SOCIAL LIFE_I 'Quit' Social Media for Good

"Cikgu, saya tengok-kadang berhari-hari Cikgu tak online"

"Weh, lama tak online?"

Sejak aku habis belajar, memang aku jarang pegang telefon aku. Entahlah, sebab takde kepentingan untuk aku main kot. Kalau adapun, aku akan buka Facebook. Sounds like orang tua but yes aku lebih suka Facebook. Opps!



Instagram? 
Pernah ada tapi dah dekat setahun aku uninstall. Sesiapa yang follow aku tu memang berjanggutlah nak tunggu aku approve.

Twitter?
OMG aku baru je uninstall dua hari yang lepas and I hope I made a right decision hopefully. 

Telegram? 
Ada. Still ada cuma jarang gila aku bukak Telegram. Nak unintsall pun sayang sebab banyak group yang sebar benda berinformasi dekat Telegram tu.

Whatsapp?
Of course lah ada. Dengan apa lagi aku nak berhubung dengan kawan & keluarga aku kalau aku takde whatsapp. Haha. 


Snapchat, Tumblr, Tik Tok jangan cakaplah. Aku memang kuno sikit bab-bab semua ni. So, memang tak pernah install dan tak tahu apa benda tu. ( Cop, tapi DULU pernah lah tengok video-video Tik Tok. Ye, aku pun terjebak sekali. Guys, aku pun manusia yang sukakan benda viral haha)

Masa belajar kawan aku selalu cakap "Dia ni kalau dah pegang fon memang dah tak layan orang dah. Orang panggil pun tak dengar." Nampak tak aku punyalah 'fokus' kalau scroll media social sampai orang sekeliling aku pun aku dah tak layan.

Back to the story, I really have strong reasons untuk apa yang aku buat.

Aku terima kalau you guys nak assume that Im not really good at control my own social media sampai aku kena uninstall most of mine.


  • Why do I quit my Instagram?
Ok, nak dijadikan cerita sejak ada instagram pun aku tak pernah buat ig story (sebenarnya aku tak reti pun macam mana nak buat dan aku sengaja tak nak belajar). Post gambar pun,,, gambar raya family je rasanya.

Boleh bayangkan tak betapa 'sepinya' hidup aku berbanding kawan-kawan aku yang ada instagram?
Aku tak pernah post gambar. Tak pernah up ig story.

(Bayangkan jugak life aku masa semester 8 bila semua geng aku ada ig tapi aku sorang je takde haha mereput weh)

Dan aku pun jarang nak scroll gambar-gambar dekat ig tu. Sebab aku takut, suatu hari nanti aku akan terpengaruh untuk turut up. Im not saying those yang up gambar tu salah. Cuma lain orang, lain pendirian dia. Dan aku berpendapat untuk tidak post gambar selepas gambar family aku.

Lupa, adik lelaki aku warak sikit. (Warak lah sangat) Dia pernah pesan, jangan upload gambar selfie ke apa ke dekat instagram.

Tapi tu bukan sebab sebenarnya aku uninstall instagram. One of the main reasons is aku perasan yang aku dah terlalu lagho. Aku tak tahu nak explain macam mana tapi kan ig ada pilihan untuk tengok video je kan? So, sebab aku dah takde benda lain nak buat. Aku pun layan je la video-video tu.

          Video Tik Tok? Checked✔️
          Video artis? ✔️
          Video klip lagu?✔️
          Video review instafamous?✔️

Memang ralit bila tengok video tu semua. Kadang-kadang aku leka sangat sampai tak boleh nak control. Video agama memang susah la nak tengok kalau dah seronok tengok video tu. Lama-lama bila diri sendiri rasa dah leka dah jauh...aku decide untuk uninstall. Alhamdulillah sampai sekarang iman masih bertahan haha.

Aku tak nafi, kalau kita pandai guna media sosial...semua ni takkan jadi masalah pun. Aku salute dengan orang yang bijak guna media sosial sebagai jalan dakwah diorang.

