GRADUATE LIFE_Dapat Interview SPP?

Sejak awal, aku memang dikhabarkan yang Semakan Interview SPP ni akan dihebahkan selepas Hari Raya Aidiladha cuma tak pasti bila tarikh yang tepat sampailah semalam, aku tahu keputusan dah dikeluarkan.

Aku tahu pun sebab kecoh dekat group Whatapps batch aku. Semua duk ucap tahniah dekat siapa yang dapat dan kata semangat jangan putus asa pada siapa yang tak dapat temuduga. Katanya, temuduga ni secara berperingkat, InsyaAllah siapa yang belum dapat akan dapat untuk panggilan seterusnya. Aku pasti ni berita gembira untuk siapa yang masih belum dapat panggilan temuduga.

Oh, sebelum tu aku terangkan pasal temuduga SPP ni.
Temuduga SPP ni merupakan temuduga yang SANGAT penting bagi pelajar jurusan pendidikan atau bakal guru untuk dapat lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Apa perasaan aku masa nak cek semakan temuduga tu?

Takde perasaan.

Ye, perasaan berampur bau. Tak kisah samada dapat atau tak temuduga mungkin.
Dan tak serisau perasaan aku semasa cek keputusan setiap semester aku.

Of course aku memang nak sangat jadi guru. Bahkan sejak aku bermur 6 tahun lagi, tak pernah aku terfikir untuk jadikan selain guru sebagai cita-cita aku. Mungkin sebab NAK sangat tulah, aku jadi takut untuk letak harapan yang tinggi untuk panggilan temuduga ni.

Banyak berita kurang senang aku dengar mengenai temuduga SPP ni atau lebih tepat, graduan dari universiti untuk dapat posting ke sekolah.

Ada yang dah dua kali temuduga tapi tak lepas-lepas.
Ada yang pada satu sesi kesemua calon temuduga tidak lepas temuduga.
Ada yang menganggur 3 tahun.
Siap ada graduan universiti aku yang memperjuangkan hak untuk dapat penempatan mengajar.

Memanglah, bukan senang untuk lepas temuduga SPP.
Bergantung kepada 'demand' kursus yang diambil dan paling penting rezeki dari Allah yang menentukan segalanya.

Dan bila aku cek semakan temuduga SPP...rupanya aku dapat.
InsyaAllah 8/10 nanti temuduga pertama aku. Temuduga pertama yang akan menentukan takdir hidup aku selepas habis belajar.

Alhamdulillah, rezeki aku untuk terpilih dapat temuduga ni. Rezeki posting sebagai guru mungkin terlalu awal untuk aku angankan tapi jika tidak lulus temuduga pun, InsyaAllah jadikan sebagai pengalaman aku dalam dunia temuduga.

Geng aku, hanya aku dan Ekin yang dapat panggilan temuduga. Selebihnya, mungkin tiada rezeki lagi dan InsyaAllah aku sentiasa doakan supaya mereka turut dipanggil untuk panggilan temuduga yang seterusnya. Amin.

Bila aku cerita rasa gusar aku pada umi dan abah mengenai keadaan aku sekarang, diorang nasihatkan dengan benda yang buat aku rasa sangat sebak. Yelah, even aku pernah ada pengalaman kerja sebelum ni tapi aku risau sebab aku still tak dapat kerja sampingan untuk aku jadikan sebagai point semasa temuduga nanti.(pengalaman aku selepas habis belajar).

So, aku dah macam konfius.
Apa perlu aku buat sekarang?
Perlu ke aku 'keluar' untuk cari kerja?

Ayah aku cakap lebih kurang macam ni,

"Takpe, jangan risau dengan apa yang Allah dah aturkan. Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang Allah dah beri sedangkan tu yang terbaik untuk kita. InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah tu nanti."

Mungkin dia maksudkan yang lepas habis belajar aku duduk rumah sekarang, tak kerja lagi semualah. Tambahan, dia pun ada cerita kisah dia berjaya lepas semua ujian untuk sahkan jawatan dia masa tu yang semua orang rasa mustahil untuk buat dengan sekali, but Abah did it! (Nak naikkan semangat aku yang risau pasal temuduga nanti)

So, aku decide untuk guna peluang cuti ni sebaiknya.

Berbekalkan masa kurang tiga bulan, aku nak study betul-betul untuk temuduga nanti. Aku tahu, mungkin aku tak sehebat orang lain, tapi aku nak usaha betul-betul untuk jalani temuduga nanti. Paling tidak pun, untuk kepuasan hati aku sendiri.

So, nanti aku akan bahagikan masa aku kepada satu lagi bahagian iaitu 'study untuk temudga'.
I have too much to study dari 'keperluan untuk dibawa ke temuduga' hinggalah ke 'soalan yang bakal ditanya para penemuduga'.

Fuhh, tak sabar nak menelaah balik. Sekarang ni, semua adik beradik aku ada lagi sebab cuti sekolah belum habis so minggu depan aku start study okeh!

InsyaAllah, kita usaha dahulu, keputusannya nanti Allah yang tentukan.

Percaya dan yakin janji Allah pada orang yang selalu meminta kepadanya.
Percaya Allah sebaik-baik Perancang.

" Menjadi guru itu bukan kerjaya tetapi cinta.
     Walaupun aku semai 'cinta' itu sejak kecil, aku tahu cinta itu tidak semestinya memiliki.
      InsyaAllah jika ditakdirkan Tuhan, cepat atau lambat pasti aku akan bergelar sebagai guru. "

                                                                                                       ~ Feiqa Annuo'


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta