FAMILY LIFE_Kesan Body Shamming pada Aku

Kesan body shamming pada aku?

First at all, ia dah rendahkan confidence level aku masa aku sekolah menengah. Aku rasa aku ni buruk dan tak cantik.

Aku rasa aku ni gemuk (padahal tak sangat pun sebab aku ni tinggi orangnya), muka aku bulat macam bola dan selalu fikir cara nak lipat awning tudung yang sesuai supaya muka tak nampak telalu bulat.

Kadang-kadang, aku akan pakai tudung kedepan sikit. Yelah, kalau belakang sangat nampak habis pipi pau aku kan. Bila tengok gambar lama aku, rasa macam nak tarik je tudung aku ke belakang sikit. Haha

Dan start dekat asrama sampailah aku belajar dekat Matrik, aku selalu tinggal nasi setompok. Dah jadi tabiat. Eeven sikit mana pun aku ambil nasi, akan ada setompok nasi yang aku takkan sentuh. Memang masa tu aku cakap "dah kenyang, tak boleh masuk dah".

Tapi sebenarnya, aku takut nak habiskan semua nasi yang aku ambil untuk setiap kali hidangan. Aku tahu, setiap nasi tu rezeki. Tak baik kalau selalu tak habiskan. But, I just cannot nak habiskan nasi tu. Betapa paranoidnya aku masa tu.

(And yes, orang sekeliling aku perasan aku selalu tak habiskan nasi tapi diorang tak tahu kenapa)

Selain tu, aku pun tak boleh makan dengan tenang. Aku akan fikir aku dah makan banyak mana dan makanan yang best macam aiskrim pun aku dah kurang suka sebab takut. Bukan tu je, biasanya aku takkan makan nasi lebih dua kali sehari. Contoh kalau pagi dah sarapan nasi, lunch makan nasi so untuk dinner aku akan makan makanan simple je.

KECUALI aku betul-betul lapar. Aku makan je lah benda berat malam tu. Takkan nak tidur dalam kebuluran kot. Haha.

Ok, part ni aku rasa mostly orang yang ada dekat aku akan perasan. Sebab mak aku selalu tegur aku buat.

Kadang-kadang aku selalu buat 'mulut ikan' dan gedikkan kaki masa buat kerja sebab nak buat exercise pipi dan peha. Padahal takde effect mana pun haha konon nak hancuran lemak tapi tulah dah jadi tabiat. Sekarang aku tak buat sangat lah. Malas. Sekarang dah kurus sikit kih kih.

Cop, aku dah tak tahu nak guna penanda wacana apa ni. Kalau guna tambahan itu macam over je haha.

Straight to the next point, aku sentiasa risaukan berat badan aku. Aku pantang jumpa penimbang, terus je nak timbang. FYI, berat badan sangat cepat naik kalau aku tak jaga makan. Tu antara punca aku jaga makan kot, sebab aku nak mantain kan berat badan aku.

Dan, aku pun MALAS nak exercise. Masa belajar dulu rajinlah nak keluar jogging. Bila dah habis belajar ni, buat kerja-kerja rumah pun dah letih weh. Salute habislah dekat siapa yang ada anak ramai tu haha.

By the way, bukan setakat bentuk badan tapi aku akan selalu concern pasal pipi aku. Aku kurang makan roti sebab aku perasan bila aku makan je roti, pipi aku akan 'mengembang' dengan jayanya. Aku tak tahu ada bukti saintifik atau tak yang doh roti akan bagi effect dekat badan manusia tapi untuk aku, yes. Aku cuba untuk elakkan makan roti.

Ok, kesan terakhir untuk aku which benda tu jadi sampailah sekarang. Portion makan aku semakin lama semakin berkurang  sebab sekarang, perut aku dah makin 'mengecil'. Cepat kenyang, cepat lapar. Mak aku selalu annoying dengan aku sebab kadang-kadang aku akan cakap lapar tapi bila suap makanan beberapa mulut aku dah kenyang. Haha.

Eh, macam over je baru beberapa mulut dah kenyang?

Yup, pernah dengar tak yang mindset kita sebenarnya yang kawal banyak mana kita akan masukkan dalam mulut kita?

Sebab tu lah ada kes ada orang makan banyak even badan dia kecil.

Aku pun susah untuk ada selera makan. Aku memang 'kurang nafsu' sikit kalau bab-bab makanan ni. Contoh kalau pergi jalan-jalan dengan kawan, aku tak kisah nak makan dekat mana. Asalkan halal lah. Aku jadi antara orang yang paling tak excited kalau bincang pasal nak makan dekat mana.




Ni sedikit sebanyak kesan yang jadi dekat aku. Mungkin takdelah nampak berat dan sebenarnya aku tak perasan pun kesan ni sampailah aku terfikir kenapa sekarang aku makan sikit.

Syukur, semua yang jadi ni tak effect mental aku. Alhamdulillah aku masih tak terlalu terjejas dengan apa yang berlaku dulu. 

Aku percaya ramai lagi yang kena "body shamming" ni. Bahkan, kawan aku ada je yang selalu kena hina sebab kulit dia agak gelap sampai dia cuba macam-macam cara untuk putihkan kulit dia. 

Korang takkan ambil berat hal ni sampailah benda ni jadi pada orang terdekat atau diri sendiri. 

Hentikan body shamming and for those yang pernah jadi mangsa macam aku..it's normal untuk rasa sedikit rendah diri tapi jangan terlalu fikirkan kelemahan yang kita ada sampai lupa kelebihan yang boleh buat kita bersinar tanpa dibayangi kelemahan tu.

Remember, tutup kelemahan tu dengan cari kelebihan lain yang boleh buat kita lupa kelemahan tu. 

Okey?


p/s: Abah biasanya akan excited kalau aku makan banyak. Haha




Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.