Sorry guys. Aku surrender awal.


  • Why do I quit my Twitter?
Twitter aku pun sama. Sendu dengan jumlah follower hahahaha tapi sebab aku yang nak. Aku yang malas nak follow orang dan aku tak harapkan orang untuk follow aku. (Sebab aku banyak 'bercerita' dalam tu.) Macam sekarang? Tapi versi pendek la. Tahu-tahu je la Twitter kan ada limit untuk setiap post.

Aku taknak orang annoying dengan post-post aku. Adalah beberapa ketul yang follow aku. Dan beberapa orang yang 'berminat' nak follow aku. Lagi satu, aku pun public kan Twitter aku, yelah mana tahu kot ada tweet aku yang berguna pada orang kan. (perasan lagi)

Ok, cerita dia macam ni.

Aku akan tweet samada quotes/cerita yang mengajak kebaikan/dialog lucu aku dengan adik beradik @ kawan/sometimes perasaaan aku. (Tapi jaranglah bab perasaan tu sebab aku tak suka orang nilai aku daripada media sosial)

Kekadang aku tweet pasal "macam mana aku boleh istiqamah baca Al-Mulk" , "keletah adik aku layan aku tasmi' surah yang aku hafal"  , "cerita cara ayah aku jaga orang tua dia"  atau benda-benda  Islamik lain yang aku kagum. (Ok, bukan tu jelah yang aku tweet tapi ni yang nak aku highlightkan.

Suatu ketika, aku mula risau.

Aku risau,
jika aku sibuk nak tunjukkan Islamic lifestyle (yang kadang pun ada laghonya tapi tidak di tweetkan sebab taknak orang terpengaruh) tapi aku sendiri payah nak buat.

Betul, niat aku cuma aku nak share sesuatu yang mungkin orang lain terinspirasi nak buat sama.

Tapi aku risau,
jika buatnya hanya sekali, tapi sibuk nak tweet di galaknya orang lain untuk buat.

Aku risau,
jika terbit riak dan ujub dalam hati tanpa aku sedar.

Ye, aku risau. Sungguh risau.

Sumpah pada awalnya, niat aku cuma ingin berkongsi dan mana tahu boleh jadi sumber inspirasi orang lain untuk turut sama buat kebaikan tu. Bolehlah aku dapat pahala sedikit dua.

Lama-kelamaan aku risau, jika banyak dosa daripada pahala. Bukan senang bila kau jadi orang yang selalu tweet benda yang baik sedangkan ada je salah silap kau yang tak perasan.

Lebih-lebih lagi ada seorang kawan aku yang kadang-kadang suka tweet benda yang negatif. Aku risau aku buruk sangka atau lebih teruk sampai jadi menfitnah maksud di sebalik tweet dia. Sebab tulah kan, orang tak bagi kita post benda negatif. But its still, hak masing-masing.

So, yup. Ni pun aku surrender.

Cukup lah kot, tweet yang aku post tu. Alah siapa je yang baca kan? Nanti kalau aku rasa aku boleh kawal diri aku, aku install balik. Kalau ada orang rindu aku lah kan?

 Kalau tak...Twitter bye bye forever lah.

For now, masa aku untuk blogging and fokus untuk istiqamahkan dulu amal aku sendiri sebelum aku sibuk nak share dekat orang huhu.


Ada lagi ke hah nak cakap pasal ni?
Takde dah kot.

Ok, apa-apa pun..aku harap korang pandai kawal nafsu masa scroll media sosial tu. Jangan jadi macam aku. Seriously, aku selalu terbabas kalau guna media sosial aku.

The most important, my litte brother needs me. Kalau kakak dia asyik main fon, nanti dia pun mintak fon kakak dia nak tengok youtube. Budak kecik tak salah guys. Dia belajar daripada sekeliling dia. Ingat, paling penting, jangan sampai orang sekeliling kita terabai. 

Okey?











Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.