TEACHER's DIARY_I Adore EVERYTHING!
Bismillah.
Dengan namaMu Allah,
Aku bersyukur dengan semua kurniaan ini.
Betapa aku bersyukur diberi peluang untuk menjadi seorang yang aku idamkan sejak kecil.
Dengan namaMu Allah,
Aku juga takut jika aku terlalu selesa dengan kurniaanMu ini.
Betapa aku berlindung denganMu Ya Allah dari semua pekara yang membuatku jauh dari menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu.
Pastinya penuh dengan pelbagai kejutan. Pelbagai perkara baharu yang aku belajar setiap hari. Lebih-lebih lagi aku sebagai guru yang paling muda, terlalu banyak perkara yang harus diberi tunjuk dan ajar.
Pelbagai ragam dan kerenah murid yang aku serta rakan seperjuangku yang lain hadapi bersama.
"Alah, baru kerja dua bulan memanglah tak ada masalah. Bayangkan kalau kerja dua tahun nanti?"
Doesn't matter guys.
Jika suatu hari nanti aku mengeluh, moga Tuhan bawa aku kembali ke sini untuk aku imbau detik-detik indah aku saat pertama kali bergelar sebagai seorang guru.
Alhamdulillah aku bahagia bangun awal pagi setiap hari untuk bersiap ke sekolah.
Dua perkara yang buat aku bahagia dan bersyukur. Satu, kerana aku akan 'kembali' ke sekolah. Dua, kerana aku diberi kesempatan untuk solat sunat tahajud sebelum matahari menampakkan cahayanya hampir setiap hari.
Alhamdulillah aku juga bahagia saat perjalanan ke tempat kerja.
Bukan sahaja akan lalu di pesisir pantai sambil melihat ombak badai dan mendengar deruannya hampir setiap pagi, malah hati kecil aku selalu terhibur melihat keletah murid sekolah tatkala memberhentikan kereta untuk mereka melintas jalan menuju ke sekolah.
Pemakaian nametag sinonim dengan kerjaya seorang guru. Gembira untuk memakainya setiap hari.
Mendapat soalan "cikgu, boleh saya tolong angkat beg?" daripada si anak murid juga membuatku tersenyum sendiri. Juga mengharapkan semoga Tuhan membalas kebaikan si dia yang ringan tulang.
Dipanggil dengan nama panggilan 'cikgu'. Kadang-kadang, teacher. Ustazah pun ada. Mungkin kerana tudung yang sedikit labuh agaknya haha. Tak apalah, asalkan semuanya merujuk kepada cikgu.
Diucapkan "Assalamualaikum, cikgu" setiap hari.
Bagaimana aku tidak bahagia dan bersyukur apabila selalu di doakan "Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepadamu, cikgu" setiap hari di jalan mahupun sewaktu di kelas?
Di luar kelas, dari jauh aku dipanggil anak murid semata-mata untuk bertanyakan soalan Matematik yang mereka tak faham. Pastinya aku senang melihat kesungguhan itu.
Seeing them buat study group utk siapkan modul Matematik yang aku bagi. Seeing them ajar sesama mereka bahagian mana yang tak faham. Seeing them gigih nak jawab soalan yang aku berikan di kelas. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka dalam menuntut ilmu.
Diberi tanggungjawab untuk menjadi guru badminton juga buat aku sedikit cuak kerana kemahiran aku yang kosong dalam bidang ini haha. Terharu apabila ada murid yang sudi untuk jadi 'coach' sesama sendiri.
Bukti jika di sekolah, mungkin aku lah guru. Tapi kalau di court badminton, mereka ini lah guru.

Tak lupa perkara-perkara yang mengimbau saat aku bergelar seorang pelajar sekolah berasrama dulu. Ada terdengar sorang pelajar ni bagi warning dekat kawan dia. 'Marah' kawan kalau buka puasa (sunat). Kena buka puasa sama-sama. Wajib!
Sebijik masa sekolah dulu. Nanti tak ada geng nak buka puasa sama-sama sebab nanti semua orang akan duduk surau untuk siap-siap solat Maghrib. Haha.
Diberi pelbagai jawatan dan bidang tugas AJK program juga membuatkan aku sedar bahawa tugas guru di sekolah bukan sekadar mengajar dan mendidik anak murid.
Tidak lupa, rakan-rakan seperjuangan yang aku hormati dan segani bahkan juga masuk air. Alhamdulillah semuanya okey.

Moga ukhuwah ini terpelihara sampai ke syurga.
Moga kami saling berganding bahu dalam usaha melahirkan para generasi yang akan memimpin dunia Islam akan datang.
InsyaAllah.
Bermacam-macam lagi yang perlu aku catatkan sebagai kenangan untuk di baca di masa tua nanti. Jika ada masa, akan aku sambung kenangan ini di lain hari. InsyaAllah jika masih berpeluang.
Mereka belajar. Belajar untuk meneroka dunia yang penuh dengan fatamorgana ini.
Dan aku sendiri juga belajar. Belajar untuk menjadi seorang pendidik yang bukan hanya mengajar di dalam kelas.
Apa yang berlaku di sekolah semestinya tak semua yang perfect.
Well, this is life.
And I'm loving every minute of it!
Lillah, I adore everything.
Tell me how not to love all of them.
Can you?
Can you?
Comments
Post a Comment