LOVE LIFE_Ada Apa dengan CINTA?
Minngu lepas, minggu cuti Raya Aidiladha dan aku tahu ramai yang ambil peluang cuti ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan dan pertunangan.
Waktu sekarang...It's really important to educate ourselves with knowledges. It is all not about love only.
Termasuklah kawan-kawan aku di sekolah mahupun di universiti. Gembira melihat mereka bakal mendapat pasangan untuk dijadikan sahabat dunia akhirat kelak. Kadang-kadang geli hati pun ada, melihat kawan sekolah yang dahulunya yang agak kasar perwatakannya tetapi lembut ayu dan sopan di kala usia menginjak dewasa sudah mahu berkahwin.
Yelah kan, hati pun boleh berubah apatah lagi perwatakan manusia bukan?
Yelah kan, hati pun boleh berubah apatah lagi perwatakan manusia bukan?
Kagum melihat mereka bersedia untuk melangkah ke alam yang lebih menguji dari pelbagai aspek.
Aku? Masih terkontang-kanting memikirkan nasib aku yang masib belum 'dipinang' sebarang kerja. (Walaupun itu pilihanku dan keluarga untuk tidak bekerja buat masa sekarang)
Sempat aku hubungi rakanku yang lain, cuba mengusik mereka yang masih belum berkahwin. Ada yang mengeluh kerana masih belum mempunyai pasangan.
"Awak takpelah, dah ada orang yang tunggu."
Aku terdiam sejenak. Benar, ada yang sedang menunggu aku (kalau dia tunggulah haha) namun tidak pernah aku berasa untung dengan sesuatu yang masih belum mendapat kepastian.
(Ok, tutup kes aku. Bukan ni main point aku)
Di sosial media juga aku jadi semakin rimas apabila ada page yang membicarakan hal hati dan perasaan. Contohnya seperti "doa dipercepatkan jodoh" dan "cara atasi rindu pada pasangan" atau apa-apalah yang berkaitan dengannya.
Padahal masa sekolah dulu akulah yang beria nak kahwin awal. Aku yang suruh semua kawan-kawan aku doakan aku kahwin muda. Tapi sekarang, serius aku rimas.
Takut bukan rimas tapi lemas.
Aku tak salahkan siapa yang share perkara macam tu sebab tu hak dia.
Pernah sahaja aku berikan nasihat kepada kawanku yang mempunyai 'masalah' dengan pasangannya. Ye, walaupun aku tiada pengalaman tapi aku cuba buat dia faham yang jangan jadikan masalah ini sebagai masalah utama.
Pernah sahaja aku berikan nasihat kepada kawanku yang mempunyai 'masalah' dengan pasangannya. Ye, walaupun aku tiada pengalaman tapi aku cuba buat dia faham yang jangan jadikan masalah ini sebagai masalah utama.
Dan sekarang aku lebih fokuskan benda selain dengan 'JODOH'. Tahu, lain orang lain keutamaannya. Mungkin keutamaan aku sekarang keluarga aku, kerjaya aku dan persiapan aku.
Ada banyak lagi perkara penting yang perlu aku fokuskan.
Ilmu agama? Banyak lagi yang perlu aku pelajari.
Skil memasak? Resepi apalah sangat yang aku tahu. Duduk di dapur pun bukannya aku yang jadi chef utama.
Ilmu pendidikan? Cara untuk mendidik murid zaman sekarang sangatlah mencabar.
Apatah lagi persiapan ilmu rumah tangga dan ilmu parenting? Takkan masa selepas berkahwin baru nak belajar kot.
Waktu sekarang...It's really important to educate ourselves with knowledges. It is all not about love only.
Memanglah, sampai bila pun kita akan cakap kita belum sedia untuk ke arah tu selagi kita tak menempuh sendiri perkara tu. Tapi aku rasa masa sekarang bukan masa untuk risaukan "siapa jodoh aku" ataupun "bila aku akan kahwin".
Risau itu boleh. Tapi jangan sampai mengganggu kebahagiaan hidup kita.
Macam ajal, maut dan rezeki.
Jodoh juga dijanjikan Allah untuk setiap hambaNya samada di dunia mahupun di akhirat. Ingat janji Allah. Setiap sesuatu itu diciptakan berpasang-pasangan. Itu urusan Allah untuk beri yang terbaik pada setiap hambaNya.
Mungkin kita dah terbiasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat mahupun sebelum membaca Al-Quran. Kebiasannya aku akan hadiahkan pahala bacaan tu kepada umi dan abah aku sampailah aku terbaca boleh juga niatkan pahala bacaan Al-Fatihah tu kepada bakal suami kita walaupun kita tak tahu pun siapa dia.
Supaya kita harapkan dia selalu dia dikuatkan iman. Tak tersesat alamat ketika mencari jodoh (kitalah tu haha) dan selalu dalam jagaan Allah walau di mana dia berada InsyaAllah.
InsyaAllah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Jika masih belum dikurniakan jodoh (macam akulah ni), bencilah macam mana pun bab-bab jodoh ni selalulah doa supaya dikurniakan jodoh yang terbaik untuk kita dunia akhirat.
Oh, dan untuk yang dah ada calon.
Doakan jika betul dia yang terbaik untuk kita maka permudahkan lah dan jika bukan minta Allah tunjukkan dan jauhkan kita dari perkara yang tak elok.
Doakan jika betul dia yang terbaik untuk kita maka permudahkan lah dan jika bukan minta Allah tunjukkan dan jauhkan kita dari perkara yang tak elok.
Apapun aku selalu doakan siapa pun jodoh aku, dialah yang akan jadi sahabat dunia akhirat aku. Teman seperjuangan aku dalam belajar agama dan mendidik anak soleh solehah kelak.
Amin Ya Rabbal Alamin.
p/s: tapi, kalau aku umur 30 tahun tak kahwin-kahwin lagi mungkinlah aku dah start gelabah haha!
Tapi InsyaAllah Allah gives the best for us in perfect time. He makes everything beautiful at right place and right time. (Pesan dekat diri sendiri)
p/s: tapi, kalau aku umur 30 tahun tak kahwin-kahwin lagi mungkinlah aku dah start gelabah haha!
Tapi InsyaAllah Allah gives the best for us in perfect time. He makes everything beautiful at right place and right time. (Pesan dekat diri sendiri)
Comments
Post a Comment