GRADUATE LIFE_Aku Faham Peritnya 'Menganggur' Itu.

Bismillah.. first and foremost, 
Aku harap sangat tulisan ini dibaca bukan atas dasar memandang aku sebagai seorang yang sudah mempunyai kerja yang agak stabil.

Pandanglah dengan pandangan mata hati yang inginkan satu hikmah yang akan diperolehi seusai membaca tulisan ini.


Sebelum tu, suka aku ingatkan lagi sekali maksud MENGANGGUR tu ialah tidak bekerja/tiada pendapatan.

So, kalau ada antara korang yang buat bisnes online tu..please jangan sampai terlalu down sebab sebenarnya korang dikira bekerja cuma biasalah, kerja bisnes ni memang memerlukan konsep tawakkal yang tinggi.

Time takde sale memanglah agak rasa down sikit. Lebih-lebih lagi siapa yang baru berjinak-jinak dengan bidang tu. Kan?

Aku menulis ini kerana faham akan perasaan perit saat menganggur atau lebih tepat aku pernah 'menanam anggur' itu selama 5 bulan dari Julai hingga November (stil kerja biasa-biasa dengan gaji tidak pernah sampai RM 200 pun!

Aku menulis kerana tahu masih ada di luar sana yang mungkin perlukan kata-kata semangat untuk meneruskan hidup seperti biasa. Ya, kadang-kadang korang dah kerja tapi mungkin masih belum sesuai dengan taraf pendidikan yang korang ada sekarang.


1.0   NIAT
Dalam hadis 40 Imam Nawawi yang pertama sendiri cakap pasal NIAT kan?

Buat apa pun dekat dunia ni, semuanya bergantung pada niat. Pernah tak tanya pada diri sendiri, "lepas habis belajar ni apa tujuan aku nak kerja?" 

Aku pernah share di awal kewujudan blog aku yang aku sendiri yang memilih untuk 'rehat' dahulu selepas habis belajar sebelum lebih serius mencari kerja. Boleh baca di sini kalau nak. (https://feiqaannuo96.blogspot.com/2019/07/apa-aku-buat-selepas-habis-belajar.html)

Of course malu bila dah habis belajar pun keperluan aku ketika itu still  'ditanggung' oleh kedua ibu bapa aku memandangkan aku tiada wang pendapatan yang okey ketika itu. Duit PTPTN aku sewaktu belajar dulu pun sudah habis haha!


  • 1.1 Belajar kerana nakkan ilmu. Bukan kerja.
Jadi kalau sebab korang nak kerja sebab nak ada duit sendiri SANGATLAH tak salah.

Tapi ia akan jadi SALAH bila kita salahkan kos yang kita ambil di universiti dengan mengatakan "alah rugi je aku ambil kos ni, bukannya senang dapat kerja pun."

Habis nanti kalau dah sambung Master, PHD memang niat utama untuk gaji tinggi je ke?

Mana niat utama kita sebagai manusia yang dahagakan ilmu Allah dan nak jadi orang Islam yang dipandang mulia kerana ilmu?

Sebagai contoh, daripada semester 1 lagi aku dah dengar yang kebiasaannya pelajar UPSI ni susah dapat posting. Risau tu ada, tapi aku ganti kerisauan itu dengan doa dan juga meminta doa daripada orang lain untuk mudahkan urusan aku nanti InsyaAllah.

So guys, even kos apa pun yang korang ambil please jangan lupa niat utama kita. 

Perbaiki dulu niat, InsyaAllah bila niat dah betul Dia akan mudahkan urusan kita. Yakin!

  • 1.2 Balas jasa mak ayah ke?
Okey, ni antara SEBAB nak kerja yang paling ramai orang akan jawab.. iaitu "Nak balas jasa mak ayah".

Tapi masalahnya, korang yakin ke dengan balas jasa mak ayah, wajib kerja gaji RM 2000 atau lebih?

Adakah kalau gaji kita RM 1000 kita akan rasa macam loser sangat sedangkan mak ayah tak pernah pun nak persoalkan gaji kita.

Paling penting, yakin ke parent kita nak duit kita sebenarnya?

Kenapa hampir semua orang rasa 'nak balas jasa' tu dengan duit tapi bukan gantikan dengan MASA @ TENAGA?

Berapa lama kita belajar dekat universiti?

Ada yang 4 tahun bahkan mungkin 6 tahun. Jadi kenapa kalau kita tak dapat kerja elok untuk bebrapa bulan, kita rasa down padahal Allah bagi kita peluang untuk duduk dengan family dulu.

