SOCIAL LIFE_Kebaikan Selepas Slowly 'Quit' the Social Media

 Entry sebelum ni, aku cerita pasal kenapa aku uninstall my Instagram and Twitter account right. Of course setiap apa yang kita buat tu ada pro and con dia. Well, it depends on how what actually kita rasa lepas tu.

Aku rasa bukan aku je yang rasa bila pegang telefon, kita akan enjoy dalam 'dunia media sosial'. Susah nak keluar dari dunia tu lebih-lebih lagi bila makin banyak perkara menarik yang ditawarkan. Kadang-kadang aku sengaja takkan on data @ wifi untuk elakkan aku tertarik untuk buka media sosial aku. (termasuk lah whatsapp_jangan lupa whatsapp pun ada story ok)

Aku betul-betul mula kurangkan penggunaan sosial media aku sejak aku habis belajar. So, apa yang aku cakap dekat sini kebanyakkannya kebaikan untuk aku di rumah. Bergantung kepada fokus masing-masing. Macam aku, fokus aku sekarang...family aku.


  • Banyak masa berkualiti bersama keluarga
Bila kurang pegang telefon, semestinya aku akan habiskan masa berkualiti dengan keluarga aku. Bukannya badan je ada dengan diorang, tapi mata dan hati sekali. 

Contohnya, aku boleh makan bersama keluarga dengan tenang tanpa perlu fikir whatapps siapa yang perlu aku reply, story siapa yang perlu aku tengok atau apa-apa yang melibatkan dunia luar.

Dan, thanks to me sebab aku dah jadi orang yang kreatif iaitu sentiasa fikir cara apa yang boleh aku buat hari tu untuk elakkan adik kecil aku bosan. (Omaigod, faham-faham je lah budak sekarang kalau bosan mesti nak tengok kartun atau main game.


  • Rajin buat amalan sunat
Ok, part ni bagi aku sangat membantu. Selama ni, aku mengaku aku sangat kena paksa diri untuk tak pegang telefon lepas solat. Kadang-kadang, wirid lepas solat pun aku malas sebab 'tak sabar' nak pegang telefon. (Ye, terukkan aku?)

Bila dah jarang buka media sosial, aku pun dah tak ambil port sangat apa yang berlaku dekat luar sana. Bukannya tak kisah langsung, cuma aku lebih behave masa scroll media sosial aku. Jadi, lepas solat je aku tak terikat untuk bagi komitmen dekat dunia maya aku. Alhamdulillah, aku dah boleh slow-slow untuk luangkan lebih masa untuk amalan sunat seperti wirid, doa yang lebih khusyuk dan mengaji. (Tapi aku still struggle untuk lawan rasa mengantuk lepas solat Subuh. Haha)

Cop, selama ni takdelah rajin sangat. Tapi sekarang perasaan malas tu dah makin lama makin kurang la.

Oh, dan tak lupa solat aku sedikit khusyuk sebab aku tak fikir pasal benda lain sangat. Contohnya, siapa view story aku, apa respon orang terhadap tweet aku dan lain-lain lah. (ye, aku selalu doa supaya solat aku khusyuk sebab aku SUSAH nak khusyuk dalam solat. Selalu ada je benda yang terlintas dalam fikiran)

  • Kurang marah 
Aku tak pasti kalau aku je yang macam ni. Ok, aku je kot.

Aku akan jadi sedikit marah kalau orang kacau aku masa aku tengah betul-betul nak spend masa dengan media sosial aku. Kadang-kadang, orang panggil suruh buat kerja pun aku akan marah sebab rasa terganggu kan?

Tu tanda aku tak dapat bezakan yang mana lebih penting. Kita terlalu asyik dengan dunia sosial sampai lupa nak hargai orang depan kita. 


  • Ringan tulang berbanding biasa
Sebenarnya, bukan setakat marah. Aku pun jadi malas untuk buat kerja. (Baca sebagai kerja yang perlu dicari contohnya keluar bilik tanya mak "kerja apa yang boleh di tolong?")

Sumpah malas nak buat kerja. Rasa macam tangan kaki dah kena gam dan mulut kena kunci untuk buat kerja. Selama ni pun buat sebab sedar tanggungjawab sebagai anak, kau ingat kau siapa nak goyang kaki dekat rumah haha)

So Alhamdulillah, bila dah quit social media...rasa terpanggil untuk buat kerja rumah. Kadang-kadang kerja yang tak payah buat pun, tapi sebab bosan kita pergi buat. Takdelah rasa semalas dulu.

(Sampai tahap tu ke aku bosan? Haha takdelah...aku still ada TV untuk ditonton even aku tak pegang telefon pun.)


  • I don't live for others
Kurang media sosial bermaksud dua perkara. 

Pertama dari pihak satu lagi.

Aku takkan kisah dengan apa yang orang lain share. Aku tahu je, kita sebut kita takkan terkesan dengan apa yang di share.

Aku bagi contoh, orang share result dekat story/kejayaan lain yang dia dapat.
Of course, kita akan rasa tu rezeki dia dan kita akan tumpang gembira dengan apa yang orang dapat. 

Lama-lama bila asyik tengok sesuatu yang kita tak ada, kita akan jadi terlalu rendah diri dengan diri sendiri dan persoal nikmat yang Allah bagi tanpa kita sedar. Percayalah.


Kedua dan terakhir, dari pihak aku.

Aku dah kurang share whatapps story. Dulu aku selalu share 'kebahagiaan' aku. (Contohnya, aku akan screenshot chat aku dengan kawan atau family aku yang aku rasa kelakar @ story apa yang aku buat haritu) Kalau dulu, purata Whatapps story aku lebih kurang dalam dua atau tiga story. Memang niat aku nak share rasa bahagia @ apa yang aku buat.

Sekarang, lepas aku diuji dengan sesuatu yang agak berat bagi aku. Buat aku kurang untuk share apa yang aku buat dan buat aku fikir balik...

          "selama ni aku nak tunjuk dekat siapa sebenarnya?"
          "apa niat aku sebenarnya?"
          "apa perasaan orang lain masa tengok story aku?"

Aku share betapa happy nya family aku, macam mana perasaan orang lain yang tengah ada masalah keluarga?

Aku share chat aku dengan kawan aku, macam mana perasaan orang yang tak ada kawan?

Aku share aku ada seseorang yang selalu ada waktu aku susah senang, macam mana perasaan orang yang selalu struggle sorang-sorang?

Of course, tu sosial media kita. Hak kita untuk share apa pun.

Tapi biarlah aku jadi sedikit bertimbang rasa apabila berkongsi kebahagiaan aku. Aku takut lama-lama aku lebih pentingkan dunia maya daripada dunia aku sendiri.

So untuk aku, sekarang aku dah kurang buat story.



The most important, don't let them control us!

Teruskan apa yang korang rasa terbaik untuk diri korang dan sekeliling. Tak salah pun actually, cuma kena kawal penggunaan gajet dan berdisiplin dalam tetapkan waktu untuk menggunakannya.

Apapun, aku sentiasa salute dengan orang yang gunakan sosial media sebagai medium untuk share kata-kata semangat dan dakwah.

Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.