JODOH LIFE_Berharap penuh keikhlasan.
2.30 am.
Just finished my school works. Esok pukul 10 pagi kena pergi sekolah untuk get ready hari ujian pengambilan Tingkatan 1 2021 untuk sekolah aku.
Macam biasa tak tahu nak mula macam mana tapi yang penting malam tadi aku baru je 'tolak secara baik' untuk berkenalan dengan seseorang yang direkomen oleh mak saudara aku. (Setelah dua minggu istikharah memohon petunjuk kepada Allah)
Bukan senang bila mana kau tengah berada dalam fasa 'sedang mencari dan memilih yang terbaik'. Dalam mencari pasangan, kena fikir baik-baik sama ada si dia itu boleh menjadi pembimbing yang terbaik dalam urusan agama kita.
Kadang-kadang aku selalu berangan nak orang yang bakal jadi suami aku tu terus datang pinang aku dan semua urusan jadi mudah untuk aku terima pinangan dia sama ada dari segi restu ibu bapa aku mahupun kata hati aku yang merelakan hasil ilham dari Allah.
Pernah aku sorang-sorang menangis dalam kereta.
Bukan kerana rasa triggered kerana orang sekeliling dah mula ada pasangan hidup, bukan kerana aku masih belum kahwin tapi kerana aku takut apa yang aku buat selepas ni makin mendekatkan atau menjauhkan aku dari Allah.
Doa aku,
Ya Allah,
Siapa yang tak nak kahwin. punyai suami dan zuriat.
Namun, seandainya pernikahan ini membuatkan aku makin menjauhkan aku dariMu
maka aku redha jika aku berkahwin lambat.
Namun, sekiranya dengan pernikahan ini akan mendekatkan aku kepadaMu
maka mudahkanlah ia.
Sampai bila nak harapkan orang lain untuk urusan agama sendiri?
Ya aku tahu di saat aku sendiri penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Pastinya aku mengharapkan seseorang yang baik agamanya untuk menjadi imam untuk aku dan anak aku kelak.
Besar harapan aku untuk membina sebuah keluarga yang sentiasa berusaha untuk saling membantu mendekatkan diri kepada Allah dan membina rumah tangga yang diredhai serta diberkati Allah.
Siapa aku untuk persoalkan kerja Engkau ya Tuhanku Ya Rahman Ya Rahim?
Siapa aku untuk memaksa Engkau memberikanku sesuatu yang bukan milikku sebaliknya hanyalah pinjaman dariMu semata-mata di dunia fana ini?
Siapa aku untuk berharap bahawa jodohku akan sampai dahulu di saat ajalku juga boleh sampai bila-bila masa yang Engkau tahu?
Namun aku lemah ya Allah.
Sungguh aku menantikan kehadiran seorang hambaMu yang soleh serta terbaik untuk aku, agamaku, keluargaku, urusanku serta natijahku selepas ini agar dia boleh menjadi sahabatku di dunia dan akhirat.
Menjadi sahabat dalam mengejar cintaMu dan RasulMu pastinya lebih indah dan nikmat.
Mungkin ini waktu untuk aku perbaiki diri aku dan belajar lebih banyak ilmu agama.
Ingatkan aku Ya Allah jika aku terlupa bahawa perancanganMu itu jauh lebih baik berbanding perancanganku.
Kurniakanlah aku cintaMu, Ya Allah.
Kurniakanlah aku cinta orang yang mencintaiMu, Ya Allah.
Kurniakanlah aku amalan yang akan membuatkan Engkau lebih mencintaiku.
Aku berharap kepadaMu, Ya Allah.
Aku berharap kepadaMu dengan penuh keihklasan yang tiada tara.
Comments
Post a Comment