UNIVERSITY LIFE_Eh, Mana Aci Aku Ajar Dia tapi Makah Test Dia Lagi Tinggi.

Budak kos aku lebih kurang dalam 65 orang dan sejak semester 3, kami diwajibkan untuk ambil subjek minor. Aku dengan 8 orang kawan aku ambil Fizik.

Aku ada kawan, nama dia Fatin. Aku, Fatin dan beberapa orang lagi jadi geng dan rapat sejak ambil minor sekali. Yelah, sebab kebanyakkan kelas kami hampir semuanya sama. So, ke hulu ke hilir memang sekali jalan la.

Sejak semester 1 memang aku tahu Fatin akan score dalam setiap semester. Dan Fatin pun jenis macam aku, bukanlah pelajar yang bila belajar je terus masuk.


So, apa rahsia dia cemerlang? 

Entahlah.. Dia dapat kelebihan study last minit kot. Start je musim study week, memang dia akan pulun dan PNGK 3.80 ke atas tu dah biasa bagi dia. Haha untunglah badan, perform last minit.

Ni cerita aku pasal Fizik okey? Subjek lain aku tak tahu cara dia study.

Fatin jenis yang akan study dengan orang. Dia akan fahamkan sesuatu topik kebanyakkannya dengan orang yang lebih 'faham' dalam topik tu. Hazirah namanya. Dan aku pun antara orang yang selalu study dengan Fatin. Biasanya, kitorang sama-sama pulun subjek Fizik untuk final exam.

Sampailah, start semester 8.

Aku tak tahu kenapa tapi sejak awal semester aku dan Fatin dah tak berapa nak rapat dengan Hazirah. Sebab masing-masing ada kawan lain kot. Dalam kelas okay, cuma tak sampai nak 'ketuk pintu bilik' kalau ada apa-apa yang tak faham. Haha it's okay doesnt matter lah. Asalkan tak ada masam muka kih kih. Alhamdulillah, kitorang lebih rapat dengan Aiman pulak. Dialah yang banyak membantu kalau ada apa yang kitorang tak faham. 

Apapun, thanks Hazirah dan Aiman sebab banyak tolong kitorang. Moga Allah balas jasa korang.

Sebab dah start kurang dengan Hazirah, so aku dengan Fatin fikir takkan lah nak study sama-sama lagi kalau ada kuiz atau mid-term test kan. (Malu kalau nak rapat time nak kuiz/test je haha)

FYI, dua subjek Fizik semester 8 ni macam apa je. Sumpah susah! Kadang-kadang keluar kelas pun still tak faham belajar apa haha.

Start tu, aku selalu gigih cuba untuk fahamkan betul-betul topik yang akan masuk kuiz/test. 
(Ye, nak kuiz baru sibuk fahamkan betul-betul kan)

Dan lepas tu aku akan study dengan Fatin, aku ajar dia. Dan kitorang sama-sama fahamkan balik. Bila betul-betul tak faham baru akan jumpa Aiman untuk ajar kitorang.

Kelakar bila ingat balik. 
Part paling tak boleh tahan, hafal kaedah jawab soalan in case kalau soalan tu yang akan masuk masa test. Nampak tak part tak boleh sangat dah nak fahamkan tu. So, hafal jelah. Haha

Kiranya, semester 8 memang kebanyakkannya Fatin akan pergi rumah aku untuk 'menuntut ilmu'. Rasa macam bijak la sikit kan?

Ada satu time tu, ada mid term test, markah Fatin lebih tinggi daripada aku. Tapi, aku yang banyak ajar dia sebelum test tu.

Mana aci macam tu kan?

Hahahaa takdelah...

Sebenarnya kan, kalau tak sebab Fatin nak belajar dengan aku, nanti aku yang akan bermalas-malasan dan nak harapkan orang.

Aku yang akan cakap "takpelah, nanti suruh je la Aiman ajar. Takpun, Hazirah kan ada?"

Tapi, sebab Fatin nak belajar dengan aku, aku start study awal bila nak dekat kuiz/test. (Dan kitorang pun segan asyik nak suruh orang je ajar kan huhu)

Start tu lah, bila aku belajar je...bila aku nak buat revision je, aku akan niat macam ni

"Ya Allah, permudahkan lah aku dalam belajar Ya Allah. Aku harap dengan kefahaman ilmu yang aku dapat ni, bermanfaat pada orang lain. Nanti aku boleh ajar Fatin dan orang lain Ya Allah."

So, sebenarnya even markah Fatin lagi tinggi masa kuiz/test pun..aku tak kisah even aku yang ajar. Rezeki orang kan lain-lain? 

Mungkin rezeki aku bukan masa kuiz/test tapi masa final exam?

Thanks Fatin. Even semester ni Fatin selalu rasa bersalah sebab selalu suruh aku ajar, tapi Fatinlah buat aku rajin nak belajar Fizik. Fatin dah yang buat aku rasa aku dihargai sebab ilmu yang aku dapat ni, mengalir dekat orang lain.

Aku tak salahkan Fatin pun, dia bukan malas study pun. Cuma kadang-kadang kita tahu kita dah buat sebaik mungkin. Alah, bukannya Fatin tak pernah ajar aku. Ada je part aku yang tanya dia.

Ada part sampai Aiman pun boleh study sekali. Duduk semeja dengan kitorang.

Takdelah selama ni aku tak pernah ajar orang langsung. Tapi, punyalah pening gila subjek Fizik semester ni sampai rasa terharu sebab sampai boleh ajar orang.

Alhamdulillah, aku dapat A untuk kedua-duanya. Aku pun tak sangka dapat capai yang terbaik untuk dua subjek Fizik. Fizik selalu bantu PNGK aku sebab selalu tergelincir subjek Matematik adoii haha.



Sebab tulah, aku cakap niat tu penting.

Sesiapa yang rasa susah nak fahamkan sesuatu perkara pasal pelajaran, boleh cuba niat macam yang aku cakap dekat atas. Niat, bila kita faham nanti...kita boleh ajar orang lain pulak.

InsyaAllah akan dipermudahkan urusan untuk belajar.

Amin Ya Rabbal Alamin.










Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.