PYQA THOUGHT_Disember 2019 Bulan Paling Packed and I Really Miss Writing!

Too much things happen in my December hingga lamanya aku tak sentuh blog ni. Berhabuk!

Rindu sangat nak menulis dan akhirnya malam ni aku curi masa sikit untuk menulis. Sebelum ni pun, dah terlalu banyak 'draft post' aku sebab tak pernah siap untuk tulis satu entry.

Aku rasa aku sibuk sangat sampai aku pernah doa "Ya Allah, janganlah aku menjadi lalai disebabkan kesibukan aku ni."

Ada satu masa aku rasa tak sempat nak mengaji.
Ada satu masa ada solat sunat yang aku tak kisah kalau tak buat.

Sampai satu masa, subuh aku kembali tak teratur, ada yang awal ada yang subuh gajah.
Tahajud pun kembali susah untuk aku bangun.

Masa ni lah aku rasa yang sebenarnya pentingnya masa yang berkat.
Sesibuk mana pun kita, dengan masa yang berkat Allah akan izinkan kita untuk buat amalan yang Dia cintai.

Ni antara jadual aku secara kasar untuk Disember. Kalau sempat, aku akan explain lebih detail dekat entry seterusnya.

  • Fasilitator Kem Tahfiz  (1-25 Disember)
               - Ahad hingga Khamis.
               - 8 pagi hingga 5 petang
  • Umi masuk wad dan kena operate buang cyst  (1-4 Disember)
                - pengalaman tidur dekat hospital for the first time in my life!
  • Fasilitator Kem Anak Soleh  (13 & 14 Disember)
                 -7.30 pagi hingga 2 petang
  • Tenaga pengajar untuk English and Mathematics Smart Learning Camp  (15 & 16 Disember)
                  - 8.30 hingga 5 petang
                  - Terpaksa cuti dari kem tahfiz dua hari sebab kem ni
  • Proses temuduga JHEAT  (17 Disember)
                  - untuk jawatan guru SRIDI @ SMIDI TRG.
  • Dan masa-masa lain yang aku peruntukkan untuk buat modul, study dan lain-lain. 

Sekarang aku dah rehat sikit. Tak berapa packed macam minggu lepas.

Sampai bilik keadaan bilik aku tak teratur dengan baju yang tak berlipat dan bersangkut.
Lantai bilik tak disapu.
Katil penuh dengan buku dan baju yang 'tak sempat' nak masuk dalam almari.
Tidur dengan tak tutup lampu. Sedar-sedar je dah subuh.

Rasa macam balik pada zaman student dulu-dulu je.
Nilah antara sebab tu lah aku dah tak nak sambung belajar master haha.
Tak suka keadaan macam ni.

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini masa waktu lapanglah kita guna sebaiknya dengan buat perkara yang berfaedah.

So, bila waktu sibuk kita tahu sebenarnya waktu nilah yang menguji tahap istiqamah kita.


Ingat satu je. 

Allah Ya Malik. 
Dia yang Maha Memiliki segala apa di atas muka bumi ni termasuk MASA.

Allah Ya Wasi'.
Dia yang Maha Luas dan berkuasa untuk melapangkan apa-apa pun yang kita rasakan sesak.

Mintalah pada Dia supaya diberkatkan masa kita walau rasa sempit macam mana sekalipun. 
Okey?

Setakat ni jelah entry aku.

Ok bye, Assalamualaikum!




Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

Kenapa Aku Menulis?