AdDEEN LIFE_"Masa Awak Menyanyi Ingat Allah tak?"
Teringat masa dekat sekolah menengah dulu….
Waktu tu pelajar tengah buat kerja
kumpulan, mungkin Raihanah perasan yang aku duk selalu menyanyi. (dia duduk meja belakang aku)
Tiba-tiba dia kata macam ni…" awak yakin tak masa awak
menyanyi tu awak ingat Allah? "
Zapp!
Haha amik kau kawan tegur sedebab macam tu. Aku nak jawab apa ni?!
Aku tak berapa ingat apa yang aku jawab lepas Raihanah tanya soalan tu dekat aku. Sumpah masa tu aku langsung tak rasa marah dekat dia. Lagipun, ada betulnya apa
yang dia cakap tu.
So, lepas tu insaflah sekejap. Menyanyi pun tak berapa sangat. Bukan sebab takut dia tanya lagi soalan tu tapi sebab aku sendiri tahu apa yang dia tanya tu tak salah pun.
Lama lepas tu, dah masuk matrikulasi, masuk universiti…
Hah,
ambik kau dah lagho balik!
Sampai satu tahap.
Aku kembali suka menyanyi, suka dengar
lagu. (sangat)
Sampai satu tahap.
Aku pernah tulis di ruangan hobi : "suka dengar lagu".
Seronok tambah bangga pun ada bila aku mampu ingat keseluruhan
lagu. Pantang ada lagu baharu yang sedap pasti gigih untuk aku hafal
liriknya. Pernah aku dengar lagu yang sama lebih 10 kali sebab seronok
boleh ikut sama-sama penyanyi tu menyanyi.
Kalau dengan Al-Quran tak segigih ni pulak kan?
Ya Allah. Laghonya aku masa tu! Cari keseronokan yang sementara.
Ya Allah. Laghonya aku masa tu! Cari keseronokan yang sementara.
Pernah aku cakap dekat diri sendiri “Eh, aku kenal hafal lagu ni. Nanti anak cucu
aku tanya pasal lagu ni, so aku boleh jawab nanti.”
Kelakarnya aku dulu. Apalah yang aku fikir masa tu.
Aku bukannya nak cari silap dekat mana-mana tapi sebenarnya keadaan sekeliling sangat main peranan.
Bukti keadaan sekeliling mempengaruhi?
Time balik rumah KEBANYAKKANNYA aku hanya akan dengar nasyid sebab orang dekat rumah tak
layan sangat lagu-lagu ni. (Ada je dengar, tapi tak berapa up to date macam dekat Uni)
So, daripada aku syok sendiri dengar lagu aku baiklah aku
dengar nasyid so semua orang boleh layan sekali kan.
Tu pun, jaranglah dekat
rumah pasang lagu @ nasyid sekalipun.
Kat uni kan sibuk study, buat assignment. So, kena ada lagu lah yang 'teman'. Satu lagi, kita pun dikelilingi kawan-kawan yang layan sekali kan. (Bagi aku, kalau ada kawan yang suka dengar nasyid @ zikir selalu mesti kita malu sikit nak dengar lagu)
Bila balik cuti semester pun, dekat rumah pun still ada aura nak
menyanyi tu. Seronok sangat menyanyi lebih-lebih bila ada adik yang cakap suara sedap (kononnya lah haha!)
Memang mulut selalu keluar lagu berbanding zikirullah. Kadang-kadang, umi tegur “mulut tu asyik keluar lagu je. Cubalah zikir ke apa ke.”
Of course aku pertahan pendirian aku. Aku jawab dekat umi “takpe umi, mulut memang keluar lagu tapi hati ni zikir je.”
Sebenarnya TAKK!
Hati yang berzikir sebenarnya mulut dia susah untuk keluar
lagu yang melalaikan.
Hati yang berzikir memang tak sempat pun nak menyanyi sebab dia rasa selawat pun masih banyak yang belum diucapkan.
Astaghfirullah.
Kalau perasan sekarang lagu-lagu yang best pun kebanyakkannya adalah berkisarkan cinta.
Macam manalah nak upgrade iman kalau asyik dengar lagu yang tak ada maksud kan? (Ya, aku cakap dekat diri aku ni)
Betullah, kalau kita faham syariat Islam…hiburan tu sendiri
ada hukumnya. Siapa yang ikut syariat, InsyaAllah ada barakah dalam
hidupnya.
Tak pernah aku cakap dengar lagu yang melalaikan itu haram.
Masih boleh tetapi berpada-padalah. Dia akan jadi haram contohnya klip video tu ada menunjukkan maksiat contohnya menunjukkan aurat @ bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dan boleh jadi dosa besar kalau kita terlalu asyik dengar lagu sampai tak sedar waktu solat dah berlalu.
Jangan sampai kita rasa lagu itu menenangkan jiwa tetapi alunan zikrullah itu membosankan.
Masih boleh tetapi berpada-padalah. Dia akan jadi haram contohnya klip video tu ada menunjukkan maksiat contohnya menunjukkan aurat @ bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dan boleh jadi dosa besar kalau kita terlalu asyik dengar lagu sampai tak sedar waktu solat dah berlalu.
Jangan sampai kita rasa lagu itu menenangkan jiwa tetapi alunan zikrullah itu membosankan.
So, hidup aku sekarang?
Kembali kepada nasyid-nasyid yang lama. Masih tetap segar
untuk aku dengarkan dan nyanyikan. Yang pasti, aku boleh dengar seisi keluarga tanpa rasa
bersalah.
So, langsung tak dengar lagu?
Of course masih dengar.
Kalau dalam kereta yang takde pendrive himpunan nasyid, terpaksa bukak radio. Atau tangan aku gatal untuk buka youtube dan tekan kepada mana-mana klip video yang ada di timeline.
Kalau dalam kereta yang takde pendrive himpunan nasyid, terpaksa bukak radio. Atau tangan aku gatal untuk buka youtube dan tekan kepada mana-mana klip video yang ada di timeline.
Masa ni aku akan dengar lagu.
Lek lah, bukannya mati pun
kalau tak dengar lagu dan bukannya dosa pun kalau dengar lagu. Kan?
So, kesimpulannya..
Macam yang aku cerita dekat atas, aku sendiri suka menyanyi dan dengar lagu. Aku pun bukanlah terlalu kolot dalam agama. Sekarang pun aku still minat jugak lagu, tapi untuk menyanyi tu kuranglah. Cuma lebih kepada nasyid.
Satu je yang aku nak pesan pada diri sendiri dan siapa yang baca ni.
Fikir balik waktu kita dengar lagu @ menyanyi,
Kita dah habis selawat belum? Kita sempat nak istighfar belum?
Bintik demi bintik hitam singgah dekat hati tapi tak dibasuh dengan istighfar dan selawat pada nabi.
Nabi Muhammad yang maksum (tak ada dosa) pun istighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
Kita yang hari-hari ada dosa ni sempat tak nak istighfar at least sekali sehari?
Astaghfirullah Wa Atubu Ilaih.
Ya Allah,
Basahilah lidah kami dengan zikrullah agar kami sentiasa dekat padaMu.
Ya Allah,
Semoga lidah kami ini tidak lokek untuk sentiasa berselawat kepada KekasihMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Comments
Post a Comment