FRIENDSHIP LIFE_Aku Pakai Stokin (tutup aurat) sebab Koranglah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Post kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang pernah dekat dengan aku sama ada melalui di alam realiti mahupun secara maya.

Mungkin aku tidak mampu untuk berpesan-pesan secara terbuka.
Mungkin ini sahaja salah satu cara untuk aku menasihati diri ini khususnya dan juga korang melalui tulisan aku yang tidak seberapa ini.


Alhamdulillah aku dikurniakan dengan kawan-kawan yang sangat baik. Korang semualah tu hihi!
Malu rasanya kalau nak dibandingkan aku dengan korang. Betapa aku banyak belajar dan kagum akan korang yang menerima aku yang jauh lebih banyak buruk berbanding baiknya.

Terima kasih, sahabat.

Maaf jika jasa korang tak dapat aku balas di dunia. Moga Allah membalasnya di syurga kelak InsyaAllah.

Post ini aku tulis kerana sedih melihat seorang sahabat yang dahulunya berusaha untuk menjaga auratnya tetapi kini sedikit terleka dengan pendiriannya sebelum ini.

Post ini juga aku tulis kerana sedih apabila semakin ramai kenalan aku yang pernah sekolah agama (faham lagi jelas mengenai aurat) tetapi mengendahkan peraturan Allah itu seperti lupa apa yang ditarbiah selama 5 tahun di sekolah.


"Korang tahu kan, aurat kita (perempuan) apa? Dan yes, kaki pun antara aurat yang wajib kita tutup dengan sempurna. Tapi kita selalu lupa kan?"


Terima kasih kerana selama berada dekat dengan aku, korang cuba untuk menutup aurat dengan sebaiknya.

Dulu aku happy bila korang rasa pentingnya pakai stokin bila nak pergi mana-mana. Sebab tu tandanya korang dah mula rasa bersalah bila korang tak tutup aurat dengan sempurna.

Aku nampak,
bila dengan aku korang ada rasa segan bila pergi suatu tempat tapi lupa nak pakai stokin.

Aku tahu,
bila dengan aku korang cuba untuk tutup aurat korang dengan emoji bila nak upload ke mana-mana media sosial.

Aku terharu,
bila korang pernah masuk kawasan air tapi tak buang pun stokin.

Dalam diam aku nampak usaha itu dan aku kagum dengan usaha korang walaupun secara mata kasar korang anggap aku tak pernah kisah dengan apa yang jadi. Bukan sebab aku korang pakai stokin, tapi sebab kita sama-sama saling perbaiki diri untuk jadi muslim yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Mungkin ada part lain aku ubah diri aku ke arah lebih baik (asbab korang) yang korang tak perasan.

Aku pernah ada dalam satu situasi ada di antara korang yang sengaja yang tak pakai stokin kerana malu untuk menutup aurat bila bersama dengan kawan lain yang juga biasa tak pakai stokin.

Malu mungkin, jika dia terlihat 'alim' berbanding kawannya itu.

Ketahuilah sahabat, pakai stokin itu bukan kerana kita mahu dilihat 'alim'. Hatta aurat itu harus dijaga sebaiknya oleh setiap wanita muslim sama ada kita sekolah agama mahupun bukan.

Nak tahu tak apa antara asbab aku kuat selama ini?

Aku tahu kalau aku lemah, korang akan turut lemah. Korang akan rasa "eh, dia pun ada je tak pakai stokin. So, takpelah kalau aku tak pakai pun. Bukannya selalu."

Nampak betapa besar pengaruh rakan sekeliling mempengaruhi tindakan kita?

Waktu kita jauh, Alhamdulillah jika ada yang sudi tolong tarik. Kalau tak ada, siapa yang nak tolong tarikkan kita kembali daripada tersasar?


Agama kita agama Islam kan.

Jadi jomlah kita cuba untuk ikut apa yang Allah suruh dalam Surah An-Nur : ayat 31. 

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)


Ikutkan banyak lagi untuk dikupas perihal menutup aurat dengan sempurna. Tapi cukuplah aku menasihati dulu mengenai aurat kaki yang semakin lama semakin kita lupa untuk tutup dengan sempurna. 

Marilah kita cuba untuk menjadi hambaNya yang sentiasa berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.

InsyaAllah.
Ya Allah aku pernah menjadi saksi mereka ini pernah cuba untuk istiqamah utnuk menjaga aurat yang ditetapkan syariatMu. Hakikatnya, Allah jauh lagi ambil peduli akan hambaNya yang berusaha mentup aurat dengan sebaiknya. 

Berilah kami taufik (kekuatan untuk terus berbuat kebaikan) untuk tetap menutup aurat kami dengan sempurna walau di mana kami berada.

Amin Ya Rabbal Alamin.











Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

Kenapa Aku Menulis?