HOSTEL LIFE_'Didikan' Asrama itu Mendidik Kami Menjadi Manusia

Pelajar sekolah aku, diorang budak asrama. Tengok diorang, teringat aku sewaktu jadi pelajar asrama dulu.

Peraturan Ketat

Biah Solehah. Rugi siapa yang abaikan bila dah keluar asrama.

PELAJAR PEREMPUAN.

1) MAJLIS PERWAKILAN ASRAMA
Warden tak ambik port pun. (Mungkin terlibat di belakang tabir) Salute dengan MPA. Diorang handle dengan baik


2) TAK BOLEH SOLAT DALAM BILIK
Masuk musolla sebelum WAKTU. kalau dah ditutup pintu tu, tahu-tahulah orang yang masuk lewat tu. Kena ambik nama then, adalah hukuman yang menanti.

Aku pernah kena hukum sebab turun lewat. Kena solat dekat court bola jaring! Panas gila waktu tu takde angin. Tengah hari pulak tu.


3)AKTIVITI MUSOLLA
kenal mathurat, manzil, tahlil, KULIM, usrah, bacaan yaasin, bacaan al-kahfi



4) AURAT DIJAGA
pakai kain dalam
pakai sarung kaki pergi prep
akan ada checking.
tak boleh pakai jubah (banyak yang ketat)
pakai stoki melepasi buku lali



5) PEMAKAIAN JILBAB
Dah ada 'sukatan' dia. Siku dan sejengkal dari pusat.



6) AL MULK
Baca Al-Mulk setiap malam




7) DEWAN MAKAN

Peraturan
Masuk dewan makan pakai kain. Kenapa?
ada C&C.
Jerit daripada tingkat atas tanya "weh, lauk ayam ke ikan?" Sebab kalau ayam, berlari turun ke dewan makan.

Bawak makanan naik bilik.

beratur panjang-panjang.



8) RAGAM di BILIK AIR
Cop bakul mandian. Aku antara yang alihkan siapa yang buat macam tu. Tak adil!



9)tak boleh bawak fon
Pernah kena rampas laptop masa Form 3 sebab tengok cerita Korea dalam kelas. Dah habis PMR. Raya



10) HIBURAN KAMI?
Setiap pagi Jumaat akan pasang nasyid.
Setiap petang Ahad-Khamis, boleh bukak TV 5.00-6.00. Cerita Indon.
Khamis malam Jumaat boleh bukak TV jugak. (pukul berapa aku dah lupa)
Ada tayangan 2 minggu sekali. Movie Cg Madi. Bayar RM1. Buat dekat dewan sekolah. Tutup lampu.


11) BORANG DISIPLIN
Pernah isi borang disiplin sebab main api dalam asrama. musim2 raya oii. Budak bilik. sebenarnya siap main mercun bola lagi tapi mujur takde orang nampak.Menangis telefon abah (sebab aku diberitahu mak ayah akan dimaklumkan pasal kesalahan disiplin ni.

Peraturan tetap peraturan. Of course lah ada yang ikut, ada yang tak ikut.





Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.