SCHOOL LIFE_Tak Pernah Aku Duduk Kelas Paling Corot!

Ni post pertama aku pasal life aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah.

Jap aku brief sikit.

Aku bekas pelajar sekolah agama berasrama penuh dan sekolah aku pun antara yang gah dalam negeri aku. Nak masuk sekolah aku tu, pastikan kena dapat 5A dalam UPSR. (sekarang dia kira unit kan? so wajib 25 unit ke atas) dan aku belajar dekat situ betul-betul 5 tahun. Dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Aku memang struggle sikitlah kalau duduk sekolah tu, sebab kebanyakkan orang memang dah 'semulajadi' bijak. (Cuba bayangkan dia kumpul orang bijak dari sekolah-sekoah rendah berlainan lepas tu kumpul dekat satu sekolah menengah. Jangan haraplah nak dapat Top 5 dalam kelas haha)

Kebaikannya, ramai orang yang sama-sama rajin belajar, cikgu pun tak risau sangat sebab prestasi kurikulum murid takdelah teruk mana. Kes tercorot sangat kalau ada yang gagal tu. 

Kekurangan dia, dari segi ranking akulah.
Sejak Tingkatan 1 dah tak rasa dah nombor 1,2,3. Hahaha yelah, sempatlah rasa bijak sekejap time sekolah rendah. Merasalah naik pentas tu daripada sekolah menengah. Tak rasa langsung dah haha!

Sempatlah masa PMR sebab dapat 9A dan Peperiksaan I'dadi sebab dapat Mumtaz.

Then, everything was going so well sampailah aku nak melangkah masuk ke alam tingkatan 5.

First day persekolahan semua murid akan tahu kedudukan kelas masing-masing samada kelas pertama, kedua dan seterusnya. Dekat sekolah aku masa tu ada dua aliran. Aku pelajar aliran sains so ada tiga kelas waktu tu.

Nervous kot masa nak cek nama aku ada dekat mana.

Waktu tu, kertas senarai nama murid kelas masing-masing dah ada tertampal dekat pintu setiap kelas. Kelas pertama yang aku cek adalah kelas kedua. Sebab yakin aku ni tahap sederhana je haha.

"Kenapa tak ada nama aku dekat kelas ni? Takkan lah nama aku ada dekat pintu kelas pertama kot?"

Dalam semua murid sibuk nak cop meja dalam kelas (lepas dah tahu kedudukan kelas) aku still struggle nak tahu kedudukan kelas aku. Tak ada nama aku dalam kelas kedua so aku pergi kelas pertama.

Yelah, result aku pun boleh tahan okey waktu tingkatan 4.

Then, waktu cek dekat kelas pertama.
"Ya Allah, tak ada jugak nama aku dekat kelas pertama. Jadi maksudnya.....Takkanlah...?"

Dari kelas pertama terus aku ke kelas terakhir. Tak dapat nak terima kenyataan, aku pastikan sekali lagi nama aku dalam kelas ketiga.

Ternyata memang aku akan duduk kelas ketiga. Kelas yang tak pernah aku bayangkan aku akan duduk dalam tu sejak aku darjah 1. Tamparan agak hebat buat aku masa ni. Kawan-kawan rapat aku kebanyakkannya duduk kelas pertama dan kedua.

So, yes aku kena 'cari' kawan baru dan disebabkan dah 5 tahun aku sekolah tu. So, tak ada masalah sangat untuk aku rapat dengan orang lain. Semua budak sekolah tu sangat baik-baik.

Aku belajar satu perkara,
Murid terkadang dinilai berdasarkan kelas yang diduduki.

Dan aku pernah merasai saat berada di kelas paling corot di hujung persekolahan aku.

Cuma aku bernasib baik sebab sekolah aku tak pernah nak beza-bezakan sangat antara murid kelas depan dan belakang. Tapi tak akan pernah sama murid di kelas pertama dan terakhir. Tetap akan ada kelebihan yang murid kelas pertama dapat tapi kami di murid kelas terakhir tak dapat.



Nak tahu perkara apa yang lagi buat aku sedih?


Saat aku tahu rupanya terdapat masalah teknikal melibatkan PNGK aku hingga menyebabkan ranking aku dalam tingkatan jatuh dan aku tercampak ke kelas Tingkatan 5 paling hujung.

Markah Matematik Moden (Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4) yang aku dapat 89% tetapi hanya ditulis 8% dalam ruangan markah lalu menjadikan gred Matematik aku sebagai GAGAL dan memang sangat memberi kesan besar dalam PNGK aku.

Itu pun aku tahu waktu nak buat kerja kursus Matematik Tambahan, masa ambil keputusan akhir tahun Tingkatan 4.

Kalau nak sebut 'kalau' memang mudah tapi takkan boleh nak ubah apa-apa.

Kalaulah cikgu tu tak tersalah key in markah aku, aku takkan tercampak ke kelas paling hujung.
Kalaulah aku tahu semua ni daripada awal, pasti aku berpeluang nak naik ke kelas yang lebih baik.
Kalaulah aku duduk kelas pertama pasti keputusan SPM aku jauh lagi baik daripada yang aku dapat sekarang kerana suasana kelas pertama agak berbeza dengan kelas belakang.

Tapi siapalah aku untuk ubah takdir Allah yang Dia tetapkan untuk aku?

Sedih.

Namun aku yakin Allah pasti nak tunjukkan sesuatu pada aku.

Di kelas inilah, aku berjumpa dengan kawan baik aku sehingga sekarang.
Di kelas inilah, aku belajar untuk merendah diri kerana aku pernah 'menjadi kurang pandai' dalam pelajaran. Hakikatnya semua ini mendidik aku untuk menjadi manusia yang tidak bermegah-megah dengan apa yang aku kecapi.

Dan ya. 
Markah peperiksaaan itu hanyalah satu nombor pada sekeping kertas. Hakikatnya kita hanya mampu berusaha tapi takdir serta rezeki Tuhan yang akan menentukan kita selepas itu.

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa hikmah di sebalik kecuaian cikgu yang key in markah aku tu. Tak apa, mungkin semua ni mengajar aku untuk lebih hati-hati saat aku key in markah peperiksaan anak murid aku nanti.

Siapa tau bukan?



Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.