AdDEEN LIFE_Nak Apa-apa Minta Pada Tuhan
Tadi aku cerita pada umi abah yang aku mimpi pasal temuduga semalam. Punyalah berdebar kan, sampai masuk mimpi. Padahal sebulan lagi. Haha.
Macam biasa, mintalah doa dari orang tua untuk minta berkat. Minta dipermudahkan urusan masa temuduga nanti.
"Abah doakan kak long eah."
Dan macam biasa jugak abah jawab.
"Solat hajatlah."
Aku selalu rasa tak puas hati dengan jawapan abah bila aku suruh dia doakan aku.
Sebab yelah, aku doa pun dah, solat hajat pun dah. Cuma kita nakkan doa daripada orang tua je. Aku cuma nakkan abah cakap at least "ya, abah doakan". Tapi disuruhnya aku doa supaya dapat apa terbaik dari Allah.
Tiba-tiba aku teringat masa dulu-dulu.Waktu aku belajar dekat Universiti.
"Abah umi, doakan kak long dipermudahkan masa jawab exam eah."
"Abah umi, doakan kak long dapat result tinggi eah."
Ok, balik pada jawapan abah masa aku suruh dia doakan aku untuk temuduga nanti._"Solat hajatlah."
Sebenarnya abah nak cakap yang ibu bapa semestinya dah selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak dia. Tapi abah cuma nak aku tahu yang aku sebagai hamba pun sebenarnya punyai 'tanggungjawab' penting untuk diri sendiri. Nakkan sesuatu yang mustahil? Solat hajat minta sungguh-sungguh dekat Allah.
Tadi aku ada tengok satu video dari ML Studios_cara atasi nervous masa temuduga.
Tahu tips pertama dia apa?
"Hubungan dengan Tuhan".
See?
Walau setiap apa pun yang kita risaukan, kita takutkan sesuatu. Semuanya berbalik pada hubungan kita dengan Tuhan.
Allah Maha Berkehendak.
Dia yang Maha Mengatur segalanya.
Aku tahu, aku tak boleh nak selalu harapkan 'mukjizat' doa dari orang tua semata-mata tanpa ada sekeping usaha dari diri sendiri.
Bahkan doa tu sendiri tanda rasa kita merendahkan diri kepada Sang Pencipta kita. Ibu bapa doakan kita? Semestinya itu bonus tambahan buat kita sebagai anak.
Of course aku takkan ada sejauh ini kalau bukan kerana doa siang malam abah dan umi.
Sebab tu nak apa-apa pun, minta pada Allah. Allah suka hambaNya yang merintih mengaku kelemahan diri di saat meminta pada Yang Berkuasa.
Kalau tu yang terbaik untuk kita, Allah akan kurniakan.
Semoga Allah permudahkan urusan umi abah, ahli keluargaku, sahabat-sahabat aku dalam setiap urusan yang mereka jalankan dan walau apa yang berlaku untuk masa depan aku nanti, aku yakin semua tu berlaku dengan Izin dari Tuhan yang menciptakan aku_Allah.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Comments
Post a Comment