Ambillah masa ni sebaiknya untuk belajar agama dengan family atau mungkin waktu nilah kita boleh kukuhkan untuk solat berjemaah dengan mak kita.(Lelaki solat dekat surau eah)

Ambillah masa terluang ni untuk berbakti sepenuhnya pada mereka yang tersayang. Nanti dah penat kerja, percayalah kita akan rindu untuk sama-sama buat kerja rumah.

Nanti dah boleh kerja tetap, yang elok sikit, kena tempat jauh sikit..masa bersama keluarga nilah yang kita rindu!


2.0   Pilihan kerja yang terhad

Betul, orang kata jangan memilih kerja.

Tapi, kita still kena consider bermacam-macam lagi sebab lain. Aku tahu ramai je dekat luar sana tu tak dapat peluang untuk kerja dalam bidang kos yang diambil dekat universiti atas pelbagai faktor.

Mungkin kawasan yang dia tinggal tu peluang kerja tak banyak, nak kerja yang jauh-jauh pun susah sebab takde kereta nak bergerak.

Mungkin sebab jarak yang terlalu jauh buat dia terpaksa menolak tawaran yang lebih baik.

Mungkin atas faktor kesihatan dia terpaksa cerewet bab persekitaran kerja.

Dan bermacam-macam lagi sebab yang hanya korang sendiri tahu. InsyaAllah, it's always important to keep on positive dalam hidup even kita tak/belum dapat apa yang kita nak. 

Lain orang lain pengalaman hidup dia.

Ada yang susah sewaktu belajar, senang masa minta kerja. Ada orang mudah je waktu belajar, tapi Allah uji dia waktu nak cari kerja.

Moga siapa yang Allah uji dengan kesabaran akan mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda di akhirat kelak.


3.0   Pengaruh sosial media

Jujur aku katakan bahawa sosial media sangat mempengaruhi emosi seseorang yang tengah down. 

Bahkan aku pernah je MUTE story orang yang terlalu ghairah nak share pasal life dia sebagai orang yang bekerja. (Waktu tu aku tak kerja lagi, so rasa down tu adalah haha)

Aku bukan dengki of course lah happy as friends cuma as a normal person kita tak dapat lari dari perasaan sedih bila tengok kita tak dapat apa yang orang lain dapat. 

Dengan stop follow orang macam tu, aku boleh stop hina diri sendiri. Dan bagi aku tak salah untuk buat apa pun untuk jaga 'kesihatan mental' kita.

Jangan membanding-bandingkan diri korang dengan orang lain. Ni antara sebab ramai yang depression.

Please, take care of your mental health.

Ni pun antara salah satu sebab aku kurang up life aku sebagai guru sebab aku tahu MAYBE akan ada yang terasa rendah diri. Sokey, lagipun bukannya life aku penting sangat untuk orang tahu kan?


4.0   Allah sebaik-baik tempat bergantung

Masa lepas habis belajar lah, orang kata fasa bergantung kepada Tuhan sangat tinggi. Kita tak tahu rezeki kita dekat mana, kerja apa, gaji banyak mana. Sangat menguji iman.

Please guys.

Kita nakkan sesuatu yang besar dalam hidup kita. Rasa-rasa cukup tak kalau kita 'tadah tangan' waktu lepas solat je?

Aku pernah dengar ceramah ustaz ni..Kalau kita nakkan suatu yang besar jangan sombong dengan Allah. Solat hajat tu Allah wujudkan khas untuk kita berhajat padaNya. Jangan lupa, solat hajat setiap malam sebelum tidur (atau bila-bila korang rasa sesuai) sebagai salah satu bukti kita nakkan sesuatu.

Boleh amalkan solat dhuha, kalau boleh upkan bilangan rakaat dia daripada kebiasaan kita buat.
Baca Surah al-waqiah untuk buka pintu rezeki.
Solat sunat tahajud untuk dipermudahkan urusan.

Ambik masa ni untuk dekatkan diri pada Allah. Buatlah apa pun untuk dekatkan diri pada Pencipta kita.

If and only if korang dah buat semua ibadah sunat dekat atas bahkan lebih lagi, percayalah Allah pasti ada rancanganNya yang disusun cantik dalam aturan hidup kita.

Oh, sebelum aku terlupa.

Ni apa yang aku dengar melalui ceramah Ustazah Asma Harun.

