ACHIEVEMENT UNLOCKED TODAY_Bawa kereta sorang-sorang pergi kerja!

First and foremost, entry kali ni maybe akan BERGUNA sangat-sangat untuk orang yang masih takut-takut untuk bawa kereta. Sebab aku pernah ada dekat fasa tu dulu.

Hai geng kalau kita sama. Meh sep sikit haha!

Alhamdulillah yes, harini aku dah start bawa kereta sorang-sorang tanpa ada abah dekat tepi.

I don't know whether this can also be called as my ahievement because seriously 
'bawa kereta' is not one of my life goals.

  • Bila ambik lesen kereta?
Kisah 'aku dan kereta' ni bermula sejak lebih kurang 5 tahun dulu. Aku dipaksa ambik lesen kereta lepas habis matrik sebab katanya kalau tak ambik waktu tu, nanti susah.

Aku mengaku ada untungnya ambik lesen awal, tapi kadang-kadang ada orang tak ambik lesen awal sebab duit tak ada lagi.

Yelah, lagipun bukannya murah nak ambik lesen. Lebih kurang RM1000 kan?

  • Lemah dengan kereta manual / bukit
Aku ambik lesen kereta manual dan dua kereta dekat rumah aku (waktu tu) memang manual. Sepatutnya bukan satu masalah lah nak bawak kan?

Tapi disebabkan depan lorong rumah aku ada bukit dan aku tak mampu nak kawal clutch @ brek @ minyak dengan baik, so memang terbengkalai lah lesen ku waktu tu.

Aku give up untuk bawa kereta!

Bahkan aku rasa aku dah TAK NAK bawa kereta. Lebih-lebih lagi bukan suatu keperluan untuk aku ketika itu untuk bawak kereta.

  • Balik kampung je dapat soalan yang sama.
Kalau orang lain dapat soalan "bila nak kahwin" kan?

Aku advance sikit soalannya.
Dapat soalan "bila nak bawa kereta?" Bila orang dah tanya banyak kali tu..aku just jawab "kalau sampai seru, bawaklah".

Aku cuma nak cakap, jangan rasa pressure bila still tak dapat buat apa yang orang lain DAH buat. (Contohnya hal orang tanya bila nak kahwin)

Buat rilek je, semua orang ada timeline masing-masing. So do you!

  • Kelemahan dan atasinya!
Aku mengaku, mungkin aku lambat bab bawa kereta ni. Orang lain masa umur macam aku ni (24 tahun) dah lama pergi sana sini kan?

Sokey, sebab aku tahu ada part aku lemah dan ada part yang aku lebih daripada orang lain.

Contohnya, aku reti bab-bab printer.
Setakat nak baiki bila printer buat hal, bila dakwat tersekat. Orang lain akan suruh aku.

So guys, find you own speciality. Mesti ada punya!

So, bila part bawa kereta ni dia akan pandai sendiri once kita rasa terdesak dan tak nak susahkan orang. Aku tak pernah bayangkan aku akan bawa kereta sorang-sorang.

So guys, don't worry. Kita atasi kelemahan masing-masing dengan semangat yang tinggi!

  • Pengalaman bawa kereta sorang-sorang
Kaki ketar, tangan sejuk dan berpeluh semua ada bila mula-mula kita bawak kereta tu. Of course lah sebelum bawak sorang-sorang, abah ada dekat tepi aku dulu dalam seminggu jugak masa aku bawak kereta. (dia dekat tepi).

Masa bawak sorang-sorang tu, aku tak pasang radio pun. Duk zikir je memanjang. HAHA! Takut punya pasal. Yelah, aku bawa kereta tengah gelap sebab tempat kerja aku jauh dari rumah. Lebih kurang 6.50 am aku gerak dari rumah.

Macam-macam zikirlah yang keluar masa tu. Alhamdulillah semuanya okey.

  • Hargai orang yang selalu bawakkan pergi mana-mana
Bila dah pandai sikit bawa kereta ni kan, teringat zaman praktikal dan Uni dulu.

Aku hargai diorang sangat-sangat sebab susah payah jadi driver aku pergi mana-mana. Semoga diorang ada 'driver' yang nak hantarkan diorang pergi mana-mana dekat syurga nanti amin!



So guys, last but not least...

Congratulations for those yang memang dah lama bawa kereta. Satu kejayaan kecil dalam hidup tu bila boleh bawa kereta hihi.

For those yang still rasa takut-takut ataupun ada fobia @ trauma nak bawa kereta, sokey jangan rasa terlalu pressure. Tak ada paksa korang bawa kereta kan?

Aku yakin kalau dah orang paksa tu memang dah lama bawa kereta sana sini tu haha.

Sokey, nanti masa korang pun akan tiba. 
Pelan-pelan kayuh!


Comments

Popular posts from this blog

LOVE LIFE_Jangan Jadi BUTA Sebab Cinta

GRADUATE LIFE_Apa Aku Buat Selepas Habis Belajar (Degree)?

JODOH LIFE_Siapa 'dia' yang Engkau Takdirkan untukku.