TEACHER's DIARY_Macam mana Tercetus Minat jadi Guru?
Sekarang aku dalam bilik guru tempat yang aku kerja sekarang. Sebab tak banyak lagi kerja, so aku boleh spend masa banyak sikit untuk menulis. Lepas ni tak tahulah sibuk macam mana.
Aku dapat tajuk ni pun sebab ada bekas anak murid masa praktikal dulu yang suruh jadikan soalan ni sebagai salah satu tajuk content untuk blog aku.
Kisah aku mula-mula minat nak jadi guru lebih kurang macam nilah..
Pada suatu hari,...
Pada suatu hari,...
- Permulaan Minat
Macam satu 'ilham' yang Allah bagi sejak aku kecik cakap "Syafiqah, bila besar nanti kau kena jadi guru. Wajib!" Hahaha
Okey tak adalah, sebenarnya sejak aku berumur 6 tahun lagi aku NAK jadi cikgu. Di saat orang lain terkontang kanting lagi nak tulis ruangan 'cita-cita' dia apa, aku tak perlu nak fikir dua tiga kali untuk tulis.
Jadi doktor?
Langsung tak pernah terfikir nak jadi doktor. Kahwin dengan dotor pun aku tak nak tau!
- Cita-cita : GURU
Biasalah kan masa kecik memang suka sangat buat biodata. Lebih-lebih lagi perempuan.
Rasanya kalau ada 10 buku nota, 10 kali lah aku buat biodata. Tak termasuk kes kumpul biodata kawan-kawan lagi. Konon nak kumpul alamat apa semua senang nak pergi beraya ke hantar surat ke. Adoii haha kenangan betullah zaman kecik ni.
So, yes dekat ruangan biodata tu pun sekali pun tak pernah bertukar ruangan cita-cita tu kepada 'doktor' ke, 'pilot' ke apa ke.
Memang WAJIB aku tulis guru.
Aku pun tak tahu kenapa nak sangat jadi cikgu masa kecik dulu. Dan aku pelik kenapa orang lain susah nak ada cita-cita even lepas masuk sekolah menengah. (Konon je mentang-mentang dah ada cita-cita kan)
Rupanya bukan semua orang senang untuk set target apa yang diorang nak dalam hidup.
- Seronok tengok cikgu mengajar & dapat HADIAH GURU!
Dalam hati, "nanti aku macam ni jugak ke eah?"
Bila ada cikgu dekat depan mengajar aku mesti kagum dengan cara penyampaian dia, cara cikgu berpakaian, cara cikgu tu berinteraksi dengan murid, cara cikgu tu buat semua orang fokus dan faham apa yang dia ajar.
And I want to be like that too!

Dan setiap kali 16 Mei jugak aku pasti seronok tengok guru-guru dapat hadiah dari anak-anak murid. Of course ni antara sebab aku nak jadi guru masa kecik dulu haha!
- Maktab Perguruan target lepas habis SPM
"Nanti lepas SPM nak masuk U mana?"
Biasalah waktu tingkatan 5 je soalan ni kerap orang tanya.
Aku macam biasa akan jawab "Nak masuk Maktab". (Merujuk kepada IPG sekarang)
Bagi aku, hanya Maktab tempat aku akan belajar lepas habis belajar. Dah tak fikir dah Oxford University ke, Edinburgh University ke Universiti Malaya ke Universiti Kebangsaan Malaysia ke.
Ada aku kisah nak kawan-kawan aku nak belajar dekat oversea? AKU NAK MASUK MAKTAB. Tak kira!
Dan akhirnya aku tak dapat masuk Maktab walaupun dah dua kali aku lepas sampai sesi interview. (Nak lepas ujian fizikal dia pun susah oi)
Rezeki aku bukan di Maktab tapi dekat Universiti yang tawarkan bidang pendidikan. Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang.

- Tak dapat masuk Maktab.
Cuma tak terfikirlah nak ajar subjek apa sampailah perasan waktu tu semangat nak pergi lebih jauh dengan Matematik tu tinggi. So, sebab tak dapat masuk Maktab kita ambik kos pendidikan Matemtik dekat UPSI.
Tak apa, tak dapat apa yang kita nak, kita pilih apa yang hampir dengan apa yang kita nak.
Kita fokus jalan kita. (Pendidikan) Kalau tak dapat melalui Maktab, kita proceed jalan lain. No hal jalan lain asalkan matlamat still sama.
Kita fokus jalan kita. (Pendidikan) Kalau tak dapat melalui Maktab, kita proceed jalan lain. No hal jalan lain asalkan matlamat still sama.
- Nak mati sebagai 'cikgu'.
Tak nak jadi pensyarah pun sebab aku tak nak ajar 'budak besar'.
Aku nak ajar 'budak kecik'.
Aku nak tengok proses tu dekat sekolah.
Aku nak jadi guru yang menjadi tempat murid bergantung.
Aku nak aku ada sewaktu proses mereka menjadi 'manusia'.
Kalau boleh, kalau diizinkan Allah aku nak mati sebagai cikgu. Cikgu yang disayangi murid-muridnya sampai bila-bila. Sampai syurga InsyaAllah.

- This is REALLY my passion.
Aku yang pilih jalan ni. Jadi bila aku penat dekat universiti dengan assignment, kerja kursus, FYP dan sebagainya aku tahu ini pilihan aku.
Penat masa aku praktikal dulu pun, even aku penat dengan bermacam-macam kerja tapi aku suka. (Tambahan aku dikelilingi orang yang baik-baik di sekolah Alhamdulillah moga mereka dirahmati Allah selalu)

Penat buat kerja yang kita suka tak sama dengan penat buat kerja yang kita benci.
- Nak sambung cita-cita tak kesampaian umi abah
Aku baru tahu, rupanya umi terpaksa korbankan niat nak masuk Maktab dulu sebab nak jaga aku yang masih baby. Tak tahu nak 'letak' aku dekat siapa sebab masa tu duduk di perantauan. Tak berapa percayakan orang sekeliling.
Abah pulak tak dapat sambung jadi guru sebab ada subjek SPM dia yang agak rendah.
Diorang cakap, "Takpelah, umi abah tak dapat jadi cikgu. Biar anak-anak lah yang jadi cikgu."
Since that, I know that I make the best decision for my career life.
Dengan Izin Allah, I am a teacher now and I know I make them proud of me. Alhamdulillah.

- Jadi cikgu bukan sebab gaji banyak.
Gaji banyak sangat ke?
Gaji aku tak banyak mana pun. (Cuma dibayar taraf ijazah Alhamdulillah) Nak jadi kaya bukan dengan kerja penjawat awam. Nak kaya kena buat bisnes, time untung berlipat ganda memang 7 keturunan tak habis makan haha.

Aku TAK PERNAH tahu berapa gaji cikgu selama ni dan TAK PERNAH kisah berapa gaji yang cikgu dapat.
Aku NAK jadi cikgu sebab aku NAK.
Bukan sebab nak dipandang mulia, bukan sebab mudah nak buat pinjaman, bukan sebab nak ada pencen, bukan untuk dibangga-banggakan.
Bukan.
Comments
Post a Comment