AdDEEN LIFE_Hamba Telefon @ Hamba Allah?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamba Telefon @ Hamba Allah? Aku memang suka bincang pasal topik ni.

Takut pun ada sebab isu ni kadang² tak semua orang suka. Tapi aku teruskan sebab aku tahu ia ni dekat dengan semua orang tak kira remaja, dewasa, bujang mahupun yang dah beranak pinak.

And I'm just like you. 
A typical struggling human being to be a better person dari sehari ke sehari. 

Okey?

Mungkin semua orang tahu maksud 'Hamba Allah' tapi bukannya maksud 'Hamba Telefon'.

Istilah ni pun aku dapat melalui abah, masa aku kecik² dulu. Boleh dikatakan dulu aku suka sangat sangat sangat tengok TV. (Waktu tu kan takde telefon lagi. So tu je hiburan yang ada.) Boleh kira semua cerita dekat TV tu aku tengok lah. Haha.

Sampaikan time nak solat pun aku lengah² kan. Solat pun cepat² je huhu.

Tapi Abah kalau dia nampak aku dan adik² duk lagho sangat, dia akan cakap macam ni "Awak ni janganlah jadi hamba TV."  Then, pap abah pi tutup suis TV haha!

Banyak kali jugak dia sebut setiap kali dia nampak aku tengok TV lama sangat.

Ok, back to main point aku which is apa sebenarnya yang dimaksudkan 'Hamba Telefon'?

Perasan tak, kalau kita tengah main telefon (tak kiralah layari medsos @ main game @ tengok youtube) pastinya kita akan ralit kan? Tak perasan sampai dah berjam-jam pegang telefon.

Tambah-tambah kalau dah seronok sangat dalam alam maya tu sampai waktu solat pun kita 'alah kejap nanti lah sikit.'

So, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan?

Kita ni kan hamba Allah. Kan?

Sebagai seorang hamba pastinya kita WAJIB buat apa yang tuan kita suruh. (Pastinya Tuan kita Allah). Tapi hampir setiap kali tuan kita panggil untuk tunai solat fardhu, kita abaikan tanpa rasa bersalah.

Kita SENGAJA lewat-lewatkan!

Apatah lagi, kalau sampai ada yang meninggalkan solat disebabkan main telefon. Betapa kita dah jadi hamba telefon tanpa kita sedar.

Astaghfirullah.

Bukan tu je, kenapa bila dengan telefon kita boleh main sampai berjam-jam tanpa rasa letih, tanpa rasa bosan sikit pun?

Kadang-kadang sampai kita kata "ala semua dah habis scroll."
Tak pun sampai merah mata sebab mata tu duk asyik hadap telefon seharian.

Kita ni kan hamba Allah. Kan?

Kenapa waktu mengaji, payah sangat nak baca berhelai-helai muka sehari?
Kenapa sampai rasa letih padahal Quran tu lah akan jadi syafaat kita di akhirat kelak. Bukannya telefon kita.

Kenapa makin lama makin malas nak tambahkan amal ibadah sedia ada? Tapi boleh je tambah jenis-jenis game yang kita main?

Kita minta daripada Allah macam-macam, kenapa kita tak 'bagi' macam-macam pada Allah?
Tanya pada diri sendiri, KENAPA?

Aku pernah jumpa dengan seorang ni.
Malamnya bermula dan berakhir dengan pegang telefon. (Boleh kira orang lain boleh assume waktu dia tidur & waktu bangun tidur melalui last seen dekat whatsapp dia.)

Kita ni kan hamba Allah. Kan?

Kita tak perasan kita terlalu bergantung kepada telefon dalam kehidupan seharian sampaikan nak tidur sekalipun, mesti ada telefon dulu.

Padahal, kan lebih manis seandainya Quran dan zikrullah yang menjadi peneman kita sewaktu nak tidur mahupun ketika bangun tidur. Stop lah dulu even nak baca isu semasa pun, jangan sampai effect amal ibadah kita jadi makin berkurang.

Hah, bangun tidur tadi dah baca doa bangun tidur belum? 

Bukan tu je, aku takut sangat kalau dengan telefon ni hubungan kekeluargaan pun makin jauh tanpa kita sedar. Lagi rapat dengan kawan di media sosial berbanding di alam realiti.

Sebab tulah, kadang² sengaja aku tak on kan wifi @ mobile data dalam tempoh yang lama. Tu pun, terpaksa bukak jugak telefon takut² terlepas informasi penting dan mustahak.

Banyak lagi sebenarnya kalau nak cakap pasal topik 'Hamba Telefon' ni. Kadang-kadang sebab arus modenisasi ni yang buat kita jauh dan makin lalai. Dari sudut Sains pun, sebenarnya tak berapa elok bila tangan tu asyik pegang telefon.

Takpe, sama-sama kita saling mengingati pasal ni. Aku pun selalu kena ingatkan diri sendiri supaya jangan terlalu pegang telefon. Kan berpesan & mengingati dituntut agama?

Manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.

Jom. 
Kita jadi hamba Allah, sehamba-hambanya?

Pesan pada diri, 
Aku bukan hamba telefon. BUKAN!

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.