sebagai 'susah' mahupun 'kaya'. Sekadar berkongsi kisah hidup sederhana kami. 20 tahun abah guna kereta Wira.  Itupun beli yg second hand. Alhamdulillah, kereta itulah yang ulang-alik ambik aku ke sekolah, matrikulasi sehinggalah ke universiti. Sebelum t