TEACHER's DIARY_COVID 19 vs PKP
Cuti Sekolah Dilanjutkan Lagi.
Sejak semalam lagi, aku dah mula berdebar. Dengan kes Covid 19 yang semakin meningkat di Malaysia, pastinya akan ada arahan untuk tutup institusi pendidikan.
Sejak semalam lagi, aku dah mula berdebar. Dengan kes Covid 19 yang semakin meningkat di Malaysia, pastinya akan ada arahan untuk tutup institusi pendidikan.
Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana cuti sekolah akan dilanjutkan sehingga dua minggu, banyak perkara yang perlu difikirkan.
(Dan ni antara yang sempat aku fikirkan malam ni mengenai keadaan ini.)
1) Cuti yang semakin panjang, dan kita pun tak tahu betul ke sampai 31/3/2020. Kalau keadaan masih tak okey, boleh jadi Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan.
Adakah guru-guru perlu sediakan bahan PDPC online? Semestinya murid² juga perlu siap sedia untuk belajar secara atas talian.
Cuti sekolah tak semestinya cuti belajar ya murid-murid sekalian. Tambahan Matematik tu mana boleh tinggal lama². Nanti benak otak tu haha.
2) Para pekerja kantin sekolah juga mungkin akan hilang mata pencarian buat sementara waktu. Doakan mereka mendapat rezeki melalui sumber lain. Setidaknya, mereka mampu survive sehingga hujung bulan ini.
3) Bukan semua agensi yang mewajibkan pekerjanya mengambil cuti. Ibu bapa yang masih perlu keluar bekerja juga mula memikirkan di mana nak letak anak sepanjang tempoh mereka keluar bekerja.
Kan, sekolah tutup. Jangan lupa taska pun tutup. Nak letak anak dekat mana nanti?
Namun harus kita semua ingat,
jika tutup sekolah buat sementara waktu pun tidak memberi jaminan kepada ibu bapa untuk punyai kesedaran maksimum mengenai kuarantin.
Semua pihak seharusnya ambil langkah berjaga-jaga dalam meminimumkan kemungkinan jangkitan.
Oleh itu, kempen-kempen yang diadakan perlu diambil berat supaya cuti panjang tidak mendatangkan kesan bertentangan.
Anyway, masih berharap supaya semuanya akan baik-baik sahaja secepatnya.
Ambillah cuti panjang ini sebagai inisiatif kepada kita untuk memperbaiki dan meningkatkan amal ibadah kita.
Moga dengan cuti ini juga, masa yang terluang dapat digunakan sebaiknya bersama keluarga tersayang. Kurangkan penggunaan telefon, sebaliknya perbanyakkanlah bacaan Al-Quran dan zikrullah.
Penting untuk kita teruskan berdoa dan bukannya terus untuk panik tanpa langkah-langkah berjaga-jaga yang sepatutnya.
Ingat, tak semestinya orang sakit je akan meninggal. Orang sihat pun Dia boleh ambil bila-bila masa Dia nak.
Kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya. Allah Ya Mani'. Dia Yang Maha Menghalang segala keburukan daripada menimpa kita.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari bahaya yang terlindung.
Doakan juga buat para pejuang yang berdiri di barisan pertama di hospital² seluruh Malaysia. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada mereka dalam menjalankan tugas.
Stay safe everyone.
Yakin, semua ini pasti ada hikmahNya.❤️
#startmissingschoolrightnow.
Comments
Post a Comment