Masa buat ibadah-ibadah sunat tu JANGAN niat perkara utama untuk dunia.(misalnya dapat kerja). Sebab kalau kita lari dari niat utama iaitu kerana Allah, boleh jadi ibadah kita akan jadi syirik kecil sebab kita buat SELAIN ALLAH. Nauzubillahiminzalik.

Niatlah untuk yang tertinggi nescaya yang 'dibawah' pasti akan mudah diberi Allah.


5.0   Ambil peluang untuk ISTIQAMAH

Waktu ni kita dapatkan balik MASA yang banyak kita bazirkan waktu di universiti. Mungkin antara kita banyak habiskan masa buat assignment, main game, layan drama, buang masa skrol media sosial hingga terlupa nak belajar ilmu agama.

Masa nilah, kita topup balik ilmu agama, perkemas ibadah kita dan ambil peluang untuk belajar istiqamah buat sesuatu amalan.

Percayalah guys, bila Allah dah uji kita dengan sibuk dengan kerja nanti kita akan rasa bersalah bila terpaksa tinggal amalan yang kita dah istiqamah InsyaAllah.

Kalau waktu free pun solat kita kelaut. Bayangkan kalau kita dah terikat dengan komitmen kerja nanti?

Kalau waktu kita free pun kita 'tak sempat' nak buka Quran semuka sehari. Bayangkan kalau kita dah busy nanti?

Moga kita semua jadi hambaNya yang lebih baik dari sehari ke sehari. Mudah-mudahan Allah bantu kita dalam urusan perbaiki ibadah InsyaAllah.


6.0   Doakan orang lain

Ketahuilah di saat kita mendoakan orang lain, malaikat akan tolong mengaminkan doa itu kepada kita juga. So, jangan pernah berhenti untuk doakan orang lain even kita tengah sempit sekalipun.

Aku pernah didatangkankan rezeki yang tak disangka-sangka sebab pernah doakan kawan aku ni dapat kerja. Sampai menangis aku doakan dia sebab aku tahu dia kena kerja untuk tampung perbelanjaan adik-adik dia yang ramai. Mungkin sebab dia antara kawan yang banyak bantu aku dekat universiti.

Bila dia dapat kerja, aku antara orang yang paling bahagia dalam dia. Im so happy for her Alhmdulillah!


7.0   Sedekah jangan lupa!

Aku tak nak ulas bab ni sebab bab sedekah luas sebenarnya. Tak mampu nak sedekah duit, boleh sedekah melalui cara lain. Hatta senyum pun dikira satu sedekah kan?

Bersedekahlah kita walau sedikit mana yang kita mampu. InsyaAllah melalui sedekah, pintu rezeki kita akan dibuka.


8.0   DOA aku

Aku tak cakap aku ni bagus ke apa. Tapi apa yang aku pegang kadang-kadang melalui orang lain kita tahu cara berdoa yang lebih baik. (Aku pun masih belajar bab ni)

Dulu sewaktu rasa perit sebab tak dapat kerja yang stabil, antara part doa aku lepas solat dhuha ialah

"Ya Allah, kurniakan kepadaku pekerjaan yang menjadikan aku bermanfaat kepada orang lain." (merujuk kepada aku NAK sangat jadi guru:beri manfaat ilmu kepada murid)

"Ya Allah, kurniakan kepadaku pekerjan yang akan meningkatkan amalan sedekah aku."
(merujuk kepada kalau aku ada pekerjaan yang lebih baik, maka InsyaAllah aku lagi takkan berkira bab sedekah InsyaAllah)

Dan korang boleh sesuaikan doa di atas dengan kemahuan korang sendiri. Lembut tapi penuh dengan maksud. 

Coz, doa is the beginning of the success!
Allah genggam doa kita dan Dia lepaskan pada saat-saat yang tepat.


To conclude,
aku cuma nak petik ayat daripada En Google la eah sebab tak larat dah nak tulis ni...pukul 4.20 pagi dan RPH aku tak siap lagi oi harini Khamis kena hantar!

"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams."

Ayat aku sendiri?

Doa, usaha, ikhtiar, tawakkal pastinya membantu!

Yakin Allah pasti makbulkan doa kita sesuai dengan kehendakNya.

Mungkin kerja kita tak sesuai dengan kehendak kita atau belum mencapai 'life target' kita.

Syukurlah dahulu, nescaya Allah pasti akan menambahnya jika kalian bersyukur dengan nikmat @ redha dengan ujian yang diberikanNya.


Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

Kenapa Aku Menulis?