TEACHERS DIARY_COVID 19 vs Pornografi

Bismillah, moga mereka ini mengerti setiap bait perkataanku. Moga ada kebaikannya selepas ini. Pastinya dengan IzinMu, Ya Allah.

Melihat pada pernyataan ini,

"Trafik Pornhub di Malaysia meningkat sehingga 84% sepanjang COVID-19, ke-4 tertinggi di dunia"

Faham apa kerisauan cikgu?
Faham apa yang cikgu takut?

Jujur, perkara pertama yang cikgu doa saat membaca ini ialah "Semoga anak murid aku bukan dalam kalangan 84% ini."

Kerisauan cikgu bermula sejak beberapa henset pelajar dirampas & beberapa bahan pornografi ada dalam simpanan KEBANYAKKAN telefon yang dirampas.😔

Jangan risau, aib kamu tetap dijaga. 

Walau satu nama pun, tak ada dalam simpanan memori cikgu sebab warden menyimpan kemas rahsia siapa yang terlibat.

Namun tetap hancur luluh hati seorang guru apabila muridnya yang belajar di sekolah agama, melakukan perkara seperti tak mencerminkan langsung orang yang belajar agama.

Bagaimana dengan nasib pelajar yang mungkin 'terselamat' dalam kes rampasan henset sebelum ini?

Adakah makin hanyut dalam dunia dosa kerana rahsia mereka masih tetap tersimpan kemas?

Juga melihat tingkah dan soalan yang ditanya sesetengah daripada kamu di kelas, membuktikan apa yang ada di fikiran kamu sendiri.

Ilmu itu cahaya.
Mana mungkin cahaya boleh masuk dalam hati yang hitam.

Agaknya apalah perasaan ibu dan ayah apabila rahsia si anak terbongkar nanti? 
Anak yang dijaga bagai minyak yang penuh rupanya membuat maksiat di sekolah dan di rumah sendiri!

Cikgu nak kena cakap apa lagi?
Cikgu nak kena buat apa lagi supaya pelajar sekolah kita bersih daripada perkara yang Allah murka ni?

Percaya Allah Ya Basir
Dia Maha Melihat apa yang kita buat walau di mana sekalipun.

Percaya Allah Ya 'Alim
Dia Maha Mengetahui segala apa yang kita buat walaupun itu cuma detik hati.

Allah ya Fatah, moga Tuhan membuka pintu hati ank murid cikgu yang sedang membaca tulisan kerdil cikgu.

Allah Ya Mani', moga Tuhan menghalang anak murid cikgu daripada terjerumus ke lembah dosa ini. 

Bahkan buat para pendosa, harapan selalu ada.
Ingatlah, pintu taubatNya sentiasa terbuka.

Dan buat para pentaubat, tegurlah sahabat yang jatuh.
Tariklah tangan mereka sebelum hubungan terputus.

Bukankah kamu semua "friend till jannah?"

Cikgu juga hamba penuh dosa. Tak mampu nak ubah perangai sesiapa.

Tapi kalau cikgu ditanya Allah di akhirat nanti "apakah cikgu pernah nasihatkan murid cikgu tentang ini?"

Setidaknya cikgu mampu tarik nafas lega. 

Insaflah sebelum aib kamu dibuka Tuhan.
Insaflah sebelum perkara ini menjadikan kamu membuat DOSA yang jauh lagi besar.

Sedarlah, anak murid yang cikgu sayangi ikhlas kerana Allah.

Semoga Tuhan tidak mengambil nyawa kita saat sedang bergelumang dengan dosa. 

Amin Ya Allah.

"WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu." _As Syahid Sheikh Ahmad Yassin.

Anggaplah nasihat ini dari seorang kakak yang inginkan hidup adiknya kekal dalam rahmat Allah. Cikgu yakin kamu boleh berubah.

_*Nak tahu Kesan Video Lucah?*_
Tengok ni : https://youtu.be/TZFq2O4ySTs

_*Nak tahu Cara Meninggalkan Video Lucah?*_
Tengok ni : https://youtu.be/Bfi7IZg9dug

Stay Safe, Iman.✨


_FeiqaAnnuo' 
_25 March 2020

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.