FAMILY LIFE_Kena Body Shamming dari Keluarga Sendiri?


Jap, aku kena curi-curi masa nak tulis blog ni sebab semua adik beradik aku ada dekat rumah sekarang. (Cuti Raya Haji kan) Seronok rumah sini makan gulai kambing, rumah sana pulak makan sup tulang. Fuhh tak payah masak sehari bai!

Sebelum aku cerita lebih lanjut, jap aku bagi maksud 'body shamming' secara ringkas dulu.
       -Sebarang perbuatan atau percakapapan yang menghina seseorang samada melalui mengkritik saiz atau bentuk badan atau seumpama dengannya. 


Sebenarnya aku tak dapat nak jelaskan dengan lebih mendalam maksud 'body shamming' dan aku rasa perkataan tu baru je wujud kot sebab aku perasan sejak-sejak ni baru viral video kesedaran pasal body shamming ni.(Ke dah lama dah? Lantaklah haha) 

Aku tak ingat waktu yang sebetulnya aku start kena benda ni. Tapi sejak aku masuk sekolah menengah, aku dah start gain weight. Yelah, duduk asrama makan 6 kali sehari dari pukul 7 am hingga pukul 11 pm.

Mananya tak seronok mulut tu asyik nak mengunyah je kerja.

Tahu-tahu jelah duduk asrama. Makanan dewan makan lagi, stok makanan dalam locker lagi. Bila je masa aku berhenti makan? Masa belajar pun mengunyah lagi sebab taknak mengantuk haha.

Actually, aku affected bukan pasal badan aku je. Diorang akan cakap pasal muka aku bulat macam bola. Pipi aku tembam sangat kot masa tu haha.
(Which sebelum tu aku tak perasan pun tu satu 'kekurangan' )

Mungkin ada yang cakap "alah, setakat tu je takkan la nak kecil hati"

Of course aku tak kecil hati. Langsung tak!

Sampailah..

Setiap kali balik rumah, mak aku akan tegur pasal badan aku yang makin membulat.
Setiap kali balik kampung je, sedara mara aku (certain je la tapi yang jenis loud) akan mengata pasal badan aku.

Aku perasan dah takde benda lain ke nak cakap pasal aku selain hal berat badan aku dan muka aku?
Kenapa teruk sangat ke berat aku?

Berat aku paling maksimum masa tu pun, 52 kg. Orang lain lagi berat kot.
Mungkinlah faktor keluarga belah mak aku takde orang yang 'gemuk'. So, diorang aim aku. Kesiannya aku dulu.

Sampai aku tak nak balik kampung langsung. Aku trauma nak balik kampung. Cukuplah mak aku je yang mengata aku haha.

Yelah, mak aku pun tak tahu yang aku affected dengan benda yang dia selalu cakap so totally not her fault.

Nak tahu semua benda yang jadi ni habis bila?


Maksud aku, betul-betul dah takde orang nak mengata pasal aku. Termasuklah mak aku sendiri. Haha
Masa tu aku dekat kampung. Macam biasa ramai sedara mara aku ada dekat kampung. Masa tu cuti sekolah.

Dan, aku macam biasa dalam perjalanan pulang ke kampung tu akan penuh dengan pengharapan janganlah ada orang yang mulakan hal tu. (body shamming kan aku)

Tapi 'doa' aku tak dimakbulkan Allah masa tu.

Aku siap terkena tembakan bertubi-tubi lagi daripada mak dan sedara mara aku. Sampai aku masuk dalam bilik pun, diorang still 'serang' aku. (Mungkin faktor mak sendiri mengata pun effect emosi aku haha takpe sis dah maafkan semua)

Aku betul-betul dah tak tahan masa tu.

Aku marah. Aku malu. Aku sedih.

Marah aku meletus masa tu. Aku mejerit macam ni, "Ye, memang kak long gemuk. Kak long sorang je yang gemuk dalam dunia ni."  (sambil baling bantal kalau tak silap aku hahaha malunya bila ingat balik)

Masa tu, yang mengata aku tu terdiam. Tak expect kot aku tiba-tiba 'mengamuk'.

Aku nangis je lepas tu. Masa tu baru diorang rasa sebenarnya aku tak suka dengan apa yang diorang buat dekat aku. Cop, bukan setakat tak suka. Tapi stress bila balik kampung je kena bahan tau.

Aku kecil lagi masa tu.

Mungkin aku tak pandai nak react dengan cara yang betul tentang apa yang aku tak suka. (automatik masa tu)

Alhamdulillah, lepas tu takes time juga nak balik kampung sebab malu buat drama depan datuk nenek sedara semua haha)

Then, aku dah tak kena dah body shamming ke apa ke. But, semua ni bagi kesan dekat aku sampai sekarang. (dekat entry seterusnya aku akan cerita)

Dan aku rasa peristiwa tu akan kekal di ingat sampai bila-bila. Aku harap semua jadikan pengajaran la jangan jadikan perkara tu sebagai topik utama dalam suatu perbualan.

Tipulah kalau sekarang body shamming tu tak ada langsung dalam family kecil @ besar aku.
Bahkan, aku pun ada mengata adik aku gemuk. (Dia pun asrama jugak) Tapi tidaklah berlebihan sampai dia rasa gemuk tu satu kelemahan, satu kekurangan.

Ayat ayah aku masa aku asrama dulu. (Ayah aku selalu support aku, thanks abah)

"Biarlah budak nak membesar, biarlah dia makan. Nanti kalau sakit, susah nak makan"

Ayat ni jugak aku rasa semua orang patut pegang.  Jangan kawal selera makan orang. Lainlah kalau dia terlalu banyak makan makanan ringan atau overdosed makan sampai jadi ular sawa kekenyangan.

Well, aku faham sesetengah orang rasa benda ni suatu gurauan dan topik yang boleh jadi idea untuk mulakan bercakap.

Paling penting, jangan suap dekat budak kecil "gemuk itu hodoh, kurus itu cantik". Biarlah dia membesar dengan sempurna dan bahagia.

Kalau rasa dah teruk sangat, tak salah untuk suruh kawal pemakanan dia. Lagi bagus kalau suruh dia bersenam, amalkan gaya hidup sihat.



Dont judge others by their appearances. Being fat is okey, being skinny is okay. Semua orang cantik dengan kecantikan yang terserlah dari hati, bukan badan.

Body shamming is not cool.
Body shamming is bullying.

Just, stop it!


Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.