WORK LIFE_Lulus Temuduga SPP and do I happy?

Teringat saat hari aku semak keputusan temuduga SPP utk temu duga 2021. Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh calon temu duga SPP sejak bulan Februari lagi. 

Asyik duduk di dapur siapkan makanan tengah hari sambil dengar tausiyah daripada seorang yang aku kagumi sejak akhir-akhir ini - Ustaz Hannan Attaki, tiba-tiba aku perasan banyak pesanan WhattsApp yang bertalu-talu masuk.

Rupa-rupanya kecoh dalam group batch aku, katanya dah boleh semak keputusan temuduga. Kak Siti (senior UPSI) pun ada berikan kod pautan untuk aku semak keputusan.

"Tapi aku tak nak"

"Tak nakkkk lulus"

Ya Allah, sungguh jiwa aku agak kacau saat aku harus buat semakan keputusan temu duga.

Terketar-ketar jari aku tekan kod pautan semakan, masukkan nombor Kad Pengenalan - dan terus keluar keputusan temu duga. 

Tahniah! Anda telah berjaya. Tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan kemudian.

Ya Allah, aku lulus ya Allah. 
Kenapa aku lulus?
Aku tak nak semua ni ya Allah.

Rencana apa sedang Kau aturkan untuk aku wahai Tuhanku. Bukankah aku telah Engkau aturkan di tempat yang baik untukku walaupun cuma guru berstatus kontrak?

Tambah sedih rupa-rupanya tak ramai pun kawan aku yang lulus temu duga.

Kenapa di saat aku tak mengharapkan LULUS, Kau masih berikan kepada aku Wahai Allah yang Maha Baik. 

Baiknya Engkau kepada hambaMu yang banyak dosa ini.

Doa hambaMu yang mana Engkau makbulkan ini Wahai Allah. Doa abah, umi, tokki atau sahabat-sahabatku?

Alhamdulillah, sesak rasanya saat diberi suatu pilihan yang lebih baik (bergaji tetap) namun risikonya sekolah sekarang harus aku tinggalkan. Dan mungkin harus keluar lebih jauh. Bahkan luar daripada negeri Terengganu.

Aku percaya.

Ada hikmah yang sedang Engkau tunjukkan kepadaku sekarang kan, Wahai Allah?

Engkau Maha Tahu apa yang terbuku dalam hati aku. Engkau Maha Tahu aturan hidupku yang sedang Engkau rencanakan.

Tak apa Wahai Tuhanku.

Aku tetap akan berdoa supaya diberikan petunjukMu. Solat hajat supaya diberikan penempatan yang dekat dengan keluargaku sementara masih belum keluar keputusan. 

Pastinya solat Istikharah yang membuktikan aku ini perlukan petunjukMu di saat perlu membuat keputusan nanti.

Biarlah apa pun keputusannya nanti Ya Allah.
Semoga keputusanku nanti adalah petunjuk dariMu dan baik untuk aku, keluargaku, agamaku serta akhiratku.

Surah ke- 67 : Ayat ke-15 (Mata aku tepandang tafsir ayat ini malam semalam)

Bantulah aku ya Allah. 

Berikanlah aku lebih banyak petunjukMu.
Sungguh, aku lemah tanpaMu.

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.